Tuesday 16 September 2014

CINTA BERSEGI-SEGI


PAS pernah menjadi sebahagian dari UMNO. Tiada fitnah mahupun caci maki dapat mengubah kenyataan tersebut. PAS keluar dari UMNO disebabkan oleh prinsip sebahagian daripada pengasas parti itu yang tidak setuju dengan hala tuju UMNO dibawah kelolaan Presiden UMNO pada ketika itu Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj. Selama ini PAS konsisten dalam mempertahankan perjuangannya yang sebenar. Hudud & Negara Islam. Namun setelah berhadapan dengan tahalul siyasi dengan PKR & DAP maka PAS semakin lama semakin melupakan Islam yang diperjuangkannya.

Sedih melihat satu parti yang begitu gah mempertahankan Islam dan mengkafirkan UMNO menjadi dayus apabila bergabung dengan dua parti SEKULAR. Namun itu adalah cerita PAS, dan ini juga akan menjadi sejarah parti itu untuk selama-lamanya.

Apabila PAS yang dikatakan pendukung Ulama’ dan Islam membuang prinsip asal mereka, ia membuatkan kita terfikir. Apakah dengan kehadiran PASMA satu pecahan PAS yang lebih mendokong sekularisma daripada Islam akan menyebabkan golongan Ulama’ terpinggir dan sekaligus menghancurkan PAS?
Bekas Presiden PAS Datuk Mohd Asri Muda pernah dikecam hebat apabila beliau ingin mengubah hala tuju PAS kearah mainstream. Akhirnya golongan pro-ulama’ berjaya menjatuhkan beliau. Kini keadaan berubah, golongan pro-Ulama’ sedang dihakis dari kepimpinan PAS oleh golongan secular.

Anwarinas, Endrogan dan bermacam nama lagi diberikan kepada golongan ini. Namun ianya tetap sama, mereka nampak Anwar Ibrahim sebagai ketua mereka, bukannya Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Kewujudan PASMA menakutkan semua pihak, termasuklah golongan pro-Melayu di dalam UMNO. Ini kerana walaupun UMNO menjadi musuh ketat dalam PAS, UMNO tetap mengharapkan PAS supaya menjadi pembangkang yang kuat.Kenapa UMNO mahu PAS jadi kuat? Kerana UMNO faham bahawa sekiranya PAS lemah maka golongan nasionalist Melayu juga akan jadi lemah. PAS memainkan peranan yang sama dalam Pakatan Rakyat seperti UMNO di dalam Barisan Nasional.Walaupun PAS tidak mahu mengakuinya, tapi mereka terlalu banyak persamaan dengan UMNO daripada parti-parti lain di Malaysia.
PAS perlu diperkuatkan, dan dihindari dari menjadi balaci atau kaldai di dalam Pakatan Rakyat. Dulu PAS merupakan suara penenang di dalam Malaysia. PAS juga pengkritik hebat terhadap pentadbiran kerajaan Malaysia.

Kini PAS hanya pengikut. PAS jadi lemah kepada sokongan orang Cina, sepertimana UMNO lemah kepada sokongan orang Cina. Akhirnya wujudlah dua parti yang mewakili golongan majority di Malaysia menjadi lemah kerana mahu menyenangkan hati minoriti. Orang Cina tak salah, tetapi mereka telah berjaya menundukkan dua parti Melayu Malaysia di bawah telapak tangan mereka.Seperti kejatuhan Melaka di tangan Portugis, orang Melayu di Malaysia tidak boleh menyalahkan sesiapa pun. Ini kerana semuanya berpunca dari orang Melayu sendiri. Di dalam UMNO ada si kitol, di dalam PAS pun ada si kitol. Maka berantakkanlah kedua-duanya.

Manakala pengikut kedua-dua parti yang tidak tahu apa, bergaduhlah sesame sendiri. Pemimpin yang benar-benar ikhlas pula terus layu memikirkan ego masing-masing. Akhirnya bak Pak Kaduk, kita orang Melayu hanya menang sorak, tapi kampong kita tergadai.

No comments:

Post a Comment