Thursday 18 September 2014

DAP - BAHANA YANG KIAN JELAS????



Segala puji dan puja hanya kepada Allah SWT. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar dan Penghulu Segala Nabi, Nabi yang terakhir serta kekasih Allah, ialah Muhammad SAW yang benar pembawa keamanan dan kedamaian sejagat. Selawat dan salam juga ke atas keluarganya dan para sahabatnya serta mereka yang mengikut jejak langkah Baginda SAW dalam melakukan dakwah dan perjuangan menegakkan sunnahnya hingga ke Hari Kiamat.

Sesungguhnya, hakikat orang Melayu di Malaysia ialah beragama Islam, dan dalam Perlembagaan Malaysia  menyebut bahawa orang Melayu ialah, mereka yang menganut agama Islam, lazimnya bercakap bahasa Melayu dan menurut adat istiadat Melayu.

Demikian juga dengan Negara Malaysia,  hakikatnya ialah salah sebuah Negara Islam dan dipimpin oleh pemimpin orang Islam, kerana dalam Perlembagaan Perkara 3 Fasal 1, tercatat bahawa; Agama Islam adalah Agama Rasmi Negara. Sementara Perkara 3 Fasal 2 dan 3 tercatat bahawa; Raja Menjadi Ketua Agama. Demikian juga dengan Perlembagaan Perkara 153 menyebut bahawa orang Melayu mempunyai hak dan keistimewaan tertentu yang tidak boleh dipersoalkan, kerana ia merupakan kesepakatan bersama di antara lain-lain bangsa yang disebut sebagai “kontrak social”.

Sesuai dengan ajaran Islam yang melarang umat Islam melantik pemimpin tertinggi di kalangan bukan Islam, lebih-lebih lagi Allah sendiri berfirman bahawa kuasa kepimpinan ditentukan oleh Allah dan Allah akan melantik dan menyerahkan urusan kepimpinan dalam sesebuah negara kepada orang bertakwa, orang bertakwa tentu sekali di kalangan orang Islam dan mustahil di kalangan orang bukan Islam. Rujuk surah Ali Imran  ayat 26 dan surah al-A’araf ayat 128 dan surah al-Nur ayat 55 yang selanjutnya dibincang dalam buku “BAHAYA DAP KEPADA KEDAULATAN DAN PERLEMBAGAAN NEGARA” sila dapatkan di pasaran.

Oleh itu usaha pihak DAP dan mana-mana pihak yang berusaha untuk menentang kepimpinan dan untuk mengambil alih kuasa pemerintahan yang ada sekarang ini serta mengubah perjanjian (kontrak sosial) yang telah termetrai dan dipersetujuan bersama, maka Islam menganggapnya sebagai tindakan melakukan “pemberontakan” yang boleh dikenakan tindakan, bukan sahaja di bawah Akta ISA atau dalam hukum Islam dibawah Hukuman Bughah.

Sesungguhnya, DAP sebagai sebuah parti atau kelumpuk bangsa yang bukan beragama Islam, apabila ia menyuarakan tentangan kepada Islam dan bangsa Melayu serta Raja-Raja Melayu yang menjadi tunggak kepimpinan Negara, maka mereka boleh digolongkan ke dalam golongan “Kafir Harbi” yang boleh ditentang dan diperangi dengan apa cara sekalipun oleh orang Islam (Melayu) dan rakyat yang setia dengan Negara ini. Kerana mereka telah melakukan penentangan terhadap Negara, melanggar perjanjian dalam Perlembagaan, iaitu ingin memansuhkan hak-hak bangsa Melayu dan Institusi Kesultanan Raja-Raja Melayu.

Sebab itulah, buku “BAHAYA DAP KEPADA KEDAULATAN DAN PERLEMBAGAAN NEGARA” penting untuk rakyat Malaysia baca kerana di dalamnya mengandungi penjelasan terhadap beberapa persoalan yang timbul dan ditimbulkan oleh pihak DAP dan mereka yang bersekonkol dengannya, berkaitan dengan beberapa isu sensitif, sama ada dipandang di sudat keselamatan Negara dan juga keamanan menurut pandangan Islam, dengan diberikan pedoman dan panduan menurut keterangan al-Quran dan juga hadis serta keterangan dalam kitab-kitab karangan para ulama Muktabar.

Antara persoalan dan penjelasannya adalah bahawa orang bukan Islam dalam DAP, tidak sama dengan orang bukan Islam dalam parti komponen (bukan Islam) yang sama-sama berkongsi kuasa pemerintahan dalam kerajaan. Penentangan DAP terhadap negara ini bukan semata-mata atas dasar perjuangan politik mengikut lunas-lunas Perlembagaan, tetapi lebih cenderung kepada sikap anti kepada Islam dan kepada bangsa Melayu yang menjadi tunggak pemerintahan Negara ini.

