MASIH INGAT!!!Azmin Ali dalam sidang media pada 17 Januari 2013 telah menyanggah
ketetapan yang dibuat oleh Majlis Syura' Ulama' PAS mengenai isu kalimah
Allah. Pada 13 Januari 2013, Majlis Syura' Ulama' PAS telah membuat ketetapan
melarang sebarang penggunaan kalimah Allah oleh kristian kerana ianya
membabitkan persoalan aqidah dan bukannya isu politik. Azmin dalam kenyataannya menyanggah ketetapan Majlis Syura' Ulama' PAS
dengan menyatakan bahawa ketetapan Majlis Syura' Ulama' PAS hanya
mengikat ahli PAS.
Azmin bertegas menyatakan bahawa beliau bersetuju dengan pendirian
Majlis Presiden Pakatan Pembangkang DAP-PKR-PAS yang dibuat pada 08
Januari 2013 yang memperakui kristian boleh menggunakan kalimah Allah
walaupun tidak menepati kehendak Al-Quran; sebagaimana yang dituntut
oleh Lim Guan Eng didalam ucapan hari krismas pada 25 Disember 2012.
Pendirian Azmin ini jelas bercanggah dengan titah Tuanku Sultan
Selangor sendiri ketika itu. Ianya juga jelas bercanggah dengan pendirian Majlis
Agama Islam Selangor, Jabatan Agama Islam Selangor; malahan bercanggah
dengan Enakmen Pelarangan Pendakyahan Agama Bukan Islam 1988 Selangor
yang jelas melarang penggunaan kalimah Allah oleh mana-mana orang bukan
Islam dalam bentuk yang dilarang Islam.
Persoalannya ialah, apakah kelak akan berlaku pertembungan dan
konfrontasi diantara Kerajaan Negeri Selangor dibawah pimpinan Azmin Ali
dengan Tuanku Sultan Selangor, institusi Islam Negeri Selangor dan juga
Undang-Undang sah Negeri Selangor? Sekurang-kurangnya Tan Sri Khalid jelas pendiriannya dalam isu ini -
iaitu patuh kepada titah Tuanku Sultan Selangor sendiri. Sebab itu
sehingga hari ini Kerajaan Selangor pimpinan Tan Sri Khalid enggan
mengembalikan bibel versi bahasa Melayu yang dirampas MAIS kepada Bible
Society of Malaysia.
Adakah Azmin akan melanggar titah Tuanku
dan Enakmen Anti-Dakyah Negeri Selangor dengan mengembalikan bibel-bibel
tersebut, dan membenarkan kristian mengguna-pakai kalimah Allah di bumi
Selangor ini?
Apa yang jelas pendirian Azmin yang dinyatakan melalui sidang media pada
17 Januari 2013 itu tidak pernah ditarik balik secara terbuka? Dan
Azmin sendiri tidak menyatakan dengan jelas dan sarih bahawa dia sudah
menukar pendirian dan bersetuju dengan titah Tuanku dan undang-undang
negeri Selangor melarang kristian menyalahguna kalimah Allah di bumi
Selangor ini?
Kita perlu ingat isu kalimah Allah ini belum pun tamat. Bible Society of
Malaysia masih menuntut dikembalikan bibel-bibel versi bahasa Melayu
yang mengandungi kalimah-kalimah yang dilarang. Penerbitan The Herald
membuat kenyataan semalam bahawa mereka telah memfailkan permohonan
menyemak semula keputusan Mahkamah Persekutuan. Dan rayuan pihak SIB - Sidang Injil Borneo untuk penggunaan kalimah Allah oleh kristian dan hak mendakyahkannya akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 01 Oktober 2014.
Bermakna isu kalimah Allah dan penggunaan bibel versi bahasa Melayu
masih lagi panas berapi dan akan berpanjangan, Apakah pendirian kerajaan
Azmin Ali ???BIBLE ATAU PERTAHANKAN ISLAM????
No comments:
Post a Comment