Thursday 28 June 2012

BUANG SAJA PETISEN ALI TINJU KE DALAM TONG SAMPAH



Terus terang kami, warga pesara dah meluat kat Ali Tinju  yang tak habis-habis buat kecoh. Kami seru agar Perdana Menteri tak perlu melayan minda kerdil orang seperti ini. Masih banyak kerja lain yang lebih manfaat untuk dilakukan. Apapun, Ali Tinju bagaikan Samseng Kilat  yang nak tunjuk belang sedangkan apa yang dimintanya adalah karut dan merapu. Melihatkan wajahnya pun orang dah muak, meyampah kerana perangainya yang tidak habis-habis dibaluti dengan sifat kesyaitannanya. Masuk askar tak sampai pun 10 tahun mengaku mahu membela kebajikan pesara sedangkan dia sendiri tak tahu payah peritnya dalam tentera.  Apa yang semua orang perlu tahu adalah Ali mempunyai agenda tersembunyi di sebalik semua ini? Agendanya tidak lain daripada desakan WANG. Ali tidak punyai apa-apa, dia mahu wang untuk meneruskan kelangsungan kehidupannya. Kami juga menyarankan agar petisennya itu dibuang saja ke dalam tong sampah sebab kalau dia ditunaikan Ali akan jadi  kaduk naik junjung dan berkemungkinan ia akan menjadi lebih ekstrem. Kerajaan juga lebih baik melihat persatuan tentera yang lain yang lebih ramai dan lebih bermaruah berbanding PVTM yang hanya 23 orang. Kerajaan tak akan rugi malah akan menjamin persatuan-persatuan lain yang lebih telus dalam memperjuangkan agendanya. Kami juga menyeru agar Jabatan Halehwal Veteran menyemak aktiviti persatuan ini khususnya dimanakah segala sumbangan kewangan dibelanjakan?. Setakat buat `senaman tonggeng punggung' tak perlu melalak sana sini nak tunjuk dia handal.

Tuesday 26 June 2012

DEMONSTRASI TIDAK MENGUNTUNGKAN


Kawan terpanggil untuk nak beri pandangan dan nasihat khususnya kepada Presiden, Ali Tinju mengenai cadangannya mengadakan demonstrasi bagi mendesak pihak Mindef atau kerajaan menunaikan tuntutannya. Ali Tinju sewajarnya berfikir secara mendalam sebelum mengambil sesuatu tindakan khususnya cara mana atau kaedah  mengurus tuntutannya serta kesannya terhadap persara, persatuan, kementerian dan negara. 


Persatuan Diperalat

Pesara tentera melihat Ali Tinju memperalatkan persatuan bagi mencapai kepentingannya sedangkan ia tidak langsung mewakili persatuan-persatuan veteran lain. PVTM seharusnya meletakkan kepentingan  warga pesara keseluruhannya sebagai keutamaan dalam hal ini dan bukannya kelompoknya sahaja.

Saluran Undang-Undang

Persatuan-Persatuan Veteran yang lain sebulat suara tidak bersetuju dengan tindakan PVTM kerana demonstrasi bukanlah satu cara yang betul. Kenapa tidak dibawa mengikut saluran yang betul, iaitu melalui rundingan dan muzakarah. Demonstrasi hanya akan menimbulkan provokasi yang tidak memberi sebarang kebaikan malah mampu menyebabkan kecederaan dan pergaduhan. Kenapa perlu bermain dengan api?

Gergaji  Dua Mata.
Tindakan PVTM yang mahu berdemonstrasi  seolah-olah  `copy and paste' gaya Parti Pembangkang tetapi dalam masa yang sama Ali Tinju melaungkan sokongan kepada barisan kepimpinan Dato Seri Najib!.  Ali Tinju perlu mengesahkan prinsip perjuangan yang sebenar dan tidak berdolak dalik dalam hal ini yang diibaratkan `gergaji dua mata'.
 
Buruk

Demonstrasi akan mengundang implikasi negatif yang sangat besar dari aspek tahap keyakinan dan kepercayaan  masyarakat umum terhadap seluruh warga tentera. Apa yang lebih membimbangkan, ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan untuk menjejaskan imej, kepimpinan kerajaan dan Kementerian Pertahanan. Tidakah ini akan merugikan warga tentera dan pesara dalam jangka panjang?

Rugi

Warga tentera dan pesara merasakan mereka rugi kerana demonstrasi tidak menjamin tuntutan dapat ditunai. Tindakan PVTM tidak akan menghasilkan apa-apa dan ia diibaratkan `anjing menggonggong bukit'.

Gadai Maruah

Jangan gadaikan maruah bekas anggota tentera yang telah terbukti pengorbanannya dalam pelbagai tugasan baik di dalam dan di luar negara dengan demonstrasi yang tidak menguntungkan sesiapa.melalui jalan singkat.
Hormatilah hak-hak pesara yang lain sebelum melakukan sebarang tindakan. Justeru, tidak ada mana-mana individu mempunyai alasan yang lebih konkrit dan munasabah untuk menjadikan demonstrasi sebagai medium untuk menyuarakan ketidakpuasan hati, yang akhirnya akan membawa mudarat yang lebih besar kepada  kedaulatan negara yang tercinta.

