Thursday 4 April 2013

MENGAPA KITA PERLU MENOLAK PAS

Terdapat sebab-sebab tertentu mengapa kita perlu menolak PAS. 1. PAS tidak mungkin boleh mengganti UMNO sebagai custodian pada orang Melayu kerana PAS bertanding tidak cukup sifat iaitu hanya bertanding 67 kerusi dari 222 kerusi parlimen sedangkan UMNO bertanding di 117 kawasan parlimen (iaitu 1/2 daripada kerusi di Parlimen). Kalau hanya sekadar bertanding dan tidak dapat majoriti di kalangan pakatan pembangkang pastinya suara PAS akan dipinggirkan dan pastinya cita-cita PAS untuk melaksanakan hukum hudud akan hanya kekal tinggal angan-angan. PAS akan terus dijadikan kuda tunggangan oleh PKR dan DAP dalam usaha untuk memecahkan undi orang Melayu. 2. PAS akhir-akhir ini terpengaruh dengan konsep samarata dan samarasa pakatan pembangkang dan sekaligus menafikan hak keistimewaan orang Melayu Islam di negara ini. Sedangkan ini yang diperjuangkan oleh UMNO menerusi perlembangaan untuk terus menjaga kepentingan orang Melayu. 3. PAS bersekongkol dengan DAP dan PKR dalam isu LGBT iaitu bersetuju kebebasan seks. 4. PAS juga bersekongkol dalam fahamam pluralisme dan liberalisme sedangkan semua orang Islam tahu bahawa agama Islam adalah agama rasmi di negara ini. Dalam konteks ini PAS dilihat akur kepada DAP dengan membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam bible versi Bahasa Melayu yang bertujuan merosakkan akidah dan menjadikan orang Islam murtad kerana terpengaruh dengan kekeliruan yang ditimbulkan oleh pembangkang tambahan pula PAS| sebagai sebuah parti yang bercakap atas kapasiti parti Islam tetapi bersetuju kalimah Allah boleh digunakan oleh sesiapa sahaja. 5. PAS sudah lari dari matlamat perjuangan mereka iaitu mengujudkan negara Islam kepada negara kebajikan hanya semata-mata kerana terpengaruh dengan pakatan pembangkang yang tidak mempunyai matlamat mempertahankan Islam. 6. Atas desakan politik PAS sanggup bersekongkol dengan DAP yang ingin menghapuskan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ini sedangkan ia merupakan bahasa kebangsaan. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya bangga dengan bahasa kebangsaan kita dan bukannya menolak seperti mana yang dilakukan oleh pembangkang. 7. Perlu diingat PAS sepatutnya tidak terpenggaruh DAP dalam memperjungkan konsep Malaysian Malaysia yang jelas mengancam kedudukan kaum Melayu dan agama Islam. PAS sebagai rakan kongsi pembangkang seharusnya mengingatkan DAP agar tidak menggugat kepentingan orang Melayu Islam. 8. Jika PAS ingin menggantikan UMNO sebagai pejuang orang Melayu mereka harus bersuara agar DAP tidak terus menindas orang-orang Melayu di Pulau Pinang dan Selangor. Perhatikan bagaimana mereka bertindak sewenang-wenangnya merobohkan rumah dan kedai-kedai milik orang Bumiputera. 9. PAS perlu ingat bahawa DAP sampai bila-bila pun tidak akan setuju dengan cita-cita PAS untuk menjadikan Malaysia ini negara Islam. OLEH ITU MARILAH SAMA-SAMA KITA MENOLAK PAS DI DALAM PRU KE 13. PILIHLAH BN/UMNO UNTUK MEMASTIKAN KEBAJIKAN ORANG MELAYU ISLAM AKAN TERUS TERBELA DAN IA AKAN MEMBAWA KEPADA KEMAKMURAN DAN KESTABILAN NEGARA MALAYSIA NEGARA BERDAULAT.

No comments:

Post a Comment