
KUNJUNGAN
 beberapa pemimpin PR khususnya DAP  memberikan ‘tabik hormat’ kepada mayat pemimpin 
Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng di Thailand 
seharusnya membolehkan pasukan keselamatan negara menyiasat hubungan 
parti tersebut dengan PKM sebelum ini. Perlu dipastikan apakah DAP adalah cabang politik kepada PKM seperti mana Sinn Fein menjadi sayap politik kepada IRA?
Kita
 tidak menuduh tapi sokongan DAP terhadap PKM seperti dilihat dari 
penghormatan terakhir yang diberikan pemimpin seperti Jeff Ooi (Ahli 
Parlimen Jelutong yang juga bekas Ketua Staff Guan Eng) menimbulkan 
persoalan besar mengenai hubungan terselindung yang mungkin wujud antara
 DAP dan PKM sebelum ini.
Masa
 wira negara Kanang a/k Langkau dan wira-wira Lahad Datu dikebumikan, 
tak pulak nampak Jeff Ooi datang melawat, Chin Peng mati kat Bangkok, 
gagah pulak pergi. Sebab
 itu kita curiga dan jika dapat dibuktikan hubungan itu wujud, penulis 
menggesa pemimpin-pemimpin DAP terlibat dikenakan dakwaan melancarkan 
perang terhadap DYMM Yang Dipertuan Agung dimana hukuman mati 
diperuntukkan.
Ini
 perlu dilakukan segera kerana komunis berhutang nyawa dengan ramai 
rakyat Malaysia, tak kiralah anggota keselamatan atau tidak. Dan setelah
 PKM tidak dapat dikenakan tindakan kerana anggota mereka melarikan diri
 ke Thailand, maka DAP perlu menanggung akibatnya. Itu kalau hubungan antara DAP dan komunis ini dapat dibuktikan.
Lagipun,
 struktur organisasi DAP sangat mirip dengan PKM. Kalau PKM diketuai 
seorang Setiausaha Agung, DAP pun begitu juga. Justeru, kebarangkalian 
bahawa parti ini menyokong perjuangan komunis, tidak boleh ditolak 
begitu sahaja. Selain
 itu, kedua-duanya (DAP dan PKM) turut menyasarkan orang cina untuk 
menganggotai pertubuhan masing-masing dan kebetulan atau apa, orang Cina
 pun turut tertarik dengan idealogi DAP dan PKM sehingga memilih untuk 
menyertainya secara beramai-ramai.
Benar,
 DAP dan PKM turut mempunyai keahlian dari kalangan bangsa lain, tapi 
jumlahnya terlalu kecil berbanding dengan orang Cina. Ini adalah fakta, bukan perkauman atau ada niat jahat - perlu jelas tentang itu.
Semua
 ini menuntut siasatan mendalam oleh pihak berkuasa negara.  Walaupun 
Akta berkaitan telah dihapuskan (ISA) selain PKM pun telah meletakkan 
senjata (bukan idealogi)  pada 1989, tetapi penulis yakin ada 
ruang-ruang lain dalam undang-undang negara kita yang boleh digunakan 
untuk menyabitkan DAP dengan kegiatan keganasan, jika terbukti mereka 
memang mempunyai hubung kait dengan PKM. Seperti
 mana undang-undang melarang abu Chin Peng dari dibawa pulang yang bukan
 dijumpai dalam akta berkaitan keganasan, tapi akta berkaitan kesihatan
No comments:
Post a Comment