Monday, 22 September 2014

SALAM PAS DI SELANGOR!!!


Ketika Negeri Selangor meraikan MB baru dari PKR, kekesalan yang amat sangat dirasai bila PAS tidak mahu mengambil tampuk kerajaan Selangor dengan pelbagai alasan antaranya kononnya tidak tamak jawatan! Umat Islam seluruhnya perlu sedar, PAS yang kononnya selama ini mahu memperjuangkan Islam tampak teramat lesu, tidak terdaya dan longlai. PAS sekadar politik perjuangan dunia semata-mata.

Golongan ulama dalam PAS sudah lupa sejarah peninggalan perjuangan Nabi Muhammad dalam melebarkan Islam yang sepatutnya menjadi ikutan dan amanah bagi menegakkan syiar Islam di Malaysia. PAS tidak lagi menyedari bagaimana perjuangan sahabat Nabi seperti Muawiyah Abu Sufian di Mesir dan Syria, Abu Hurairah R.A ke Bahrin, Abu Musa Al-Asyari di Iraq, Usamah Zaid ke Palestine, Saad Abi Waqqaf dan lain-lainnya yang sedia memikul tanggungjawab mentadbir sebuah negera setelah mendapat kepercayaan Nabi dan Khalifah Islam  biarpun serba kekurangan ketika itu. Mereka mendirikan dan menegakkan syiar Islam dengan sehebatnya-hebatnya. Maka takbir ILLAHI berkumandang merintasi  seluruh alam.

PAS sebenarnya berupaya mengambil alih teraju pemerintahan negeri. Tetapi tetap bermati-matian kononnya mempertahan semangat ‘PAKATAN’ yang mereka sendiri pun sentiasa menjadi bahan `makanan'. Banyak pihak melihat PAS sebenarnya tidak berani berdepan dengan tanggunjawab sebagai sebuah parti yang kononnya pertahankan Islam . Boleh ditanya, pendirian yang macam mana dimiliki PAS sebenarnya. Dalam tempoh hanya beberapa hari atau selang sehari pendiriannya boleh berubah. Dalam ketegasan pucuk pimpinan tidak menyokong cadangan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail menjadi Menteri Besar Selangor menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, rupa-rupanya disebalik ketegasan itu muncul keputusan PAS sedia sokong dua nama pemimpin PKR untuk dicalon menerajui Selangor. Sekarang siapa yang memerangkap dan siapa pula yang terperangkap? Dan siapa pula yang kini berada dalam keadaan ‘serba salah?”. Karenah ‘mainan politik’ PAS menjadi bahan jenaka umum.


PAS bukan lagi pejuang Islam, mereka hanya berani melalak dan memekik-mekik tetapi tidak pernah terdetik untuk berdiri gah menegakkan Islam di sebuah negeri yang dikatakan lebih kaya dari Kelantan!!!PAS hanya berlagak, berani berada di pentas-pentas ceramah, di perhimpunan jalanraya, mendirikan poster, mengedar risalah dan VCD, mengupah bloogers menfitnah untuk menghina sesama umat sebangsa. PAS hanyut dek politik sempit dunia????PAS hanya pandai mengunakan pelbagai istilah seperti beristiqamah, berjihad, zuhud dan lain-lainnya untuk mengelabukan masyarakat Islam sedangkan peluang itu berada ditanggan mereka di Selangor. 



Percaturan di Selangor menyebabkan PAS bakal kehilangan sokongan dan kepercayaan masyarakat khususnya umat Melayu. Mereka yang mengundi PAS semata-mata meyakini parti itu teguh bertunjangkan prinsip Islam. Tetapi dalam banyak hal PAS sudah ‘melonggarkan syarat’. Apa yang jelas, rakyat terutama yang menyokong PAS sedang memerhati sikap sebenar parti itu samada PAS sanggup ‘melonggarkan’ prinsip atas alasan menjaga hati kawan atau mungkin ada sebarang ‘muslihat’ yang lain.

