Sunday, 7 April 2013

DAP beriya-iya hendak....kenapa!


Rakyat tidak langsung terkejut bila Tuan Guru Nik Aziz `menghalalkan' DAP mengunakan lambang bendera bulan untuk calon-calonnya bertanding dalam PRU13. Ini kerana rakyat sudah lali dengan pelbagai `kejutan' PAS sehinggalah sanggup `mengadaikan dan menjual' Islam demi politik bersama. Cumanya, rakyat  tidak tahu bagaimana 'hasil acuan' antara parti yang kononnya memperjuangkan Islam dengan parti rasis yang tidak langsung mahukan Islam bertapak di bumi ini. Apapun, TGNA telah digoda syaitan DAP'. Semuanya mengambarkan bahawa kuasa mengatur strategi PAS hanya terletak ditangan  TGNA bukannya Presiden mahupun pemimpin, ahli dan penyokong yang sememangnya mempersoalkan tindakan tersebut. Persoalannya kenapa DAP mahu menggunakan lambang PAS bukannya lambang PKR mahupun PSM kalau pun mahu bertanding di kawasan majoriti Melayu! Hakikatnya, strategi DAP cukup mudah dan semuanya sepatutnya mengetahui.

Kenapa TGNA menerima tawaran LKS? TGNA berhajat meletakkan seberapa banyak calonnya tetapi kerana kekangan kewangan, PAS terpaksa memberi laluan asalkan pada hemat TGNA, mereka sama-sama berjuang menentang BN. Tetapi PAS tidak mengetahui strategi halus DAP yang cukup licik persis syaitan.   Calon Melayu DAP akan mengunakan lambang PAS di kawasan majoriti Melayu. DAP akan tidak sekali-kali akan mencalonkan orang Melayu di kawasan Cina. DAP akan mengumpan undi Melayu merealisasikan impian menghancurkan Melayu dan melenyapkan Islam.

Rakyat perlu tahu, LKS bukannya hendak masuk Islam tetapi ia sanggup melupai untuk memusuhi Islam seketika. Strategi LKS adalah menarik sokongan undi orang Melayu dengan 'melupakan DAP' apabila tiba membuang undi.  Maka TGNA tidak akan dipersalahkan kerana rakyat akan berkata mereka pilih lambang PAS tetapi sebaliknya tidak mengetahui bahawa itu adalah DAP!  LKS pun tidak sama sekali mahu memartabatkan Islam tetapi sebaliknya hanya hendak memperalatkan PAS untuk terus kekal berkuasa. Semuanya demi kepentingan diri dan partinya DAP. Jadi jikan calon itu menang, PAS bagaikan menang sorak tapi kampong habis tergadai, terbakar...

DAP tidak akan mengunakan lambang lain selain PAS kerana menyedari PKR hanya sekadar parti menghampiri maut. Orang Melayu tidak akan memilih PKR kerana parti ini penuh noda.  Menang atau kalah yang tetap untung adalah DAP kerana calonnya kelak mampu mengikis kepercayaan penyokong terhadap parti tersebut sekali gus memberi kelebihan kepada DAP. Tindakan ini tidak akan memberi kesan  kepada DAP kerana yang kalah adalah calon Melayu. Jadi, Melayu tolak Melayu...

Penyokong PAS tidak menyedari bahawa jika DAP digantung sebelum hari penamaan calon kerana dalam proses siasatan ROS, makanya DAP mahu mengheret sama PAS untuk tidak layak bertanding. Beruntungkah BN! Tolaklah DAP dan PAS.

No comments:

Post a Comment