Wednesday, 10 April 2013
22 tuntutan rakyat Kelantan.....................
KAMI RAKYAT KELANTAN, DENGAN PENUH RENDAH DIRI MENUNTUT KERAJAAN PAS
KELANTAN MELAKSANAKAN TUNTUTAN 22 PERKARA RAKYAT KELANTAN INI SEBELUM
PRU-13, TUNTUTAN 22 PERKARA INI DIBUAT ADALAH BERDASARKAN JANJI YANG
PERNAH DIBUAT OLEH KERAJAAN PAS YANG MASIH BELUM TERTUNAI. JIKA KERAJAAN
PAS KELANTAN TIDAK MELAKSANAKAN TUNTUTAN INI, KAMI RAKYAT KELANTAN
BERSEPAKAT UNTUK MENUKAR KERAJAAN PAS KELANTAN DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT
PADA PRU 13 NANTI. KAMI PERCAYA TINDAKAN INI ADALAH SUATU HIJRAH DAN
PENGORBANAN YANG PALING BESAR PERNAH DILAKUKAN OLEH RAKYAT KELANTAN.
TUNTUTAN PERTAMA (1)
RAKYAT MENUNTUT ANAK NEGERI DI BERI KEUTAMAAN DALAM PENTADBIRAN KERAJAAN
NEGERI KELANTAN. RAKYAT JUGA MENUNTUT AGAR SEMUA WAKIL RAKYAT DI
KELANTAN HENDAKLAH DIKALANGAN ANAK-ANAK TEMPATAN SAHAJA.
TUNTUTAN KEDUA (2)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEGERAKAN PENUBUHAN BADAN
HISBAH DAN MENUNTUT BARISAN KEPIMPINAN KERAJAAN PAS MENGIHSTIHARKAN
HARTA.
TUNTUTAN KETIGA (3)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKUATKUASAKAN ENAKMEN KANUN JENAYAH SYARIAH II KELANTAN.
TUNTUTAN KEEMPAT (4)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN BERSIKAP LEBIH BERSIH, ADIL DAN
AMANAH DAN BERHENTI DARI MENYALAHKAN PIHAK LAIN DIATAS KEGAGALAN
SENDIRI.
TUNTUTAN KELIMA (5)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERA MENYEDIAKAN PELUANG PEKERJAAN KHUSUSNYA KEPADA GOLONGAN BELIA YANG MENGANGGUR.
TUNTUTAN KEENAM (6)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBAYARAN BANTUAN
RM100 KEPADA SELURUH WARGA EMAS DI KELANTAN BERMULA TAHUN 1990 HINGGA
SEKARANG.
TUNTUTAN KETUJUH (7)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELESAIKAN SEGERA MASALAH
AIR KELANTAN YANG BERLARUTAN SEJAK SEKIAN LAMA DAN RAKYAT TIDAK SANGGUP
UNTUK MENUNGGU SEHINGGA TAHUN 2027.
TUNTUTAN KELAPAN (8)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERA MENGHAPUSKAN CUKAI PINTU DAN BAYARAN TEMPAT LETAK KERETA (PARKING).
TUNTUTAN KESEMBILAN (9)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN TERUTAMANYA PEMIMPIN DAN AHLI TIDAK LAGI MENGAMALKAN BUDAYA POLITIK MENCACI DAN MENGHINA.
TUNTUTAN KE SEPULUH (10)
RAKYAT MENUNTUT KEPIMPINAN KERAJAAN PAS KELANTAN TIDAK LAGI
BERSEKONGKOL DENGAN DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM, KETUA UMUM PARTI KEADILAN
RAKYAT YANG JELAS DIRAGUI DARI SEGI AKIDAH, MORAL DAN SOKONGAN KEPADA
ISRAEL.
TUNTUTAN KESEBELAS (11)
RAKYAT MENUNTUT KEPIMPINAN KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA MENOLAK SEBARANG
KERJASAMA DENGAN PARTI DAP YANG JELAS MENOLAK PENUBUHAN NEGARA ISLAM.
TUNTUTAN KEDUA BELAS (12)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBINAAN PERLABUHAN DARAT KUALA KRAI SEPERTI YANG DIJANJIKAN.
