... Singapura menerusi
Population White Paper mempunyai rancangan penambahan penduduk yang
begitu tersusun. Sasaran Singapura adalah untuk mencapai jumlah penduduk
seramai 6.9 juta orang menjelang 2030. Pada tahun 2011 sahaja penduduk
Singapura telah bertambah seramai lebih 600 ribu orang atau 12.9%. Ini
menjadikan penduduk Singapura sekarang adalah 5.18
juta orang. Pertambahan penduduk pada kadar 12.9% setahun adalah suatu
pertambahan yang amat besar. Purata kadar pertumbuhan penduduk dunia
hanyalah sekitar 1.8% setahun sahaja sementara untuk negara kita
Malaysia kadar pertumbuhannya adalah 2% setahun.
Adalah amat
mustahil sesebuah negara dapat menambah penduduk pada kadar yang amat
drastik sekali sebagaimana apa yang berlaku di Singapura. Dari mana
Singapura mengimpot bangsa cina untuk menambah penduduk di pulau
tersebut? Ianya adalah dari Taiwan dan Tanah Besar China. Hari ini
sehingga setakat Julai 2013 jumlah penduduk Singapura akan mencapai 5.46
juta orang (anggaran oleh CIA). Dengan penduduk seramai 5.46 juta orang
Singapura berada ditempat ke 105 dalam senarai jumlah penduduk
negara-negara di dunia. Sementara dari segi keluasan pula Singapura
berada pada kedudukan 192 dunia.
Keluasan pulau Singapura
hanyalah 697 km persegi, tidak sampai separuh keluasan Negeri Melaka
atau ianya sedikit lebih kecil dari keluasan Negeri Perlis yang jumlah
penduduknya tidak sampai 250,000 orang. Masalah Amat Besar Singapura
dalam menjayakan dasar penambahan penduduk ini tiada lagi lagi TANAH
untuk menempatkan penduduk dan tiada lagi TANAH bagi membuka kawasan
perindustrian dan perdagangan baru bagi menampung keperluan penduduk
yang luar biasa jumlahnya ini. Begitu juga dengan masalah perbekalan
bekalan asas seperti air dan tenaga elektrik yang sememangnya suatu
beban berat bagi negara pulau tersebut.
Apa yang paling menarik
ialah Singapura memerlukan TANAH DAN AIR MALAYSIA. Hasrat Singapura
boleh dicapai melalui kerjasama belakang tabir mereka dengan parti cina
DAP secara khususnya dan PAKATAN RAKYAT amnya. Justru itu kita tidak
hairan jika dalam pru yang lepas parti PAP dari Singapura
bertungkus-lumus membantu PAKATAN RAKYAT.
No comments:
Post a Comment