CEC DAP berakhir semalam. Apapun ia dilihat berjaya 
mengekalkan status quo calon-calon yang terpilih pada pemilihan CEC yang
 diadakan pada akhir tahun lalu. Pun begitu, didapati terdapat perkembangan yang agak “pelik dan ajaib” telah berlaku pada pemilihan CEC yang berakhir semalam.
Paling utama ialah 
mengenai kekalahan yang sangat memalukan Lim Kit Siang dan 
anaknya, Lim Guan Eng. Anak beranak yang “bermaharajalela” di dalam DAP 
itu tewas di tangan Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong. Apa hebatnya Liew Chin Tong (LCT) sehingga berjaya memperoleh kelebihan 2 undi berbanding Kit Siang dan 134 undi berbanding Guan Eng? Pada hal Chin 
Tong hanya memperoleh sebanyak 984 undi pada pemilihan CEC yang diadakan
 pada Disember tahun lalu. Malah dia merupakan “calon muka baru” yang 
mencuba nasib bertanding CEC di dalam parti tersebut.
Pada pemilihan yang 
lalu, Chin Tong hanya berjaya menduduki tempat ke-15 sahaja dan peliknya kali ini dia berjaya menceroboh dan mengatasi “Dinasti Lim” dan “Singh & Sons Co.”
Ajaibnya kali ini  LCT berjaya menduduki tangga pertama undi tertinggi 1438!. 
Ini adalah 
satu perkara yang “luar biasa”. Ia menunjukkan 
perbezaan undi dan kedudukan yang sangat jauh berbeza berbanding apa 
yang berlaku kira-kira 9 bulan lalu. Pelik, tapi benar-benar berlaku. Apakah kemenangan LCT sengaja diatur oleh “Dinasti Lim” bagi mengaburi mata rakyat 
yang memberi tumpuan pada pemilihan kepimpinan parti tersebut? Meskipun LCT 
berkedudukan nombor satu di dalam pemilihan CEC semalam, dia hanya kekal
 di jawatan yang kurang penting sebagai Pengarah Pendidikan Politik. 
Sedangkan, barisan kepimpinan utama parti itu tetap dikuasai oleh 
“Dinasti Lim” dan “Singh & Sons Co.”!
Paling menarik apabila 
melihat Guan Eng hilang kira-kira 272 undi dari para perwakilan yang 
hadir. Bilangan itu bukan sedikit kurang jumlahnya kerana dari 1576 undi pada Disember lalu, undinya berkurangan kepada 1304 kali ini? Kemana `hilangnya' 272 undi 
yang lalu? 1/4 undi untuk Guan Eng ghaib begitu saja? Apakah itu membuktikan bahawa para perwakilan dan akar 
umbi DAP sudah hilang kepercayaan terhadap Setiausaha Agung DAP itu? sedangkan ia masih mahu pertahankan jawatan Setiausaha Agung? 
Apa salahnya jika
 LCT diberikan tanggungjawab menggantikan Guan Eng untuk jawatan Setiausaha Agung? Dia digemari oleh 
akar umbi dan pastinya mereka lebih senang berurusan dengannya 
berbanding seorang pemimpin yang anggkuh dan tidak boleh dipercayai? Namun, mungkin itu adat
 resam demokrasi di dalam DAP. Mungkin semua orang tahu bapanya yang menjadi Penasihat DAP Seumur Hidup, boleh berbuat apa-apa untuk parti dfan DAP adalah hak anak-beranak SAHAJA!!!
No comments:
Post a Comment