
Dari Boikot Barangan Cina:
Salam kerajaan yang menang memerintah hasil undian Melayu Bumiputera
pada PRU13. Ini adalah 33 usul dan cadangan yang secara kritikal apa
kami orang Melayu mahu. 33 usul ini adalah ditujukan kepada semua Ketua
Pemuda, Exco Pemuda, Ketua Bahagian, Ahli Majlis Tertinggi, Ketua
Pengarah Jabatan Kerajaan, GLC GLC, Menteri Menteri dan Penasihat
Penasihat yang memainkan peranan dalam pembuat dasar. Tidak perlu
bersusah payah membuat kajian. BBCD disini menyampaikan hasrat dan
dilema melayu. Harap korang dapat click share, kongsi, copy paste dan
printscreen itu diajukan kepada semua.
1. ISA dan Akta Khas Agama Islam serta Institusi Raja
Wujudkan semula akta ISA. Wujudkan akta khas yang lebih kukuh dalam
melindungi Agama Islam dan Institusi Raja. Tekankan juga penekanan
akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah didalam rincian Islam supaya jelas apa
yang boleh dipraktikkan. Memberi penekanan terhadap isu Melayu murtad
dan mahukan penukaran agama. Wujudkan akta jika menghina perlembagaan
akan dikenakan tindakan. Kemas kini semula sejarah bangsa Melayu kerana
Melayu dihina seawal di sekolah rendah.
2. Sekolah Vernakular dan Papan tanda
Hapus Sekolah Vernakular dan wujudkan mata pelajaran tambahan Bahasa
Cina dan India bermula sekolah rendah kebangsaan. Hentikan beri bajet
besar kepada Sekolah Vernakular. Wujudkan segera sekolah wawasan.
Kesemua papan tanda jalan dan nama kedai perlu menggunakan Bahasa
Melayu.
3. Warga Asing, Pekerja Asing, Peniaga Asing
Peniaga Asing: Tarik lesen meniaga yang sewa kepada peniaga asing.
Dapatkan akta supaya premis perniagaan tidak jatuh atau tidak dapat
dijual atau dibeli dari pemilik Melayu Bumiputera.
Pekerja Asing:
Kawalan terhadap kuantiti pekerja asing. Hadkan pengeluaran Visa kepada
warga asing. Gaji RM900 perlu kawalan kerana pekerja asing nikmati
sama. Pemandu teksi warga asing dan bas tidak dibenarkan.
Warga Asing: Operasi sifar pendatang asing besar besaran contoh di Kg Pandan, Kg Bharu dan Dato Keramat (contoh sahaja)
4. Selaraskan Jabatan Penguatkuasa Demi Halang Warga Asing
Selaraskan sistem kastam, imegresen, polis, jpj supaya warga asing
perlu menyelesaikan saman sebelum keluar Malaysia sehingga selesai.
Naikkan lagi cukai VEP Malaysia. Jika mahu menaikkan cukai VEP ke tahap
yang sangat maksimum setanding cukai yang Singapura kenakan, jadi
gunakan kaedah pemegang IC biru bagi melindungi mereka dengan menerima
diskaun.
5. Perumahan Kos Rendah, Pemaju Swasta dan Pembelian Warga Asing
Harga rumah pemaju swasta terlampau mahal. Buat kuota pada warga asing
beli rumah untuk kawal harga rumah. Jangan biarkan REHDA mengawal harga.
Tempoh bayaran pinjaman bagi Melayu Bumiputera mohon dipanjangkan. Bina
akta rumah lot bumi tidak boleh dijual kepada bukan bumi. Nyatakan
berapa peratus tanah milik warga asing yang dah dibeli sehingga kini.
Buat akta pembelian semula rumah yang dijual sekurang kurangnya
memerlukan minimum 10 tahun demi mengawal harga rumah. Pinjaman khas
perumahan secara terus diperlukan dari kerajaan sendiri kepada Melayu
Bumiputera. Bina akta dengan dapat mengharamkan mempromosi hartanah
menggunakan Bahasa cina. Utamakan rumah mampu milik dikawasan majoriti
Melayu tidak kira kawasan Melayu kerajaan atau Melayu pembangkang. Janji
ianya kawasan majoriti Melayu.
6. Penasihat Kerajaan, Ekonomi dan Kewangan Negara
Lantik Tun Mahathhir & Tun Daim menjadi penasihat kerajaan, ekonomi dan kewangan negara.
7. Pemegang IC Biru Melalui Subsidi Negara.
Bina satu akta dan sistem dimana hanya pemegang IC biru sahaja layak
menikmati pelbagai faedah subsidi seperti subsidi minyak, beras, tepung
dan lain lain. Bagi warga asing serta IC merah pula, mereka akan
dikenakan harga bayaran tanpa subsidi.
8.Koperasi Gergasi Melayu Bumiputera serta Kursus Usahawan
Bina akta supaya kesemua syarikat milik Melayu Bumiputera dari pelbagai
sektor dapat disenaraikan dalam satu koperasi gergasi tujuan untuk
disenaraikan kepada umum di internet dan pelanggan Melayu Bumiputera
sendiri dapat mengenal pasti syarikat milik Melayu bagi membantu menjana
ekonomi Melayu Bumiputera. Turut perlu mengadakan kursus usahawan
percuma kepada Melayu Bumiputera seluruh Malaysia.
9.GLC Kerajaan dan Agenda Melayu Bumiputera
Kaji semula semua GLC yang tidak ada agenda Melayu Bumiputera. Pastikan
lantikan jawatan tertinggi GLC perlu kriteria patriotik. Jangan
fikirkan kepakaran membuat keuntungan sahaja. Cuba lihat dimana agenda
Melayu di Maybank, CIMB dan Sime Darby? Kurangkan syarat untuk peniaga
Melayu Bumiputera dengan Bank. Beri geran kepada GLC untuk buat
perumahan kos rendah.
10. Internet Judi, Spa Urut, Pelacur Brickfield Ada Didepan Mata
Bila internet judi dapat dihapuskan? Bila spa urut dapat ditutup? Bila
pelacuran brickfield dapat dihalang? Semua ini ada didepan mata. Jika
didepan mata pun tidak dapat tangkap, apatah lagi dalang Lahad Datu?
Gayclub punca LGBT menular. Kes Bersih 1,2 dan 3 apa statusnya? Berapa
banyak harta awam dan kerajaan dirosakkan tetapi kes disenyapkan.
Kerosakan yang dibuat ini adalah duit rakyat, rakyat bayar cukai.
11. Rebet Bagi Tol Jika Sesak
Rebet tol diperlukan bagi setiap kali kesesakan walau apa jua angkara
dan punca sekali pun. Ini kerana fungsi tol adalah untuk cepat, mudah
serta pantas.
12. Cukai Pendapatan Dikurangkan
Kurangkan
kadar cukai pendapatan yang mempunyai gaji RM10K kebawah. Cukai
pendapatan pekerja asing perlu dikenakan tanpa kiraan minimum, dimana
asal bukan IC biru sahaja bekerja, perlu dikenakan cukai yang tinggi.
Gaji RM900 perlu kawalan kerana pekerja asing nikmati gaji minimum yang
sama.
13. Perkeso dan KWSP. Perkeso: Naikkan pencen Perkeso
kerana kos sara hidup meningkat. Perkeso perlu segera bawa usul
penubuhan skim perlindungan unemployment.
KWSP: Pengurangan had umur pengeluaran KWSP dari 50-55 ke 45-50 bagi membantu menyelesaikan hutang.
14. Data CTOS adalah Tidak Effisien. Mohon CTOS tidak dijadikan satu badan berkuasa untuk rujukan kewangan
kerana data mereka tidak diperbaharui dan adalah lama. Beri peluang
kedua kepada Pemuda Melayu Bumiputera yang bankruptcy.
15. PTPTN Dikaji Semula. Pinjaman ptptn perlu dikaji kembali. Usul pinjaman perlu di bayar
mengikut gred/cgpa yang dicapai sebagai conthh cgpa 2-2.5 (90%), 2.6-2.9
(80%), 3-3.4(60%), 3.5 (free). Tetapi perlu dilihat jenis course.
16. Agihan Zakat Seksa Umat Islam. Memudahkan agihan zakat kepada fakir. Ini kerana kerenah birokrasi
jabatan zakat sentiasa menyeksa orang Islam yang dalam terdesak
memerlukan keperluan. Kita sendiri sampai pernah mendengar “LEBIHAN
ZAKAT”. Ini kerana sistem yang tidak effisien.
17. Pendidikan Bagi Pelajar dan Guru. Guru guru yang sudah berkahwin dibenarkan ikut tempat pasangan bekerja.
Bantuan gandaan alatan canggih ke sekolah dan kolej Vokasional supaya
guru dan pelajar lebih berminat dan produktif dengan teknologi semasa.
Perbanyakkan sekolah agama rakyat di peringkat menengah. Kurangkan kos
pembelajaran universiti.
18. Jabatan Agensi Kerajaan yang Tidak Relevan. Kaji semula dan mansuhkan jabatan/agensi yang nampak tak relevan dan
menghabiskan bajet kerajaan. Ini menyebabkan pertindihan kuasa spt. AADK
, SPAD , Maritime. Contoh SPAD perlu diserap ke JPJ dan lain lain.
19. Sektor Pekerjaan Swasta. Wujud akta baru kepada sektor swasta untuk membenarkan pekerja bekerja
atau berniaga pada waktu cuti. Diskriminasi perkauman dalam sektor
perkerjaan swasta perlu diatasi. Dulu pejabat swasta di wajibkan ada
beberapa percentage bagi kuota pekerja Melayu. Sekarang apa dah jadi?
Jabatan berkaitan langsung tidak periksa turun padang dan hanya tunggu
laporan baru periksa.