Ini dilihat kepada rancangan DAP hendak menghapus bangsa Melayu sebagai teras bangsa yang beragama Islam, yang majorit dan menguasai negara Malaysia. Sebab itu DAP anti kepada sistem Kesultanan Melayu dan jika mereka berkuasa di peringkat negara, tentu DAP akan gubal perlembagaan, mengubah hak-hak keistemewan bangsa Melayu dan menghapus sistem Kesultanan Melayu. Secara tak langsung Islam akan sendirinya terhapus, kerana teras kepada agama Islam ialah terletak kepada bangsa Melayu.

Kita Melihat juga kepada tindakan DAP mencadangkan Zaid Ibrahim mengganti Anwar Ibrahim, menunjukkan DAP tak ikritaf kewibawaan, ketokohan dan kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz dan Tuan Guru Haji Hadi sebagai pemimpin tertinggi  dalam Pakatan Rakyat. Jika DAP dibiar menguasai Negara ini, tentu sekali kursi Timbalan Perdana Menteri Malaysia dicadangkan kepada DAP, bukan Islam dan akhirnya kuasa penuh sebagai Perdana Menteri Malaysia akan bertukar kepada pemimpin bukan Melayu dan juga bukan Islam.

Kit
a juga dapat melihat, semasa isu pemeliharaan babi secara besar-besaran, DAP mendesak kerajaan PAS Kedah membuka ternakan babi besar-besaran, sedangkan Islam melarang perbuatan memelihara babi di negeri atau negara yang majoriti rakyatnya orang Islam. Tindakan wakil rakyat DAP kedah mengugut untuk menarik diri keluar daripada Pakatan Rakyat di Kedah, kerana pihak kerajaan PAS Kedah menutup ternakan babi, sebagai suatu bukti bahawa DAP memang tidak meghormati pemimpin Islam di Kedah dan juga umat Islam di negeri itu. Sebaik sahaja Pakatan Rakyat memeritah Selangor, langkah pertama DAP berusaha untuk pecah belahkan masyarakat Melayu/Islam, ialah DAP melantik Exco Kerajaan Tempatan Selangor, terdiri orang bukan Melayu/Islam supaya merancang penempatan untuk mengurangkan majoriti Melayu dalam kawasan majoriti Melayu sekarang ini.

DAP belajar kaedah dan cara menyusun penempatan dan memecah-belah rakyat Selangor berbangsa Melayu daripada kaedah yang dilakukan oleh Singapura, yang berjaya mengurangkan majoriti masyarakat Islam di beberapa penempatan tertentu. Sebab itu, sebaik sahaja Kerajaan PR Selangor terbentuk, semua Exco Kerajaan Negeri Selangor dibawa melawat Singapura. Ini membuktikan bahawa kiblat DAP dalam pemerintahan ialah ke arah Singapura. Singapura  pula berkiblatkan kepada Israel.

Kita juga melihat, bahawa dalam Pakatan Rakyat, yang majoriti pengundi PR ialah orang Melayu/Islam, sepatutnya Tok Guru Nik Aziz atau Haji Hadi atau tokoh-tokoh ulama jadi Penasihat PR, tetapi kedua-duanya bukan sahaja tidak diberi peranan penting, bahkan suara dan pandangan mereka tidak diindahkan. Ini menandakan PR yang didominasikan oleh DAP tidak selesa dengan kehadiran tokoh-tokoh agama dalam PR, cuma sekadar hendak diperalatkan sahaja demi sama-sama menyatakan penentangan terhadap kerajaan pimpinan bangsa Melayu.

Selain itu, kita juga melihat sikap kerajaan DAP Pulau Pinang mendesak agar wang zakat dan baitulmal di negeri Pulau Pinang diberi sama rata kepada bukan Islam, sedangkan wang tersebut adalah hak mutlak umat Islam sama ada di segi Perlembagaan dan juga di segi hukum Islam. Sementara  dalam badget kerajaan Pulau Pinang, DAP telah mengurangkan peruntukan kepada orang Melayu. Adilkan demikian? Wang umat Islam hendak dikongsi dan wang kerajaan DAP dikurangkan untuk umat Islam.

Demikian juga semasa DAP memerintah Perak (seketika sahaja), dengan mendalangkan pemimpin Melayu (Menteri Besar, ketika itu) telah memberi tanah rezab Melayu kepada Bukan Islam geran miliki dalam masa yang panjang. Banyak lagi isu-isu yang dibincang dalam buku ini, yang disorot mengikut pandangan Islam, bahawa tindak-tanduk DAP amat merahaya kepada Negara dan masa depan Melayu dan umat mat Islam.

Sebab itu, kita dapati keadaan umat Melayu di negeri-negeri pemerintahan DAP berada dalam keadaan tersepit. Semantara DAP Pulau Pinang telah memberi gambaran bahawa orang Melayu dan kerajaan pimpinan Melayu jahat dan tak dinamik.

Demikianlah beberapa persoalan penting yang  dibincangkan dalam buku ini bertujuan untuk menyedarkan orang Melayu dan Islam tentang bahaya idealogi politik DAP, jika dibiarkan mereka menguasai Malaysia.

No comments:

Post a Comment