Sunday, 14 April 2013

Dia sakit lutut......

Pembongkaran video seks Datuk Mustafa Ali, 69 atau ‘Cikgu Pa’ yang merupakan  Setiausaha Agung PAS kini menjadi hanyat diperkatakan. Apapun, yang menjadi mangsa adalah UMNO-BN. Cuba baca ini....


1. Terbongkarnya video ini dikaitkan dengan usaha Mustapha mengatur kepulangan Hassan Ali dan Nasharuddin Isa balik ke pangkuan PAS bagi menghadapi PRU13. Malah ianya telah mendapat persetujuan Hj Hadi Awang. namun, Anwar Ibrahim tidak menyuai tindakan ini yang dilihatnya mahu membantu kumpulan ulama dengan menyingkirkan kumpulan anwarinas!

2. Anwar menganggap Mustapha penghalang dan ancaman utama kepadanya yang telah meletakkan calon-calon PAS di kerusi Parlimen dan DUN Terengganu jauh lebih awal dari PKR sendiri. Oleh kerana itu, PKR terpaksa mencari jalan dan mengusahakan sesuatu yang dapat mematahkan usaha Mustapha. Semangat PAS perlu dicairkan dengan melancarkan `operasi hitam'.
PKR menyusun strategi, AMK melaksanakan operasi. Malangnya, projek ini terburai, tembelang AMK diketahui dan mereka ditahan, pengumuman calon terpaksa ditunda!

3. Dato Kamaruddin Jaffar (orang kuat Anwar) dikaitkan membalas dendam kesumat dan hasad dengkinya terhadap Mustapha selepas terlepas jawatan Setiausaha Agung PAS. Ianya `luka lama berdarah kembali' bilamana Datuk Kamarudin Jaafar dipecat sebagai Setiausaha Agung PAS.

4. Wujud perebutan di kawasan DUN N02 Kota Putera, Besut. Seperti yang diketahui, Dewan Undangan Negeri Kota Putera, Besut adalah DUN Tradisi PKR sejak 1999-2008. Tetapi Mustapha Ali dengan angkuhnya serta sikap panas barannya meletakkan calon PAS, Ust Adam dalam PRU13 ini. Akibat rasa tidak puas hati, PKR di bawah pimpinan Dr. Sazali membalas dendam kepada Mustapha Ali, dalam masa yang sama `menolong' bosnya, Kamaruddin Jaafar.

5.  Anihnya, pemimpin dan penyokong PAS terus mensasarkan UMNO-BN sebagai dalang yang mahu memusnahkan PAS tetapi sehingga kinipun, tuan punya badan (Mustapha) tidak juga menyiakan kenyataan itu atau sebaliknya menafikan penglibatannya dengan berbagai alasan yang langsung tidak masuk akal seperti kata Hadi Awang mengaitkan masalah lutut. Paling hampir hanyalah kenyataan Mat Sabu dilihat `mencuba' untuk menyatakan wujud konspirasi dalaman!. Secara lojiknya, kenapa tuan punya badan dan PAS tidak membuat laporan polis, membuat sumpah laknat atau apa-apa tindakan yang direstui ALLAH bagi mengetahui siapa yang benar dan yang salah! 

6. Mustapha sendiri tidak dilihat mahu `menamatkan' teka teki ini. Kalaulah ia benar-benar berani dan dipihak benar, ia boleh mengatakan `wanita' itu adalah isterinya. Secara jujurnya, masa sahaja akan menentukan, bila Mustapha tidak dicalonkan dalam PRU 13, maka video itu akan `bersuara' dengan sendirinya.


No comments:

Post a Comment