Monday 25 June 2012

ALI TINJU JADI `ALI ALOK'

Kawan nak maklumkan bagaimana Ali Tinju buat press conference kat Bandar Tasik Pemaisuri pada 22 Jun lalu. Press Conference tu hanya dihadiri beberapa kerat sahaja termasuk wartawan, blogger dan 25 penyokongnya (PVTM).  Press conference yang diadakan memang jelek, cukup celaru malah dipenuhi kata-kata nista, merapu dan cemuhan. Ali mengemukakan 11 perkara dengan `berkobar-kobar' walaupun pada dasarnya isu tersebut bukanlah mendesak sangat dan taklah perlu ada press conference!.  Dia cakap ikut sedap mulut sahaja dengan diselangi perkataan `BETUL TAK'' secara berulang-ulang bagi mendapatkan sokongan penyokong. Nampak sangat Ali tak yakin apa yang diperkatakan malah dia memang kurang segala-galanya dari segi keupayaan bercakap,  berfikir dan menjawab soalan wartawan. Kalau dengar apa yang diperkatakan seolah-olah Malaysia ini dia punya, contohnya .....petik saja (sambil memetik jari) 1,000 orang akan datang!. Lebih mengelikan hati dia pulak arah PM memecat Menteri Pertahanan. Dia kata dia dah buat 1000 aktiviti untuk bantu pesara tentera? Bila dan siapa yang dapat bantuan tu. Lepas tu dia mula melalut pasal kontrak. Sambil mengutuk Datuk Siti Norhaliza dah kaya jadi kaya dengan memperoleh kontrak Mindef. dia pulak menagih untuk mendapatkan kontrak di Mindef walau pun setakat kontrak cuci cermin. Press conferencenya dah jadi macam tempat bersembang-sembang, kutuk-kutuk sana sini. Dia naik syok sendiri pulak.  Kalau beginilah, Ali  memang  layak dipanggil ALOK (action lebih otak kurang). 

ALI TINJU NAK TIUP WISEL KAT SIAPA!


Ali Tinju macam beruk naik motorsikal
KHAS BUAT ALI. Perut bagai nak pecah kerana tergelak  baca kenyataan kau tu .... "Kalau saya tiup wisel, beribu-ribu (ahli PVTM) akan turun ke Mindef".  Kau memang manusia yang benggap dan angkuh. Kau berlagak seolah-olah macam jadi President CUEPECS walaupun  persatuan kau hanya ada 28 ahli je. Kenyataan  yang kau dikeluarkan di Bandar Tasik Permaisuri minggu lepas juga  jelas memperlihatkan betapa kelabu asapnya tahap pemikiran kau. Apa tidaknya, kau tuntut agar JHEV mengagihkan dana rayuan Hari Pahlawan kepada presiden-presiden kelab tentera secara adil dalam program khas!.  Persoalannya, kenapa nak agih-agih kat presiden? Ali...Ali, benarlah kau ni memang penyanggak, penyamun, duit sumbangan ikhlas rakyat pun kau nak sapu untuk memenuhi tuntutan peribadi kau, dahlah lantik sendiri sebagai president persatuan yang tak berdaftar. Sedarlah Ali, kau memang dah nazak, semua orang tahu perangai `syaitan' kau tu, kau mungkin berjaya tipu orang sekali...tapi tembelang kau terbongkar juga akhirnya. Siapa yang nak terima cadangan `gila' kau tu?. .   Tidak habis dengan kenyataan tu, kau kata pulak....`kita ramai-ramai akan turun Mindef (minta Najib) pecat Zahid Hamidi sebagai Menteri Pertahanan"  jika tuntutannya tidak ditunaikan dalam 136 jam?. Kah...kah....kah...siapa kau Ali nak pecat menteri dengan 28 orang berdemo kat Mindef?. Lebih baik kau berdemo kat Zoo Negara tu, sekurang-kurangnya beruk, gajah, singa, kelawar ada juga kawan, binatang-binatang tu taklah kesunyian.....he..he..he..Ali, UKURLAH BAJU DIBADAN SENDIRI, JANGAN RIAK DAN TAKBUR, awak tu dahlah tak tahu banyak perkara. Mungkin bloggers dan pemberita yang datang tu tak tahu mengenai cara pengurusan dana Tabung Pahlawan, tapi kami pesara ni cukup pakar. LEBIH BAIK KAU BUAT KAJIAN DULU! Itulah sebabnya orang suruh kau berkhidmat sampai pencen, tapi kau nak tunjuk lagak. Bila dah tak ada duit untuk sara hidup kau pulak ugut Mindef untuk dapatkan pencen...Dasar manusia yang tak pernah sedar diri? Tiuplah wisel kau tu kat Zoo Negara sampai tamat tempoh 136 jam tu...he...he...he.   

