CHIN PENG....PEJUANG MERDEKA!!!!!

 
Faizal
 Izwan' : Sejarah negara kita sedang dipersendakan ke peringkat paling 
maksimum. Mana boleh ketua Parti Komunis Malaya (PKM) bernama Chin Peng 
digelar pejuang kemerdekaan?
 
 Saya kenali Chin Peng menerusi 
namanya sejak saya kecil di Kampung Separap, Simpang Kiri, Batu Pahat, 
Johor. Ayah, Ibu dan guru-guru saya sering menceritakan hal Chin Peng 
dan PKM kepada saya.
 
 Dari cerita-cerita mereka, saya insaf 
bahawa Chin Peng adalah pengganas yang perlu disula. Kata Ibu saya, di 
kampung saya sendiri masih wujud bukti keganasan PKM pada tahun 1945.  
 Di kampung saya banyak rumah dibakar secara rambang.  Di kampung saya 
ada sekeluarga Melayu di kuburkan hidup-hidup dan beramai-ramai oleh 
pengganas PKM.
 
 Di kampung saya ada orang yang di sula dan 
digantungkan ke pohon pedada di pinggir Sungai Simpang Kiri. Di suatu 
kampung yang kira-kira empat kilometer dari kampung saya, terdapat 
sejarah penduduknya di humbankan ke dalam minyak yang menggelegak dalam 
kawah gergasi.  Mereka mati bagaikan katak. Di satu lagi kampung
 pendalaman kira-kira enam kilometer dari kampung saya, sebuah surau 
pernah dijadikan pusat pengganas Bintang Tiga (PKM) untuk berpesta 
meminum arak dan menikmati juadah khinzir panggang.
 
 Di situ 
juga sekumpulan perawan Melayu pernah dirogol dan diperkosa oleh 
gerombolan pengganas yang sama. Berikutan seluruh peristiwa di atas, 
bangkitlah angkatan pemuda parang panjang pimpinan Allahyarham Kiayai 
Salleh.  Kumpulan ini lebih dikenali sebagai Pejuang Selempang 
Merah. Mereka bertindak dan berjuang semata-mata untuk memansuhkan 
kezaliman PKM. Mereka adalah pahlawan yang tidak pernah didendang. 
 Mereka berjuang demi agama, bangsa dan tanahair. Saya belum pernah 
berterus-terang sebegini menerusi tulisan di blog ini sebelum ini kerana
 khuatir dituduh sebagai mengapi-apikan semangat perkauman.
 
 
Tetapi, saya pernah suarakan kisah di atas di Dewan Rakyat sehingga 
membuatkan pihak DAP senyap dan tergamam. Oleh itu, tanpa apologi kepada
 sesiapa, hari ini saya katakan bahawa saya hilang sabar bila ada 
individu mengatakan pejuang kemerdekaan negara adalah Chin Peng. 
 Pastinya luahan suara bangkangan saya ini disetujui oleh penduduk di 
sekitar Pagoh, Bukit Pasir dan Bukit Kepong, Muar, yang terdapat 
waris-waris mereka dibunuh oleh PKM yang zalim.
 
 Pastinya orang 
Pontian juga turut menyimpan kisah seperti ini dalam lipatan sejarah 
keluarga masing-masing. Begitu juga dengan masyarakat Melayu di Bahau, 
Negeri Sembilan; di Sekinchan, Selangor; dan di Sungai Manik, Perak. 
Mereka juga mempunyai sejarah keganasan PKM yang hampir serupa bentuk 
dan kisahnya.  Beribu-ribu keluarga bekas Polis Khas atau 
Special Constable (SC), Polis biasa dan Askar Melayu juga pastinya amat 
arif akan kezaliman PKM.  Beratus-ratus ayah, pakcik, dan anggota keluarga mereka di bunuh anggota PKM sewaktu mempertahankan tanahair di zaman darurat.
 
 Waris-waris askar Melayu yang hilang kaki, hilang tangan dan hilang 
nyawa akibat bom dan jerangkap samar PKM di Lembah Gubir pun pastinya 
mengakui bahawa Chin Peng dan PKM bukan pejuang kemerdekaan negara. 
 Cukuplah setakat ini curahan rasa bangkangan saya terhadap individu 
yang sedang mempersendakan sejarah perjuangan bangsa kita memerdekakan 
negara.  Saya harap pihak berkuasa akan segera bersuara dan bertindak untuk membetulkan fakta dan hakikat sejarah yang sebenar-benarnya. sumber dari rakan blogger..
 
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment