Hairan dan pelik dengan tindakan 5
bekas Jeneral angkatan tentera (Jen Md Hashim, Lt Jen Ghaffir, Laksma
Imran, Brig Jen Najmie termasuk yang tidak dibenarkan penggunaan pangkat
Brig Jen - Abdul Hadi Khatab) yang kini bersekongkol dengan Pakatan
Pembangkang (PP). Jika penyertaan mereka dalam PP berasaskan kepada
perkiraan politik bahawa PP akan menawan Putrajaya pasca PRU 13,
ternyata mereka perlu membuat reappraisal of their estimate, PP tidak
berupaya berbuat demikian sekaligus perkiraan 5 bekas Jeneral
meleset....!!! Mungkin estimate mereka lebih didorong oleh emosi dan
nafsu yang hanya mengutamakan kepentingan peribadi mengatasi segalanya
sehingga rumusan keputusan estimate mereka juga jauh tersasar. Majoriti pemilih berdaftar yakin sepenuhnya bahawa BN kekal
memerintah di peringkat Pusat malah situasi dan sentimen pengundi di
Kedah, PPinang, Selangor dan Kelantan juga akan berubah dan turut
bertukar tangan dengan berpihak kepada BN - pasca PRU 13 nanti, PP akan
bercakaran sesama sendiri.....berpecah, terlerai dan terkuburlah mereka
yang "gila kuasa". Dijangka bahawa pemimpin PP akan menolak
keputusan rakyat kepada BN malah mereka dijangka meracau,berjiwa kacau,
bercelaru dan penuh kekalutan. Mereka akan melemparkan tuduhan melulu
dan tidak berasas tidak berkecuali fitnah terhadap kerajaan terutama SPR
dan BN. Lapisan warga ATM berasa amat kesal dengan tindakan 5 bekas Jeneral dan dilabelkan
mereka (5 bekas Jeneral) sebagai insan yang tidak tahu mengenang budi,
tidak tahu bersyukur dan tidak tahu mengenang budi kerajaan. Kumpulan 5
Jeneral ini......dulu semasa dalam perkhidmatan telah beroleh pelbagai
pengiktirafan kerajaan, imbuhan dan inisiatif serta pelbagai
keistimewaan lain yang dikecapi sejajar dengan kedudukan mereka ketika
itu. Janganlah cuba menghancurkan ATM melalui fitnah terancang dan
pembohongan melampau!!! Kembalilah ke pangkal jalan dengan mendokong
aspirasi kerajaan pimpinan BN. Janganlah tergolong dalam kelompok
anti-establishment. Hindarilah diri daripada meracuni minda warga
tentera kerana sesungguhnya rata-rata warga ATM tidak terpengaruh dengan
tindakan dan usaha anda. Janganlah "meludah ke langit" atau membuka
pekung serta sanggup mempertaruhkan imej dan kredibiliti ATM demi
kepentingan peribadi anda. Sebaliknya, imbaslah kembali jasa dan
pengiktirafan kerajaan kepada anda sewaktu dalam perkhidmatan dulu.
Jauhilah diri juga daripada menjadi kuda dan alat PP kerana PP bijak
memerangkap anda untuk berbuat perkara kotor dan keji demi memenuhi
impian seorang individu yang "gila dan tamak kuasa". Diharapkan agar semangat kental warga ATM terus terpelihara daripada "racun minda"
yang dibawa oleh 5 bekas Jeneral berkaitan tidak terkecuali oleh
bloggers bekas tentera yang pro-pembangkang!!! Janganlah ada di ant
ara
warga ATM yang sanggup ditipu, diperbodoh dan diper"kuda"kan oleh 5
bekas Jeneral tersebut......!!!
No comments:
Post a Comment