Bila Negara itu ditadbir dengan warna jahat, maka coraknya
sudah tentu tidak cantik bahkan huru-hara jadinya. Persoalannya, bagaimana mata
yang melihat ini menafsirkan warna itu baik atau jahat? Padahal mata kita semua
sama sahaja. Jika berpandu pada ilmu sains, bila kita melihat sesuatu, mata
akan mendapat signal lantas dipacu terus ke sel-sel otak untuk membuatkan kita
mendapatkan output atau tafsiran yang akan diterjemah pada mulut.
Inilah realiti masyarakat di setiap Negara, baik di eropah, asia atau timur tengah atau di mana-mana sahaja Negara, perkara ini pasti wujud. Manusia ini sebenarnya tidak kenal bahkan tidak ingin ambil tahu fitrah kewujudan manusia sebenar di atas muka bumi ini. Bukankah kita semua baik-baik belaka sama ada yang menganut agama Islam atau lain-lain agama, semuanya semasa di alam roh telah taat janji setia untuk senantiasa menyembah Allah SWT yang Maha Esa? Semua manusia itu lumrahnya punyai sifat yang sangat baik tiada kotornya.
Maka dengan itu, manusia ini sebenarnya mampu melihat warna Negara nya sendiri dengan menselarikan dengan fitrah manusia. Jikalau negaranya itu bergelumang dengan rasuah, adakah masih kita ingin katakan Negara kita itu bebas dari rasuah? Semata-mata ingin melihat warna Negara nya sendiri tidak dicalar padahal ianya sudah calar-balar.
Politik itu ilmu. Ilmu mentadbir. Bila disebut ‘ilmu’ sudah tentu ianya datang dari Allah SWT Yang Maha Bijaksana bahkan ilmu itu digunapakai untuk kemudahan dan kesenangan di dunia agar kehidupan ini diberkati Allah untuk kita membawa bekalan di kehidupan selepas mati yang kekal abadi yakni di akhirat kelak.
Bila sesebuah Negara itu ditadbir dengan warna yang kurang menarik, maka politiknya juga tidak menarik. Disebabkan warna itu juga mempengaruhi politik. Maka, politik itu mula menjadi KOTOR sepertimana kotornya warna itu walaupun cantik di mata-mata manusia yang tegar mempertahankan kecantikkan itu walau hakikat warna itu sudahpun KOTOR. Bukankah kita sudah bincangkan di atas iaitu ilmu itu memudahkan manusia tetapi kini kenapa tidak sedemikian?
Apa yang jelas dan kekal adalah ‘ilmu’ itu memudahkan manusia. Ilmu itu juga datang dari Allah SWT yang Maha Bijaksana. Itu PASTI. Bagaimana ilmu itu menjadi KOTOR adalah berpunca dari manusia yang mengamalkan ilmu itu. Allah SWT menciptakan manusia di atas muka bumi ini adalah untuk mentadbir alam agar seluruh makhluk di atas muka bumi ini sentiasa diberkati Allah. Pada masa yang sama,untuk menggalas tanggungjawab mentadbir alam ini, Allah SWT menguji setiap manusia ini dengan NAFSU dan pelbagai ujian agar iman manusia itu sentiasa kuat agar manusia itu benar-benar serius untuk mentadbir alam ini dengan berlandaskan syariat Islam yang sebenar.
Dengan itu, ilmu politik yang dianggap KOTOR itu adalah berpunca dari manusia yang kalah dengan hawa nafsunya sendiri yang sentiasa mengejar dunia tanpa melihat akhirat dengan perasaan takut. Lantas, ditadbirnya Negara itu berlandaskan ikutan hawa nafsunya semata-mata. Rosak warna itu.
Cukup kita mengambil contoh atau model ilmu politik yang BERSIH yang diamalkan sewaktu pentadbiran kerajaan Madinah dimana Perdana Menterinya adalah Nabi kita yang disayangi Nabi Muhammad SAW, Negara diwarnai dengan begitu cantik bahkan tenang melihatnya. Warna itu tersebar meluas di seluruh dunia dengan hanya mengamalkan Ilmu Politik yang BERSIH, ilmu yang datang dari Allah SWT dan diamalkan oleh hati yang BERSIH nan suci sudah tentu output nya juga cukup gemilang!