TUNTUTAN KETIGA BELAS (13)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SELESAIKAN SEGERA MASALAH
BERKAITAN LADANG RAKYAT DAN MENGISTIHARKAN SECARA TERBUKA NAMA DAN
BUTIRAN PENERIMA DIVEDEN LADANG RAKYAT, SERTA NAMA SYARIKAT YANG
TERLIBAT SECARA LANGSUNG BERSAMA AHLI LEMBAGA PENGARAH SYARIKAT.
TUNTUTAN KEEMPAT BELAS (14)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEGERAKAN SARANAN SUHAKAM BERSABIT PEMBELAAN TERHADAP NASIB ORANG ASLI.
TUNTUTAN KELIMA BELAS (15)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYEDIAKAN SEGERA TAPAK RUMAH
KEPADA GOLONGAN MISKIN DI BUKIT TOK ALI(JELI), PANTAI MEK MAS
(PENGKALAN CHEPA) , ALOR PULAI DAN KAMPUNG TOK EWEL (BACHOK)DAN
LAIN-LAIN KAWASAN PENEMPATAN GOLONGAN MISKIN YANG MASIH BELUM
DILAKSANAKAN.
TUNTUTAN KEENAM BELAS (16)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENGISTIHARKAN SECARA TERBUKA
JUMLAH ASET/ HARTA MILIK KERAJAAN NEGERI SERTA SYARIKAT YANG BERKAITAN
KERAJAAN NEGERI YANG TELAH DIJUAL DAN MENGISHTIHARKAN TERBUKA KEMANA
WANG TERSEBUT DI BELANJAKAN.
TUNTUTAN KETUJUH BELAS (17)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA MENYEDIAKAN RUMAH MAMPU MILIK KEPADA RAKYAT YANG BERPENDAPATAN RENDAH.
TUNTUTAN KE LAPAN BELAS (18)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SEGERAKAN PEMBINAAN JAMBATAN KEDUA
KOTA BHARU-PALEKBANG SEPERTI MANA YANG DIJANJIKAN DAN TELAH DILETAKKAN
BATU ASAS.
TUNTUTAN KE SEMBILAN BELAS (19)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELAMATKAN RAKYAT DARIPADA
TERUS TERJERUMUS KE DALAM KEMISKINAN HARTA DAN KEMISKINAN AKHLAK.
TUNTUTAN KEDUA PULUH (20)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENYELESAIKAN SEGERA ISU
PENGAMBILAN BALIK TANAH RAKYAT DI NEGERI KELANTAN TERUTAMANYA DI KAWASAN
SELUAS 400 EKAR DI KAMPUNG TIONG KUBANG KERIAN.
TUNTUTAN KEDUA PULUH SATU (21)
RAKYAT KHUSUSNYA PENIAGA KECIL / PENJAJA MENUNTUT SUPAYA KEBAJIKAN
MEREKA DIJAGA ANTARANYAMENGHAPUSAN CUKAI KEPALA BAKUL YANG DIKENAKAN
KEPADA MEREKA SEPERTI MANA DIJANJIKAN.
TUNTUTAN KEDUA PULUH DUA (22)
RAKYAT MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN SUPAYA BERHENTI DARI MENABUR
JANJI-JANJI BARU KEPADA RAKYAT SELAGI JANJI LAMA YANG MASIH TERTUNGGAK
TIDAK DITUNAIKAN. RAKYAT JUGA MENUNTUT KERAJAAN PAS KELANTAN MENGHORMATI
PERASAAN DAN SENSITIVITI RAKYAT DENGAN MENDAHULUKAN KEPERLUAN RAKYAT
DAN BUKAN HANYA MENABUR PELBAGAI JANJI TANPA MELAKSANAKANNYA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
buke janji cumo manifesto
ReplyDeleterakyat klate tuntut ko ore laen tuntut nie..mcm tahi jer...kawe tgk klate aman molek jah wlaupn gotu smo takdok dr dulu...mreko2 la ank buoh najib nie...
ReplyDeletePAS hanya pandai berkata-kata. BESaRRR Taikkk pado JUborrr, pah nok berok soyok jubur.\
ReplyDelete