Berakhirlah episod pemilihan semula Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP dengan menyaksikan Zairil Khir Johari kali ini terpilih sebagai pemenang
 di dalam pemilihan tersebut setelah hebat dipertikai sebelum ini. Pada pemilihan yang 
lalu, Zairil terpilih ke dalam jawatankuasa CEC setelah mengutip balik undi `dalam tong sampah' kerana Guan Eng mendakwa “tersilap kira”. Dan kali ini, mungkin kemenangan “anak” Tan Sri Khir 
Johari itu tidak lagi disalah kira…
Zairil muncul sebagai 
satu-satunya wakil “orang Melayu” di dalam CEC tersebut. Begitulah yang
 didakwa ramai pihak, termasuk kepimpinan DAP yang baru.
Sebelum ini, DAP 
dipandang serong oleh ramai pihak yang menganggap parti itu merupakan 
sebuah parti rasis yang sangat condong pada kepentingan kaum Cina di 
negara kita. Mereka dikritik hebat atas beberapa tindakan yang jelas 
membuktikan sikap “berat sebelah”…Persoalannya, bolehkah 
kita bangsa Melayu mengiktiraf Zairil sebagai “wakil bangsa Melayu” di 
dalam kepimpinan tertinggi DAP? Layakkah dia mewakili Melayu di dalam 
DAP? Sejak aktif bersama DAP
 dan dilantik sebagai pegawai paling kanan untuk “Khalifah” Lim Guan 
Eng, nama Zairil agak hangat diperbualkan. Maklumlah. Dia merupakan 
“anak” kepada bekas Menteri BN, Allahyarham Tan Sri Khir Johari.
Malangnya, nama Zairil 
hanya hangat apabila statusnya yang dikatakan berbangsa “Melayu” 
mencetus spekulasi dari ramai pihak. Misalnya, desas-desus mengatakan 
bahawa Zairil sebenarnya bukanlah berbangsa Melayu. Benarkah dakwaan 
itu? Khabarnya, Zairil 
merupakan seorang anak yang lahir ketika ibunya masih lagi belum 
bergelar isteri kepada Allahyarham Khir Johari. Maksudnya, desas-desus 
itu mengatakan bahawa dia adalah hasil perkahwinan pertama ibunya yan 
berbangsa Cina dengan seorang lelaki Cina. Benarkah? Jika benar dakwaan tersebut, bolehkah Zairil dikategorikan sebagai “bangsa Melayu”?
Pada saya, jika benar 
dakwaan itu maka Zairil bukan berdarah Melayu dan tidak layak untuk 
diiktiraf sebangsa dengan saya. Meskipun dia dipelihara dan membesar 
sebagai Melayu, dia tetap bukan Melayu.
Saya faham, mungkin di 
dalam kad pengenalan Zairil tertera menunjukkan dia berbangsa Melayu 
ekoran ibunya berkahwin dengan Allahyarham Khir Johari. Pun begitu, 
apakah darah yang mengalir di dalam tubuhnya itu adalah darah Tan Sri 
Khir Johari? Justeru itu, tidak 
hairanlah jika “anak” Khir Johari itu bermati-matian berjuang bersama 
DAP. Otaknya “liberal” dan dapat menerima ideologi serta pendekatan 
parti itu yang jelas bersikap “chauvinis ultra kiasu”. Malah parti itu sering 
mempertikai kepentingan bangsa Melayu dan hak keistimewaan yang 
diberikan kepada Islam. Bagaimana seorang Muslim yang kononnya berbangsa
 Melayu sanggup menyokong sebuah parti yang anti-Islam dan anti-Melayu?
Bekas Naib Pengerusi 
DAP, Tunku Aziz yang cukup berpengalaman di dalam DAP sendiri menegaskan
 agenda parti itu yang “memerangi” Islam dan Melayu. Zairil baru setahun
 jagung di dalam DAP, patutnya dia boleh rujuk terlebih dahulu pada 
Tunku Aziz sebelum menyertai DAP, bukan? Nampaknya “anak” Khir 
Johari itu sudah semakin hanyut dari semangat Melayu Muslim. Biarlah. 
Sebagai menghormati haknya untuk memilih parti dan mendokong amalan 
demokrasi di Malaysia, biarlah Zairil bersama DAP. Cuma, jangan marahlah 
jika ramai di kalangan bangsa Melayu Muslim di Malaysia ini menganggap 
dia sebagai pengkhianat agama, bangsa dan Tanah Melayu. Itu pandangan 
dan “personal impression” kami terhadap Zairil. Harap dia tidak berkecil
 hati…Apapun, sebagai “wakil 
tunggal” yang kononnya bagi “bangsa Melayu” di dalam DAP, saya nak 
sangat tengok apa yang Zairil boleh sumbangkan pada bangsa Melayu 
melalui jawatan CEC yang dimenanginya itu. Apa agaknya agenda Zairil 
untuk bangsa Melayu nanti?

No comments:
Post a Comment