Thursday 21 June 2012

PANAS!!! ALI TINJU KENCING AHLI




Khas untuk ahli-ahli  Persatuan Veteran Askar Melayu!.  Seorang kawan menyampaikan  berita PANAS mengenai perangai `syaitan' Ali Tinju yang berselindung di sebalik nama `Jen dan Warrior' untuk renungan semua. Kejadian ini berlaku di SIGNATURE KARAOKE K-BOX, di Jalan Pudu  pada 18 Jun lebih kurang jam 1100 malam telah terserempak dengan Ali Tinju sedang berseronok sakan ditemani `bidadari'  sampai ke pagi. Hebat Ali!, hidup berpura-pura,  siang tunjulkan imej `baik' tapi malam terserlah tabiat `syaitannya'. Khabarnya setiap malam berfoya-foya dengan `bidadari' bersilih ganti. Patutlah dia kena belasah di KTV Karaoke?.   Ali tidak layak menjadi pemimpin sebuah pertubuhan,  moralnya rendah. Itulah susah apabila prebet mendapat kuasa jadi presiden dalam persatuan yang ditubuhkan sendiri, mula lupa daratan dan lupa diri..Ali Tinju merasakan dirinya sebagai presiden perlu memperoleh layanan seperti Menteri Pertahanan dan bekas Panglima sedangkan  dia tak punya apa pengorbanan. Ali Tinju  memang besar kepala dan bodoh sombong. Tunggu apa dia nak jawab!!!!

Monday 18 June 2012

ALI TINJU BATAL DEMONSTRASI




Ali Tinju membayangkan hasratnya untuk membatalkan rancangan berdemonstrasi setelah mengetahui beliau tidak mendapat sambutan dari kalangan pesara. Warga pesara menolak sekeras-kerasnya cadangan tersebut kerana tidak mahu dipalit dengan imej oportunis beliau yang yang mempunyai kepentingan peribadi dan bukan untuk golongan pesara. Sementara itu, Pengerusi Kelab Veteran Tidak Berpencen 1Malaysia, Mohd Sabri turut menyokong hasrat pembatalan tersebut kerana Ali dianggap  `merampas' agenda persatuannya yang telah diperjuang  sekian lama. Tambahan lagi kerajaan telah mengambil perhatian perkara tersebut. Lagipun Ali tidak layak memperjuangkan isu pencen untuk golongan pesara kerana dia  sendiri diberhentikan dari perkhidmatan ATM secara keji. Keadaan beliau yang dibelenggu dengan masalah akhlak dan penyelewengan, mana mampu memperjuangkan kepentingan golongan pesara. Biarlah tanggungjawab tersebut dipikul oleh persatuan yang lebih layak.

Thursday 14 June 2012

BEKAS ISTERI SANGKAL ALI TINJU DAN MOHON MAAF KEPADA MENHAN



Penulis menemui bekas isteri Ali Tinju untuk mendapatkan respons mengenai kenyataan bekas suaminya, Ali Tinju yang cabar Menteri Pertahanan, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya bersumpah kerana kononnya pernah melontar perkataan `binatang' terhadapnya dalam kenyataan di facebook terbaharunya. Pertemuan yang diadakan di sebuah tempat (Kuala Lumpur) selama hampir 45 minit telah menyangkal kenyataan Ali Tinju dan mengesahkan kenyataan tersebut sebagai fitnah semata-mata yang bertujuan mencemarkan imej baik Menteri Pertahanan. Ikuti KENYATAAN PENUH bekas isterinya (tidak mahu dinyatakan) di bawah:

Bekas Isteri: Orang (masyarakat) tidak mengenali bekas suami saya. Ali Tinju yang pernah menjadi suami saya adalah insan yang tidak beramanah, sombong, pemboros, pentingkan diri sendiri dan tidak boleh dipercayai sama sekali. Tidak menghairankan jika bekas suami saya membuat kenyataan itu kerana beliau cukup pandai mengadakan sesuatu yang tidak disangka-sangka, kenyataan itu adalah tohmahan yang tidak berasas dan semata-mata fitnah  bertujuan mencemarkan nama Menteri Pertahanan. Setahu saya, beliau kini cukup terdesak kerana menghadapi tekanan masalah kewangan yang amat kritikal akibat pengurusan persatuan yang tidak telus kerana hidup dalam kepura-puraan, berlagak bagai seorang VIP tetapi tidak punyai apa-apa sehingga kini pun nafkah anak-anak diabaikan sepenuhnya. Saya menyeru agar masyarakat tidak terpedaya dengan muslihat bekas suami saya itu. Lihatlah keadaan yang saya lalui sekarang agar masyarakat mengetahui sikap dan perangai sebenarnya. Bekas suami saya itu sepatutnya sedar bahawa tindakannya itu tidak menguntungkan sesiapa malah akan menambah penderitaan dan kerumitan yang dia hadapi sekarang. Lebih baik dia tumpukan perhatian kepada anak-anaknya. Islam juga melarang kita membuat fitnah apatah lagi sesama peganggan agama.

