Wednesday, 17 September 2014

Surat Sulit Wan Azizah Jadi MB Melaka???



Di saat rakyat Selangor kian pening berdepan kemelut Menteri Besar, ‘Sultan Melaka’ didapati sempat masuk daun dalam isu ini. Menerusi satu surat rasmi yang kini tersebar individu mendakwa dirinya Sultan Melaka menggunakan nama DYMM Paduka Seri Sultan Ahmad Shah (Tuanku Raja Noor Jan Shah) mengumumkan bahawa keluarga Dato’ Seri Anwar akan ditawarkan jawatan di negerinya.Jawatan tersebut adalah Menteri Besar untuk Dr Wan Azizah, Pengerusi Persatuan Wanita kepada Anwar manakala Nurul Izzah pula dilamar menjadi permaisuri. Dalam surat rasmi berkepala ‘Sultan Melaka Darul Islam’ itu, turut diluahkan adalah simpati ke atas nasib Wan Azizah yang disifatkan menjadi bahan ketawa puak UMNO kerana tidak mendapat sokongan PAS.


Sedangkan menurut ‘Sultan Melaka’ yang kemarukkan Nurul Izzah ini, mereka tidak mengetahui kelebihan Wan Azizah. Kepada Anwar pula beliau dipesan usah bimbang kerana jika Nurul Izzah menjadi permaisuri Melaka maka impiannya untuk menawan Putrajaya akan semakin cerah. Apa pun satu je gua nak komen tentang surat di atas, tak kira siapa pun yang melakukannya anda adalah pelaku parodi paling gigih, sinikal dan kelakar di negara ini.

No comments:

Post a Comment