DAP langsung tidak bercakap tentang rancangan besar mereka. DAP tidak
mendedahkan langsung tentang lebih 100 orang pemuda dan pemudi Melayu
yang telah bersedia dari segala segi untuk diletakkan dalam senarai
calon ADUN dan kemudian diangkat menjadi Menteri Besar Selangor yang
pertama dari kalangan DAP. Barangkali bagi orang UMNO, keyakinan
DAP amat keterlaluan. Ini adalah kerana DAP berkeyakinan penuh mereka
akan dapat menyapu lebih 3/4 kerusi DUN di Selangor. Sekaligus
membenarkan DAP untuk mengusul dan menggubal Undang-Undang Tubuh Negeri
Selangor yang mempertahankan Melayu-Islam selama ini.
Apa sebenarnya yang mahu digubal dan diubah?
Sudah tentulah kewujudan dan fungsi DYMM Sultan Selangor dalam pentadbiran negeri!
Sekarang ini pun, Pakatan Rakyat terutama sekali PKR dan DAP sedang berkempen memburuk-burukkan DYMM Sultan Selangor. Para pecacai mereka membayangkan Selangor akan lebih aman tanpa wujudnya Sultan. Gerakan menghapuskan kesultanan Melayu Selangor dijalankan secara senyap dan secara bijak.
Gelagat PKR dan DAP yang menderhaka dan mengkhianati titah DYMM Sultan Selangor agar menghantar lebih dari dua nama calon Menteri Besar Selangor, menunjukkan kecenderungan dan cita-cita besar mereka. Kedegilan yang sengaja ditunjukkan, sebenarnya mencabar DYMM Sultan Selangor dan rakyat Selangor sendiri. Ketiadaan tindakan mahupun reaksi panas daripada rakyat Selangor, mahupun pihak berkuasa, memberikan bayangan kepada PKR dan DAP bahawa segala tindak tanduk mereka, akan lebih mudah tercapai hanya dengan mengasak DYMM Sultan Selangor sehingga baginda akhirnya menitahkan agar DUN Selangor dibubarkan bagi membolehkan PRN Selangor.
Tengoklah!!!, sebaik-baik sahaja PRN Selangor diumumkan, DAP segera membariskan calon-calon Melayu mereka dan menempatkan di kerusi-kerusi yang dahulunya dimenangi oleh UMNO dan PAS.

No comments:
Post a Comment