MICROSOFT EXCEL TIDAK BETUL? - TONY PUA
 
DAP KIAN TERDESAK, kebinasaan DAP hasil kerja 
Dinasti Lim, Anthony Loke dan Tony Pua. Tony Pua
 menyatakan bahawa kesilapan pengiraan undi dalam 
keputusan CEC yang diumumkan pada pada 15 Disember 2012 adalah berpunca dari masalah penjumlahan undi yang dibuat 
menggunakan sistem Microsoft Excel. Alasan `paling zaman termoden' yang menjadi bahan gelak 
ketawa orang ramai termasuk kalangan DAP sendiri.....
Sistem komputer didakwa silap mengira jumlah undi yang diraih Vincent
 Wu, calon yang menang di tempat ke 6 dengan dengan bilangan undi 1202 
UNDI. Tony Pua menyatakan jumlah undi sebenar yang diraih oleh Vincent 
Wu hanya 669 undi.  Bukan hanya itu sahaja, kesilapan turut melibatkan undi  Zairil Khir 
Johari. Tony Pua menyatakan undi yang diterima Zairil adalah 803 undi 
dan beliau menang di tempat ke 20. Keputusan yang diumumkan pada 15 
Disember 2012 Zairil berada di tempat ke 39 dengan jumlah undi yang 
diterima 305 undi. 
 
 Perkara tersebut melucukan ahli-ahli DAP 
dan orang ramai. Mereka tertanya-tanya kenapa komputer hanya tersalah 
kira undi Zairil dan Vincent Wu sedangkan undi untuk calon-calon lain 
tidak berubah? Atau kenapa tidak salahkan pengasas Microsoft sekaligus!!! 
 
 Ramai calon-calon CEC yang tewas termasuk 
P.Ramasamy dan M.Manoharan terus terang memberitahu ramai orang bahawa 
kemasukkan Zairil ke dalam CEC adalah satu penipuan yang terancang untuk
 menunjukkan kepada masyarakat umum bahawa orang melayu mempunyai tempat
 dalam DAP.  Zairil sendiri pun terkejut dengan kemenangannya 
dan tidak menyangka dirinya mempunyai ramai penyokong hingga dipilih 
masuk ke dalam CEC walaupun baru sangat menyertai DAP. 
 
 Nga Kor Ming 
pula memberitahu kepada seorang pemimpin PAS bahawa rahsia kehebatan Dinasti Lim
 mempertahankan kuasa mereka selama ini kini terbongkar. Dengan 
menggunakan peribahasa Melayu Nga Kor Ming berkata “sepandai-pandai 
tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga”. Ianya membawa maksud 
sehebat mana pun melakukan penipuan satu hari tetap terbongkar. Selama 
puluhan tahun Lim Kit Siang melakukan penipuan dengan memanipulasi undi 
perwakilan untuk beliau mengekalkan kuasa, akhirnya Lim Guan Eng, 
Anthony Loke dan Tony Pua membongkar rahsia tersebut. 
 
 Setelah 
melakukan titik-titik kebinasaan terhadap DAP , di hari yang sama juga 
Tony Pua melakukan satu mala petaka terhadap DAP yang boleh membawa 
kebinasaan yang jauh lebih teruk terhadap parti itu. 
 
 Apa kebinasaan yang jauh lebih besar akan dikongsikan dalam episod akan datang..............
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment