LEPAS saja PRU13 berakhir dan BN 
diumumkan sebagai pemenang, antara perkara pertama yang Anwar buat ialah
 mencanangkan satu negara bahawa pembangkang menang sebab 
undi undi popular memihak kepada enititi nama Pakatan ini, melebihi 51%. Walhal Pakatan bukanlah entiti yang 
bertanding dalam pilihanraya dan ketiga-tiga parti yang membentuk 
pakatan itu bertanding atas tiket masing-masing, selain 
hakikat bahawa kerajaan ditentukan oleh parti yang memperolehi 
undi paling banyak dalam Parlimen dan DUN. Jelas dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan.
Tapi Anwar, kita semua tahulah, 
bukan peduli apa pun, nak-nak budak-budak yang jenis baru nak kenal 
politik, kena tipu bulat-bulat dengan Anwar. Dan semenjak itu, fahaman ”siapa dapat 
undi popular, dia yang menang” ini, sudah menjadi macam satu trademark 
kepada pembangkang dan lagaknya kalau depa jadi kerajaan besok, 
itulah sistem pemilihan baru yang akan diperkenalkan di negara ini. 
Anehnya, dalam pemilihan Jawatankuasa 
Pusat DAP (CEC) DAP semalam, perkara itu tidak berlaku.  Calon yang 
mendapat undi paling tinggi (undi popular) dari 49 calon yang berebut 
jawatan dalam CEC, tidak dilantik sebagai Setiausaha Agung.  Sebaliknya 
ia tetap didominasi Lim Guan Eng, yang juga anak kepada Lim Kit Siang.
Kenapa boleh jadi begitu ya?  Sepatutnya,
 Ahli Parlimen Kluang, Liew Chin Tong atau Gobind Singh Deo yang dipilih
 menjadi Setiausaha Agung DAP sebab undi yang mereka peroleh, adalah 
jauh lebih tinggi dari Guan Eng yang terperosok di tempat ke lima? Itu menunjukkan, Anwar dan macainya hanya
 pandai bercakap ke atas orang lain saja, logik sama tidak terpakai 
bila perkara itu berlaku dalam parti yang menjadi suku sakat 
dia macam DAP.  Serupa macam Ambiga dan Bersih, sama jugak, semuanya tak
 adil bila berkaitan SPR, bila pemilihan pertama DAP, lagi jelas 
tidak adil, dia pun diam tak cakap apa.
Namanya politik ikut kepentingan sendiri, bukan kepentingan rakyat pun.
Dalam masa sama, penulis nak sebut 
bahawa walaupun keputusan dari pemilihan DAP ini langsung tidak berubah 
dari keputusan yang pertama (setelah diubah kerana kononnya MS Excel 
silap), tapi itu bukan menunjukkan bahawa Pendaftar Pertubuhan (RoS) 
sebagai pihak yang salah.  Kalau pemilihan yang 
pertama itu, keputusannya berakhir macam pemilihan semalam, penulis tidak rasa
 Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP, masih orang yang 
sama. Pendek kata, ini semua agenda Dinasti Lim
 lah.  Dia pakat-pakat anak beranak, jadikan DAP itu macam hak sendiri, 
seterusnya tentukan siapa akan pegang jawatan apa dalam parti. Juga, penulis malas nak sentuh tentang 
kemenangan Zairil Khir Johari kerana dalam artikel semalam penulis dah 
kata awal-awal bahawa cina nama Melayu ini akan menang, 
bukan sebab dia layak tapi sebab itu yang anak beranak Lim hendak 
dan perwakilan DAP pulak macam terpukau untuk akur kepada kehendak 
tersebut. Walaupun 100% DNA cina, tapi sumbangan 
dari kemenangan Zairil begitu besar kepada DAP sehingga ramai 
jugaklah Melayu bandar yang terpengaruh dan mengundi anak tiri 
Allahyarham Tan Sri Khir Johari tersebut.

No comments:
Post a Comment