Warna apa yang sedang mewarnai dan mendominasi Negara kalian waktu ini? Fikir-fikirkan..
Tapi…adakah sel-sel otak kita ini berbeza-beza setiap orang? Sehinggakan wujud
dua penafsiran sama ada warna itu baik atau buruk.Inilah realiti masyarakat di setiap Negara, baik di eropah, asia atau timur tengah atau di mana-mana sahaja Negara, perkara ini pasti wujud. Manusia ini sebenarnya tidak kenal bahkan tidak ingin ambil tahu fitrah kewujudan manusia sebenar di atas muka bumi ini. Bukankah kita semua baik-baik belaka sama ada yang menganut agama Islam atau lain-lain agama, semuanya semasa di alam roh telah taat janji setia untuk senantiasa menyembah Allah SWT yang Maha Esa? Semua manusia itu lumrahnya punyai sifat yang sangat baik tiada kotornya.
Maka dengan itu, manusia ini sebenarnya mampu melihat warna Negara nya sendiri dengan menselarikan dengan fitrah manusia. Jikalau negaranya itu bergelumang dengan rasuah, adakah masih kita ingin katakan Negara kita itu bebas dari rasuah? Semata-mata ingin melihat warna Negara nya sendiri tidak dicalar padahal ianya sudah calar-balar.
Politik itu ilmu. Ilmu mentadbir. Bila disebut ‘ilmu’ sudah tentu ianya datang dari Allah SWT Yang Maha Bijaksana bahkan ilmu itu digunapakai untuk kemudahan dan kesenangan di dunia agar kehidupan ini diberkati Allah untuk kita membawa bekalan di kehidupan selepas mati yang kekal abadi yakni di akhirat kelak.
Bila sesebuah Negara itu ditadbir dengan warna yang kurang menarik, maka politiknya juga tidak menarik. Disebabkan warna itu juga mempengaruhi politik. Maka, politik itu mula menjadi KOTOR sepertimana kotornya warna itu walaupun cantik di mata-mata manusia yang tegar mempertahankan kecantikkan itu walau hakikat warna itu sudahpun KOTOR. Bukankah kita sudah bincangkan di atas iaitu ilmu itu memudahkan manusia tetapi kini kenapa tidak sedemikian?
Apa yang jelas dan kekal adalah ‘ilmu’ itu memudahkan manusia. Ilmu itu juga datang dari Allah SWT yang Maha Bijaksana. Itu PASTI. Bagaimana ilmu itu menjadi KOTOR adalah berpunca dari manusia yang mengamalkan ilmu itu. Allah SWT menciptakan manusia di atas muka bumi ini adalah untuk mentadbir alam agar seluruh makhluk di atas muka bumi ini sentiasa diberkati Allah. Pada masa yang sama,untuk menggalas tanggungjawab mentadbir alam ini, Allah SWT menguji setiap manusia ini dengan NAFSU dan pelbagai ujian agar iman manusia itu sentiasa kuat agar manusia itu benar-benar serius untuk mentadbir alam ini dengan berlandaskan syariat Islam yang sebenar.
Dengan itu, ilmu politik yang dianggap KOTOR itu adalah berpunca dari manusia yang kalah dengan hawa nafsunya sendiri yang sentiasa mengejar dunia tanpa melihat akhirat dengan perasaan takut. Lantas, ditadbirnya Negara itu berlandaskan ikutan hawa nafsunya semata-mata. Rosak warna itu.
Cukup kita mengambil contoh atau model ilmu politik yang BERSIH yang diamalkan sewaktu pentadbiran kerajaan Madinah dimana Perdana Menterinya adalah Nabi kita yang disayangi Nabi Muhammad SAW, Negara diwarnai dengan begitu cantik bahkan tenang melihatnya. Warna itu tersebar meluas di seluruh dunia dengan hanya mengamalkan Ilmu Politik yang BERSIH, ilmu yang datang dari Allah SWT dan diamalkan oleh hati yang BERSIH nan suci sudah tentu output nya juga cukup gemilang!
Warna apa yang sedang mewarnai dan mendominasi Negara kalian waktu ini? Fikir-fikirkan..
No comments:
Post a Comment