Walaupun kenyataan telah dibuat, namun telah terpamer dengan jelas, sesama pemimpin tertinggi PAS bertelagah pendapat. Ada yang sokong, ada yang menolak. Yang dibimbangi sebarang keputusan dibuat bukan atas prinsip tetapi atas sentimen atau mempunyai sebarang kepentingan lain yang merugikan rakyat terutamanya dalam soal Menegakkan Islam. Kata sesetengah pemerhati politik, PAS hanya hebat di Kelantan. Sekadar jaguh di kampung. Mereka dilihat tidak berani memerintah Selangor, negeri yang sarat ‘dengan pelbagai’. PAS dilihat takut slogan “membangun bersama Islam” tidak ke mana. Jika demikian, bagaimana dengan impian memerintah Malaysia?  Mereka sering bercakap mengenai ketuhanan. Dan Tuhan telah membuka peluang mereka memerintah Selangor tetapi mereka nampaknya menolak. Jadi sampai bila mereka perlu tunggu peluang untuk ‘mengembang sayap’ ke luar Kelantan. Maka benarlah jika ada telahan… “nak memerintah Selangor pun tak sanggup, masakan bercita-cita nak memerintah Malaysia…”


Ada pihak yang menyoal, sampai bila PAS terus berdiri dengan ego yang menebal jika benar-benar berjuang menegakkan Islam. PAS boleh bertanya sendiri siapa PKR, siapa DAP kepada mereka. Soalan yang mudah dijawab jika mereka benar-benar jujur meletakkan kepentingan agama, bangsa dan negara mengatasi semangat politik taksub dan ‘assobiyah’. PAS yang memiliki 15 kerusi di Dewan Undangan Negeri Selangor ketika ini berupaya menjadi peneraju utama bagi menentukan siapa yang perlu menjadi Menteri Besar Selangor. PAS tentu juga boleh membaca aspirasi Istana dan rakyat Selangor khususnya umat Islam dalam isu ini.  Namun PAS dilihat mengambil sikap untuk terus ‘menempel’ rakan. Sayang sekali PAS tidak pernah terfikir untuk mebina kekuatan atas nama sesama jemaah ‘yang berimam satu, berkiblat sama’. Nampak sangat PAS tidak bersedia mencari satu rumusan terbaik di saat-saat umat Islam di negera ini semakin diuji dan dicabar. Di saat-saat kedudukan Islam semakin kerap ‘dipersoal’, PAS tidak berani menjalankan tanggungjawab sepertimana sahabat-sahabat Nabi Muhammad SAW.


Secara jujurnya, ramai yang menyeru PAS menilai secara jujur arah haluan perjuangan mereka. PAS tidak sepatutnya mengecewakan keyakinan penyokong yang parti itu benar-benar berprinsipkan perjuangan Islam. Hampa harapan penyokongnya kerana PAS semakin mempamerkan ‘kompromi keterlaluan’ dalam perjuangan parti semata-mata ingin menjaga hati rakan kongsi. Sesungguhnya waktu tidak pernah terlewat untuk berubah asalkan ada kejujuran. Jujur menilai betapa perubahan perlu dibuat walaupun pahit jika ia demi kebaikan. Yang dicari adalah kedamaian dan kesejahteran dalam ertikata sebenar…yang berlandaskan tuntutan agama dan keperluan hidup harmoni dalam masyarakat majmuk di sebuah negara bernama Malaysia.


Tidak hairanlah PAS akan hancur dek nafsu politik sempit. PAS bagaikan sebuah kapal sekadar hanyut mengikut arus di lautan luas yang nakhodanya PKR dan DAP, sekali dipukul ombak, mereka terkejut, mengelabah dan mula mengertak nahkodanya sahaja tetapi tidak berani mengambilalih nakhoda.

No comments:

Post a Comment