Thursday, 4 April 2013

PANAS!!!!! MEJ KAMAL DAN BEKAS JEN HADI BERENTAP SATU LOBANG


PANASSSSS!!!!!! tidak mustahil jika MEJ KAMAL `bunuh' bekas Jen Abdul Hadi Khatab dalam merebut kerusi DUN Behrang...kita nantikan sahaja.

Sebabnya, kata Kamal....`Masalah timbul apabila DSAI mengumumkan Brig Jen (B) Dato Abdul Hadi Abdul Khatab sebagai calon ADUN Behrang di dalam ceramah beliau di Behrang Ulu pada 22 Mac 2013 yang lalu. Yang menghairankan bagaimana nama beliau hendak diumum kerana tiada perbincangan dengan kepimpinan cabang oleh negeri. Disebabkan kekecuhan tersebut DSAI menangguhkan perisytiharan tersebut. DSAI menghantar pegawai dari Bilek Gerakan Utama (BGU), Sdr Rahim Ghouse untuk menyiasat. Di dalam taklimat beliau, NAMA MEJAR KAMAL BADRI TIDAK PERNAH DIANGKAT OLEH NEGERI SEBAGAI CALON, justeru itu DSAI beranggapan cabang tidak ada masalah menerima Dato Hadi sebagai calon.



 Tapi nasi sudah menjadi bubur kerana DSAI telah berjanji kepada Dato Hadi untuk menjadi calon. Semasa saya & AJK Cabang membuat pertemuan dengan DSAI di Pejabat Pusat untuk merayu, DSAI mengatakan bahawa dia terpaksa meletak Dato Hadi sebagai calon ADUN Behrang untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak sekirannya memenangi PRU13 ni. Ini kerana katanya kalau Sdr Muhammad Nur Manuty & Sdr Mustafa Kamil Ayub dilantik sebagai calon ADUN mereka akan bergaduh..... DSAI juga berjanji bahawa beliau akan memberi jawatan yang lebih tinggi dari ADUN kepada saya.... tapi....

PERSOALAN SAYA KENAPA NEGERI TIDAK MEMAJUKAN NAMA SAYA KE PUSAT DAN TIADA PERBINCANGAN OLEH NEGERI DENGAN CABANG BERKENAAN DATO HADI SEBAGAI CALON. SAYA BUKAN GILA NAK JADI CALON, TAPI PENGERUSI MPN NEGERI SDR MUHAMMAD NUR MANUTY TELAH MENGKHIANATI DENGAN MENGHILANGKAN NAMA SAYA YANG TELAH BEKERJA KERAS UNTUK CABANG INI........ DARI SENARAI CALON... KALAU PUSAT MAHUKAN DATO HADI SEBAGAI CALON BINCANGLAH DULU DENGAN CABANG...... SAYA BOLEH TERIMA SEKIRANYA IA LEBIH PENTING TAPI BUKAN DENGAN MENIPU SAYA......

Kamal mungkin tidak tahu bahawa Hadi telah menyogok Anwar dengan pelbagai `hadiah dan keseronokkan' yang dia sendiri tidak mampu fikir. `Ilmu syaitan' Hadi telah menyerapi Anwar sehingga mengakibatkan satu lobang direbut oleh dua manusia dalam satu parti...PKR. Petunjuk kepada masyarakt Behrang, PKR hanya sibuk rebut kuasa. Kuasa didahulukan rakyat dihampeskan!!!!!

Kata Kamal lagi....`DSAI mengatakan bahawa dia terpaksa meletak Dato Hadi sebagai calon ADUN Behrang untuk dilantik sebagai Menteri Besar Perak sekirannya memenangi PRU13 ni'.  Jadinya, habislah pulak enjin-enjin keretapi, kereta kerajaan, enjin bot, enjin kapalterbang awam di Lapanganterbang SAS...selagi ada enjin selagi tulah dikebas dan dijualnya.

No comments:

Post a Comment