Sunday 14 April 2013

PKR Tipu Rakyat Selangor

Chonnek PKR!!!!
Pada PRU 12 yang lepas, pembangkang PKR telah menabur janji kepada rakyat dalam usaha mereka memancing undi. Kini PRU 13 semakin hampir.... lagi `janji tipu' ditaburkan dengan motif yang sama - pancing undi!!! Renung kembali janji-janji pembangkang kepada rakyat Selangor. Sudahkah kesemua janji ditunaikan? atau rakyat Selangor ditipu oleh pembangkang. Jika diperincikan, pembangkang masih gagal menunaikan janji mereka kepada rakyat Selangor meliputi....potongan cukai pintu sebanyak 20% untuk premis kediaman dan 10% premis perniagaan, Elaun anak yang dihantar ke TASKA-RM75 sebulan, Elaun RM50 untuk anak di TADIKA, Elaun Khas untuk ibu-ibu yang memilih untuk menjadi suri rumah sepenuh masa, Elaun Khas ibu tunggal, Bantuan kewangan untuk anak muda bernikah, Bantuan geran untuk mulakan perniagaan, Memberi sewa percuma sekurang-kurangnya 3 bulan pertama di premis perniagaan milik kerajaan negeri Selangor, Membiayai rawatan percuma untuk warga Selangor yang berusia 60 tahun ke atas.....terlalu banyak untuk disenaraikan.

TOLAK PAS PKR DAP
 Kesemua janji tersebut masih gagal ditunaikan oleh Pakatan Pembangkang khususnya Kerajaan Negeri Selangor pimpinan PKR. Jelaslah bahawa Manifesto Pembangkang lebih bersifat 'Indah Khabar Dari Rupa' dan satu 'pembohongan besar'. Namun, pembangkang masih sanggup menabur janji baru kepada rakyat menjelang PRU 13. Pakatan Pembangkang sememangnya suka berjanji....kalau BN melalui TR1M memberi RM520 untuk pemilik teksi....pembangkang akan janji untuk beri 'teksi' kepada pemiliknya. Bila BN beri RM15,000 untuk peneroka FELDA...mereka janji nak bagi RM50,000. Bila BN bagi gaji minima RM900....mereka nak bagi RM4,000....pembangkang hanya pandai berjanji tanpa asas dan perkiraan yang kukuh. Janji mereka berteraskan "Sedap Didengar dan Beri Harapan Kepada Rakyat". Pembangkang hanya auta dan menipu rakyat dengan janji-janji mereka. Pembangkang menganggap bahawa rakyat masih 'belum buka mata' dan 'kurang cerdik' dengan tipu helah politik. Justeru, pada PRU 13 nanti, rakyat Selangor perlu menghukum Pakatan Pembangkang dan membuktikan bahawa rakyat Selangor tidak sanggup lagi 'dicucuk hidung' dan 'ditipu'. BN kekal menepati dan mengkotakan janji serta menepati kehendak denyut nadi rakyat kerana bagi BN 'janji tetap janji' yang wajib ditunaikan. Jom ubah Kerajaan Selangor!!! Kita perlu memberi pengajaran pahit kepada pembangkang.....mereka menipu kita!!!!! bukan sahaja di Selangor malah di semua kawasan yang ditandingi pembangkang.....Adegan yang ingin kita lihat ialah pembangkang hilang kuasa di Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Kelantan serta membiarkan Putrajaya menjadi 'mimpi di siang hari' pembangkang pada PRU 13 kelak.Jom tolak Pembangkang...........

No comments:

Post a Comment