Saya, bagi pihak bekas-bekas isteri memohon maaf (secara terbuka) kepada Menteri Pertahanan sendiri dan keluarganya atas keceluparan bekas suami saya demi kesejahteraan dan keharmonian kami sekeluarga. Saya sentiasa mendoakan agar suami saya itu segera taubat dan menginsafi apa yang telah dilakukan khususnya mengenai fitnah tersebut. 

Wednesday 13 June 2012

ALI TINJU TENGAH NAZAK MAHU BERDEMONSTRASI?




`Rakan' yang akan berdemonstrasi bersama Ali Tinju
Kalangan bekas pesara tentera berpandangan bahawa `Ali Tinju' yang merancang melakukan demonstrasi di Kementerian Pertahanan (KEMENTAH) pada 28 Jun 2011 merupakan tindakan orang yang `mati kutu'. Ali merancang berbuat demikian kerana sedang nazak untuk meneruskan hidup kerana duit tabungan persatuan dah mula kering akibat sikap keborosan dan penyelewengannya sendiri. 

Cubaan mengepalai `segerumbulan penyanggak'  demonstrasi adalah merupakan ikhtiar terakhir menyelamatkan dirinya dari terus nazak. Warga pesara tentera mengetahui bahawa agenda Ali cukup mudah, berdemonstrasi sebagai usaha mencipta bukti kepada `perjuangannya' yang kemudiannya akan `dijaja' di serata pelusuk negara bagi memperoleh sumbangan derma kononnya bagi membantu kebajikan pesara tentera setelah tidak dilayan oleh KEMENTAH dan kerajaan kelak. Bila mana sumbangan diterima, duit diseleweng dan disalahgunakan untuk kepentingan peribadi, dia `kembung', pesara lain tetap tak merasa apa. Dari sumber dalaman, persatuannya dah mula goyah dan kalangan mereka yang `tidak sebulu' telah menyisihkan diri kerana mengetahui tembelang Ali yang bersikap hanya mahu memperjuangkan kepentingan peribadinya sendiri.

Ali sepatutnya tahu bahawa seluruh pesara tentera tidak memerlukannya `pertolongannya' sama sekali, di mana sahaja dan bila-bila masa pun. Ali juga perlu menerima hakikatnya bahawa `perjuangannya' melalui berdemonstrasi hanya membuang masa bak kata pepatah bagaikan ANJING MENYALAK BUKIT.

Monday 11 June 2012

ULAMA PAS LARANG TUNAI RUKUN ISLAM

Umat Islam seluruh dunia berlumba-lumba mahu mengerjakan haji, tapi Tuan Ibrahim larang!

Apa sudah jadi kepada ulama' PAS hingga sanggup melarang umat Islam menunaikan Rukun Islam Kelima hanya kerana ramalannya pilihan raya akan dilaksanakan pada musim haji tahun ini!. Pemimpin PAS dah cukup bercelaru seolah-olah ibadah haji menyamai atau mengatasi pilihan raya. 

Mungkin juga Tuan Ibrahim Tuan Man mahu menyekat dan menghakis amalan penting dalam Islam. Kalaulah Lim Guan Eng mungkin orang Islam tak ambil peduli tetapi ini dikeluarkan oleh ulama PAS. Apa lagi yang boleh diharapkan kepada pemimpin PAS kini?.  Selepas PAS bersekongkol dengan S.Ambiga menodai Kota Suci Mekah, kini PAS menyekat umat Islam Malaysia untuk menunaikan haji!. Asstaqfirullahulazim.
 
Mungkin ayat Al Quran, surah Al-Haj (27-28) akan memberikan jawapan ini:

`Dan serukanlah umat Islam untuk mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah tuhan) Mu dengan berjalan kaki, dan dengan menunggang berjenis-jenis kuda yang kurus (kerana lamanya perjalanan), yang datang dari pelbagai jalan (dan corak rantau) yang jauh supaya mereka menyaksikan pelbagai perkara yang mendatangkan faedah kepada mereka'. 

Dan Saidina Aishah r.a telah bertanya kepada Rasullullah s.a.w. dengan berkata `wahai Rasullullah s.a.w. menurut kamu jihad itu adalah amal yang paling utama. Jika begitu, tidakkah kamu akan berjihad?. Baginda bersabda: bagi kamu semua ada jihad yang lebih utama iaitu haji yang makbur'.

Tuan Guru menangis!, tak tahu apa nak jawab bila baca artikel ini.

Sunday 10 June 2012

ALI TINJU `SANG KURA-KURA' DIGIGIT SUMBU

Mohd Ali Baharom juga dikenali sebagai `Ali Tinju', `Jen Ali' dan `Ali Warrior'

President Veteran Askar Melayu yang dikenali sebagai  `Ali Tinju" atau `Jen Ali' atau `Ali Warrior' sebenarnya bukanlah sehebat mana. Bekas tentera yang hanya menyumbang selama 6 tahun dalam perkhidmatan ATM hanyalah `sang kura-kura' kerdil yang berlagak menjadi `hero'. 

