Sunday 14 September 2014

FAKTA PERJANJIAN PENUBUHAN MALAYSIA

Ramai yang masih kelabu dan buat-buat kelabu khususnya DAP dan PKR yang cuba membelit isu mengenai penubuhan Malaysia 1963. Untuk itu disenaraikan kronologi perjanjian tersebut.

1. Perjanjian penubuhan Malaysia atau Perjanjian London dimeterai di pejabat Perhubungan Komenwel di Malborough House, London pada tahun 1963.

2. Perjanjian itu diwakili oleh: Kerajaan British iaitu Perdana Menterinya, Harold Macmillan, Ducan Sandy dan Lord Landsdowne. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu diwakili oleh Perdana Menteri Tunku Abd. Rahman, Tan Siew Sin, Datuk V.T Sambanthan, Datuk Ong Yoke Lin dan Dr. Lim Sween Aun manakala Sarawak diwakili oleh P.E.H Pike, Temenggong Jugah, Datuk Abang Hj Mustapha, Ling Beng Siew serta Datuk Abang Hj Openg. Wakil Sarawak pula dianggotai oleh Datuk Mustapha Daruk Harun, Donald A.Stephen, W.K. H. Jones dan G. D Sindang.

3. Pada 26 Ogos 1963, Yang DiPertuan Agong memperkenankan Akta Malaysia yang sudah diperkenankan oleh Ratu Elizabeth II dan diluluskan oleh Parlimen British.

4. Walaupun 31 Ogos dicadangkan sebagai tarikh penubuhan Malaysia tetapi disebabkan faktor tertentu maka pengistiharan Malaysia dibuat pada 16 September di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.

5. Manfaat penubuhan Malysia:

    a. Memepercepatkan kemerdekaan bagi Singapura, Sabah dan Sarawak.

    b. Sabah dan Sarawak yang terlalu mundur ketika itu mula mendapat nikmat pembangunan yang  
    berterusan sehingga kini setanding dengan negeri-negeri di Semenanjung.

   c. Ancaman komunis dapat diatasi apabila ketiga-tiga negeri ini alkhirnya dapat dibebaskan daripada
   cekangkaman kumpulan pengaganas tersebut.

   d. Mewujudkan kesimbangan kaum dan keharmonia perpaduan.

   e. Membina `keluarga Malaysia' yang lebih besar dengan identiti yang baharu berteraskan perkongsian
   warisan budaya yang kaya.

   f. Kini di bawah gagasan malaysia, Malaysia merangkumi semua negeri yang berada di bawahnya
   mengalami proses transformasi ke arah negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020.

No comments:

Post a Comment