20. Tender Kontrak Jabatan Kerajaan. Central Contract perlu dihentikan dan peruntukan pada jabatan jabatan
peringkat negeri perlu dikembalikan. Mudahkan kontraktor kecil Melayu
Bumiputera menjalankan perniagaan dengan agensi kerajaan dan jangan beri
pada kontraktor panel sahaja 100%. Tender masak asrama kantin dan
kebersihan sekolah di kementerian kementerian di pelopori oleh kumpulan
yang sama.
21. Hospital Naik Taraf Setiap Daerah. Hospital
perlu dinaikkan taraf di setiap daerah dengan menambah 3 pakar
sekurang-kurangnya supaya tidak perlu susah payah rujuk ke hospital
dikawasan Lembah Klang.
22. Asrama penjagaan OKU, Gelandangan, dan Isu Masjid India. Sediakan asrama bagi penjagaan OKU serta golongan gelandangan. Rawatan
bagi OKU serta gelandangan juga perlu diwujudkan. Kawasan Masjid India
tidak terurus, serabut dan umpama kawasan pengumpulan sampah penagih
perlu dibersihkan. Rombakan penguatkuasa DBKL yang malas dan kerah
penguatkuasa jawi di kawasan ini.
23. Jangan Korporatkan Jabatan Kastam. Jangan mengkorporatkan Jabatan Kastam kerana fungsi asal adalah
perkastaman dimana ini akan terabai kerana terlalu fokus dengan
melancarkan pengutipan GST dan ketirisan penyeludupan barang akan
terbuka jika Jabatan Kastam dikorporatkan.
24. Jangan Gunakan Indeks Pengukuran Purata. Ubah cara kerajaan analisis bukan hanya panduan “Indeks Pengukuran
Purata”. Cara manual survey lebih tepat dalam memahami situasi rakyat.
Kebimbangan matawang negara juga pada paras yang rendah.
25. Peniaga Melayu Bumiputera Logam dan Batu. Beri kelonggaran kepada peniaga Melayu Bumiputera barangan logam dan
batu. Perketatkan penguatkuasaan terutama dalam bentuk perlesenan kuari,
barang binaan bahan mentah untuk mengelakkan kenaikan harga barang oleh
peniaga cina. Kawalan barang sumber ini seterusnya dapat mengawal harga
rumah.
26. Harga Barangan Asas. Untuk kawal harga barangan
asas, kerajaan perlu buat ladang pertanian dan ternakan disetiap negeri
secara besar besaran tapi jangan jadi seperti NFC. Pasaran hendaklah
dibuat oleh FAMA. LKIM pula adakan bot besar disewa kepada nelayan dan
tangkapan nelayan itu dijual semula kepada FAMA.
27. Harga Kereta, Pemandu Teksi dan Perkhidmatan Awam. Kurangkan harga kereta seperti yang dijanji didalam manifesto PRU13.
Kaji jika perlu beri insentif untuk cukai jalan dan insuran. Rungutan
pemandu teksi permit individu terlalu sukar mendapatkan pinjamaan untuk
mengeluarkan teksi baru. Tambahan kaji jika setiap kenderaan memerlukan
DashCamera. Kaji semula perkhidmatan awam. Perlu berikan insentif untuk
menarik rakyat menggunakan perkhidmatan awam dengan lebih agresif.
28. Status Halal makanan dan minuman. Memperketatkan status halal makanan dan minuman dan menggandakan
semakan disetiap premis Halal yang dah diberi dengan lawatan mengejut
tanpa menunggu laporan orang awam.
29. Sabah, Sarawak, dan Anak Estet Melayu. Sabah dan Sarawak mempunyai rumah tetapi untuk sekolah adalah sangat
berkurangan. Jumlah pelajar mencecah sehingga 1,500 bagi 1 sekolah yang
kecil. Bantu anak estet dari segi pembelajaran milik SIME DARBY. Bantuan
kepada kategori luar bandar perlu disegerakan sebelum PRU14 seperti
Perumahan, Persekolahan, Galakan Perniagaan bagi Melayu Bumiputera.
30. Hari Tanpa Parti Setahun Sekali. Wujudkan hari tanpa parti setahun sekali yang diisi berbentuk patriotik
atau cintakan negara. Kesemua rakyat, ahli parti dan Presiden setiap
parti berkumpul.
31. Badminton dan Bolasepak FAM. Lahirkan
lebih ramai pemain badminton Melayu dan bukan dimonopoli oleh pemain
Cina sahaja. FAM perlu dikaji semula, kalau dah tak boleh diharapkan,
sila ganti baru.
32. Banyakkan tempat larangan merokok dan sambung projek jambatan bengkok Johor.
33. Hapuskan BRIM dan rebat telefon RM200 yang tidak berguna serta batalkan perjanjian FTA termasuk hasrat tandatangan TPPA.
Yang ikhlas memperjuangkan nasib Melayu,