`Ali Tinju' dikenali kerana suka gaduh. Khabarnya masa dalam perkhidmatannya dah mula nak jadi `hero'. Dia suka bergaduh dengan kawan-kawannya tapi akhirnya dia  juga yang kena belasah dengan teruk.

Kononnya dia nak `gempar' warga ATM seluruh negara dengan bercadang buat demonstrasi di MINDEF ala-ala BERSIH 3.0?. Ini menunjukkan Ali cukup terdesak dan tertekan kerana `masalah dalamannya'. Ali menghadapi tekanan yang cukup teruk bagaikan KURA-KURA yang mengharapkan belas kesihan sang badak untuk meneruskan kehidupannya. Masalah keluarga dan kewangan yang dihadapi ketika ini dah sampai ke paras hidung. Dia yang tidak mempunyai kerja tetap dan hanya bergantung kepada hasil kutipan derma untuk menyara hidup. `Kantungnya dah kering. Dia juga kini sedang menghadapi masalah tuntutan dari perkahwinannya yang `ketiga'. 


Antara hidup dan mati menunggu sang kura-kura

`Ali Warrior' berarak-arak ke sana ke mari `kutip derma' kononnya mahu perjuangkan kebajikan pesara tentera `askar Melayu'  walhal dia gunakan persatuan dan wang kutipan tersebut untuk kenyangkan temboloknya sendiri. Ini `taktik' lama dan lapok. Cuba buktikan berapa pesara askar Melayu dah dia tolong?.  Ali cukup licik dalam hal ini. Dia `berlagak' macam VIP, dulu guna gelaran Datuk untuk memerangkap `mangsa' tapi akhirnya tembelangnya terbongkar. Dia juga bergambar dengan pemimpin ATM dan Menteri Pertahanan untuk disiar dalam internet, kononnya untuk papar kredibiliti dan kewibawaan sedangkan semua orang tahu `Jen Ali'  memang handal `main wayang'  dek mabuk kuasa. 

Ali silap  percaturan, warga ATM lebih matang dan berfikiran profesional dari sangkaanya. Warga ATM tahu siapa penyanggak, penipu, pembelit dan pembohong.  Harap-harap keluarnya artikel ini, tidak siapa yang nak ikut `Ali Tinju'. Biarkanlah Ali terjun dengan labu-labunya. Biarkan, biarkan....            

SULTAN JOHOR SULTAN RAKYAT



Kami rakyat Johor cukup mengkagumi kepribadiaan dan kewibawaan Sultan Johor. Baginda merupakan Sultan kesayangan rakyat Johor. Anda pergilah, dimana pelusuk di negeri Johor, rakyat akan merelakan bermandikan darah untuk membela dan mempertahankan Baginda bila mana sahaja diperlukan.

YB Nizar Jamaludin memang biadap dan petualang, sanggup menghina dan mencabul kedaulatan Sultan Johor. Sejak dulu lagi, Nizar memang dikenali di Perak sebagai penghianat, rela mengadai dan memperjudikan maruah bangsa dan agama demi kaum lain. Orang Melayu di Perak tidak pernah dibela, malah orang Cina diberikan keistimewaan selama 999 tahun menerokai tanah hak Melayu.  Fikirkan sahajalah, bangsa lain yang dapat plate istimewa dengan bidaan yang lebih tinggi dari WWW1 tak pernah dia kritik. Inilah dia `musang berbulu ayam'.

Nizar berhati busuk dan meyimpan hasat dengki. Kali ini dia cuba nak campur tangan hal ehwal negeri Johor, sedangkan dia tahu kenyataannya akan hanya menguntungkan bangsa lain. Kalau orang Melayu kaya dia mula bising kononnya diperoleh melalui dasar korupsi dan aktiviti penyelewengan. Semua orang Melayu buat tak betul dan yang betul hanyalah kawan rapatnya dari DAP.   DAP di Pulau Pinang dah buat orang Melayu merana, tanah masjid diambil begitu sahaja tapi Nizar diam sebab sokong dan sayangkan DAP. Begitu juga tindakan BERSIH3.0 nodai Kota Suci Mekah dan Madinah  berlaku kerana sokongan Nizar dan kuncu-kuncunya PAS, PKR dan DAP. S. Ambiga tidak dikritik kerana mempunyai perjuangan  yang sama iaitu ingin menghancurkan agama Islam.

Nasib baiklah Perak kembali kepada BN, kalau tidak habis kekayaan dan keistimewaan Melayu habis tergadai kat bangsa lain khususnya kat DAP. 


Friday 8 June 2012

Dulu Kaki Songlap, Sekarang Marah Orang Lain Plak..



Ape celop ni.. aku adalah jugak meng”Google” sapakah gerangannya mamat nih.. Brig Jen Datuk Abdul Hadi bin Abdul Khatab TUDM.

Kire mantap jugak lah pernah jadi Panglima Logistik. Gile banyak tahun tu jadi Panglima Logistik.. Masyukkk beb.. Cogankata pon Supaya Mereka Terbang..

Jadi demikian hatta marewang insan ini menyertailah PKR pada 14 November 2011 selaku penaung Angkatan Muda Keadilan (muda ke?) agar hendaknya ingin menuntut kembali keadilan ke atas dirinya lalu jadilah ia Pengerusi Majlis Rundingan Keselamatan Keadilan yang kononnya akan menjadi Menteri Pertahanan pabila Pakatan menawan Putrajaya kelak.. Puihh.. Kes enjin jet pon xbley nak settle, boleh nak buktikan diri sendiri tak bersalah, nak sembang pasai pertahanan negara hala tuju bagai.. Apa lu cerita ni?


Dan bila ianya mula bertapak di PKR, maka habis dicanangnya RAHSIA negara ke sana ke mari, pi mai pi mai tang tu bagai. Duk sebok pasai Scorpene mahal lah bagai, weh, lu TUDM kasi sembang pasai TUDM lah. Duk sembang nape Sukhoi rosak banyak? Hang tu Panglima Logistik buat gapo? Konon nak mengajak rakyat melakukan perubahan, masa jadi panglima dok curi stokin, enjin pon nak kebas... Pastu abes semua orang salah lah, xadil lah.. setahu aku lah, askor ni makin besor pangkat makin besor tanggungjawab.. So, benda tu hilang di bawah tanggungjawab hang.. kasi tanggung lah weh. . Sembang bikin orang bimbang..


 

Jadi di sini teman nak nasihat.. Sebelum memandu, periksa lah cermin sisi dan cermin pandang belakang yakni maksudnya.. Cermin lah diri tu skit hensem ke tak sebelum nak jadi frontman layak ke idak weh.. Sewel punya kelabu asap.. asko reput! Sekian.

Wednesday 6 June 2012

SCORPENE, PKR DAN ABD HADI KHATAB



Tidak menghairankan Parti Pembangkang khususnya PKR bersungguh-sungguh mengeksploitasi isu scorpene. Dari bapak ke anak isu scorpene dikokok ke sana ke mari seolah-olah dunia hendak kiamat esoknya. Nurul Izzah berhajat nak bawa ke parlimen dan sipelakun kulum' pula yang buat press conference mendesak Najib jawab. Senario ini begini memang cukup sinonim bagi PKR dan sesuatu yang telah dijangka bila PKR mendapat `modal' bagi menghentam kerajaan. Hasilnya penyokongnya PKR, DAP dan PAS pun mulalah melalak dan memekik seolah-olah kerajaan menghadapi masalah besar yang bakal negara diserang esok juga kerana dokumen sulit TLDM dah dijual kat ejen atau musuh. Yang peliknya `musuh' yang mana satu pun dia tak tahu? dan kalau ia pun, negara kini terancam, Nurul Izzah dan sipelakun tu masih sempat nak buat press conference!.




Telan bulat-bulat?

Baik bapak mahupun sipelakun kulum, isu scorpene memang sesuatu yang ditunggu-tunggu kerana saat ini memberi peluang untuk mereka menutup segala `kudis dan bau busuknya' yang bertali arus menyemarak di seluruh negara. Gelagat mereka tak ubah seperti `tikus membaiki labu', Isu scorpene mengikut pandangan PKR cukup mudah untuk `ditelan bulat-bulat' oleh sesiapa sahaja yang benci kerajaan. Kenyataan mereka bukan sahaja sesuatu yang tidak sebenar malah hujah yang ditimbulkan menunjukkan mereka amat cetek mengenai hal-hal ketenteraan. Khabarnya jurucakap TLDM pun tak hendak beri komen bukan kerana takut tetapi apa gunanya melayan kerenah PKR yang semua orang tahu, mereka hanya mahu isu scorpene dipolitikkan bagi kepentingan mereka. Bagi PKR, apa-apa sahaja yang boleh dijadikan modal, ia akan spin bagi meraih sokongan dan menunjukkan kerajaan korup!.

Dalam hal ini PKR benar-benar hendak menjatuhkan imej ATM dan kerajaan khususnya Najib. Bayangkan sahajalah kredibiliti sipelakun kulum yang memang tak mampu berhujah mengenai peralatan tentera, inikan Nurul Izzah yang masih mentah dalam segala hal. Malah Anwar pun begitu, ketika dalam kabinet dia tak pernah bercakap dan membantu mengenai kebajikan warga tentera.

Cina?

Amat menghairankan kenapa isu dokumen sulit TLDM menjadi modalnya? Dalam ATM, semua mengetahui bahawa untuk mendapatkan dokumen sulit amatlah sukar dan ianya melalui prosedur pengawalan dan tapisan keselamatan yang ketat lebih-lebih lagi mengenai hal-hal pengoperasian sesuatu aset ketenteraan. Azmin Ali dan PKR perlu ingat ianya tidak semudah yang difikirkan sebagaimana Tan Sri Khalid Ibrahim memerangkap adegannya di tandas mahupun aksi lakunan `indah' oleh Anwar dengan pelakun Cina tu. Anwar dan Azmin mempunyai persepsi yang cukup busuk khususnya kepada kerajaan. Ini kerana mereka berdua cukup sensitif dengan perkataan `sulit', dan kerananya juga kedua-duanya mereka terperangkap dek pendedahan video sek dan kulum.

Superman!

Pelik tapi benar, kemunculan Abdul Hadi dalam `babak-babak' scorpene memang ajaib, namun kerana politik PKR, bekas pegawai tentera TUDM kini dijadikan `superman' dalam sekelip mata. Peliknya, Abdul Hadi cuba tak tunjuk belang mengenai isu scorpene TLDM sedangkan dia hanyalah seorang tentera TUDM. Benarnya, Abdul Hadi yang ditamatkan perkhidmatan secara keji dalam TUDM kini mengepalai Badan Perundingan Keselamatan PKR. Hadi bagi Anwar adalah seorang yang paling tepat mengepalai badan tersebut kerana selama ini Anwar cukup takut mengenai `keselamatannya'. Kehadiran Hadi cukup melegakan Anwar ketika ini kerana Hadi akan dijadikan `kuda tunggangan' dan Hadi juga akan merasa gembira, laluannya untuk menjadi YB semakin kenyataan. Jadinya pertemuan antara dua insan ini seakan-akan sesuatu yang ditunggu-tunggu selama ini walaupun semua mengetahui ia akan perpecah juga akhirnya nanti. Hadi adalah seorang bapa yang cukup mementingkan aspek keharmonian keluarga, dia mungkin jahil dan rakus tentang `duit' tapi nafsunya `lemah' tidak seperti ketua barunya tu. Dalam hal ini apabila Hadi tidak mampu memberi perkhidmatan `khas' bagi memenuhi kehendak nafsu rakus ketuanya kelak, Hadi akan berpaling arah...tengok sahajalah. `Superman' ini akan menjadi boombering.


Bagi masyarakat umum, isu scorpene bukanlah menjadi perhatian mereka kerana yang lebih penting apatah lagi momokkan dan tipu helah PKR bagi mengekalkan momentum meracuni fikiran rakyat demi membenci kerajaan. Pemimpin PKR sendiri tidak mampu lagi menutup segala kelemahan dan keburukannya sedangkan pilihanraya semakin hampir.

MUNGKINKAH ANAK-ANAK INI ISLAM ?






Gambar ini adalah anak-anak kita, yang kita curahkan dengan penuh kasih kesayangan dan kecintaan. Kita akan bersedih dan muram jika anak-anak kita sakit mahupun ditimpa kemalangan, jauh sekali terjadi sesuatu kejadian yang tidak diingini. Anak-anak menjadi pewaris kita baik dari sudut keturunan, bangsa dan juga agama.

Tetapi apakah jadinya nanti jika Parti Pembangkang memerintah?. DAP bersama PKR dan PAS terus terang telah menyatakan hasratnya akan mengubah perlembagaan negara jika ia memerintah di Putrajaya. Antara perkara utama yang mereka mahu ubah adalah mengenai status agama anak-anak ini. Mereka mahu menetapkan bahawa anak-anak yang baru dilahirkan sehingga 18 tahun, status agamanya akan ditentukan oleh mereka sendiri.Anak-anak kita mungkin tidak lagi dibenarkan berpakaian begini dan mengikuti ayahnya ke masjid. Adakah umat Islam di Malaysia mahu membenarkannya berlaku?.

DAP menyimpan banyak dendam ke atas umat Islam di Malaysia. Mereka tidak lagi menganggap bahawa isu agama itu hak sesuatu bangsa khususnya di Malaysia dimana agama Islam dijamin dalam Perlembagaan Malaysia. Sebagai langkah pertama, pembinaan gereja besar di Malaysia hampir menjadi dan tidak mustahil kata-kata Razali Abdul Rahman mengenai strategi DAP akan berjaya jika orang Melayu lepa dan lupa terhadap tanggungjawabnya - mempertahankan Islam dalam apa jua keadaan. Orang Melayu kini dilihat lebih suka bergabung dengan DAP hanya kerana cita-cita politiknya yang sama iaitu ingin ke Purtajaya. Orang Melayu sebaliknya perlu mengetahui `grand design' DAP yang mahu menghancurkan orang Melayu dan Islam di Malaysia. Banyak insiden di negara kini dilihat Islam diperlekeh dan dinodai, tetapi PKR dan PAS hanya mendiamkan diri sedangkan mereka orang Islam. Malah bersedia menukar matlamat perjuangan hanya bagi memberi laluan kepada persahabatan ala `perjanjian syaitan',mempertikai dan mempersoalkan tindakan JAIS dalam kejadian murtad ke atas orang Islam di Selangor, PAS seolah-olah membenarkan orang Cina sewenang-wenangnya menghina ayat-ayat Quraan dan PAS merelakan Bersih 3.0 menghina Kota Suci Mekah dan Madinah semuanya atas kesepakatan DAP, Anwar, Ambiga dan Karpal Singh.

Kalaulah DAP memerintah, tidak mustahil anak-anak kita tidak akan lagi ke sekolah agama dan baca Al-Quraan ketika kecil lagi. Bukalah dan lihat dengan mata hati, agar orang Melayu tidak terjerumus didalam gengaman DAP.

Monday 4 June 2012

BERSIH 3.0 VS SURAH AL-FILL






TIDAKKAH  PAS dan PKR menyedari tindak tanduknya membawa segerumbulan penyokong BERSIH 3.0 di Kota Suci Mekah dan Madinah itu MEYAMAI PERISTIWA yang telah berlaku di zaman Nabi Muhammad SAW satu ketika dulu. Peristiwa itu telah bersemadi disanubari kita dan menjadi peringatan  bahawa ALLAH melalui Surah Al-Fill telah menurunkan malapetaka yang cukup dasyat dan mengerunkan kepada sesiapa yang hendak memusnahkan Kota Suci ini. Tidakkah pemimpin PAS dan PKR yang berugama Islam terfikir bahawa tindakan mereka membawa segerumbulan penyokong BERSIH 3.0 seolah-olah mahu mengulangi peristiwa tentera bergajah.

Seluruh umat Islam Malaysia semestinya menyedari bahawa tindakkan PAS dan PKR ini benar-benar telah tersasar dan terpesong dari akidah agama yang kita anuti. Mereka pemimpin PAS dan PKR sewenangnya merobek dan menghina kesucian Kota Mekah dan Madinah demi mencapai cita-cita politik dunia yang cukup mengjijikan. DAP dan kuncu-kuncunya S. Ambiga, Lim Kuan Eng, Karpal Singh semuanya cukup bahagia sekarang, malah bangsa Yahudi juga cukup berpuas hati kerana umat Islam sendiri yang meruntuhkan kesucian agamanya.

Wahai orang Islam Malaysia, SEDARLAH  betapa pedih dan luluhnya hati umat Islam Malaysia apabila kesucian agama yang umat Islam terdahulu, para ambia'  dan Nabi Muhammmad bertungkus lumus mempertahankannya kini dinodai oleh umat Islam sendiri yang dikenali sebagai pemimpin PAS dan PKR dan penyokongnya.

Apakah prinsip peganggan agama yang ada pada pemimpin dan penyokong PAS dan PKR telah luluh dan terhakis. BINASALAH MEREKA YANG MELANGGARI PERINTAH ALLAH KERANA HENDAK MERUNTUHKAN KESUCIAN KOTA MEKAH DAN MADINAH.

Untuk peringatan amatilah ayat-ayat ALLAH dalam Surah Al-Fill agar kita tidak menjadi `sebagai daun-daun yang dimakan ulat'. Hancur nya Kota Suci Mekah dan Madinah maka hancurlah umat Islam semesta.

BERTAUBATLAH WAHAI PEMIMPIN ISLAM NAUNGAN PAS DAN PKR.  


NURULIZZAH KENA TIPU DEK JOSEPH BREHAM



Nurul Izzah kena tipu lagi dek Joseph Breham hanya kerana politik bapanya. Sampai bilapun dokumen rahsia TLDM tu    takkan dia dapat. Daripada sibuk nak cari dokumen tu lebih baik dia buat kerja macam di atas. Cuma tak nampak  ada kueh kat dulang tu.  Petang ni tak merasa kueh Izzah lah.

Izzah ni masih MENTAH dalam segala hal. Kalau dia pon tak pandai buat kueh ini kan lagi nak cerita pasal dokumen rahsia tentera. Tahu tak dia ni, berapa jenis atau klasifikasi dokumen dalam ATM?. Nurul kenalah tahu hal-hal ketenteraan sebelum `berkokok' kat sana sini. Kalau saya tanya berapa tentera yang dapat pingat keberanian SP pun tak tahu. Bilakah Rejimen Askar Melayu  ditubuhkan pun dia tak tahu, nama sahaja orang Melayu, nak perjuangkan kepentingan  orang Melayu tetapi segala-segalanya berkaitan orang Melayu tidak tahu.

Fikir fikirlah Nurul Izzah, awak masih muda sepatutnya berjuang kerana Bangsa, Agama dan Negara. Berjuang dengan ikhlas dan telus. Kalau bapa awak pun yang dah terbukti banyak buat `hal' masih boleh senyum tak tahulah kami. Kami orang Melayu hanya mahukan pemimpin yang ikhlas, telus dan bermaruah bukan sekadar berkokok atas kepentingan orang lain.

Oleh kerana Nurul terlalu taksub berkenaan dengan dokumen sulit tu, nanti saya paparkan disini. Dekat Joseph tu bukannya betul. TUNGGU!