AKHIRNYA NIK AZIZ PECAH TEMBELANG, DIA CUKUP  MUAK DAN MENYAMPAH KAT MAT SABU JADI TIMBALAN 
PRESIDEN PAS.  Selama ini Mursyidul Am PAS, Nik Aziz Nik Mat hanya 
berlakon bagi memenangi hati penyokong PAS dalam menerima Mat Sabu sebagai Timbalan Presiden PAS dalam konvesnyen sebelum ini.
Nik Aziz dalam kenyataan yang penuh kontroversi dan mengundang perasaan tidak puas hati Mat Sabu apabila Mursyidul Am PAS
 itu mahu jawatan Timbalan Pengerusi PAS disandang golongan ulama. Pada 
pemilihan sebelum ini, kerusi Timbalan Presiden PAS disandang golongan 
ulama, Nasharuddin Mat Isa. Kemunculan idealogi Anwarinas dalam PAS yang
 disertai pemimpin PAS profesional telah menyebabkan PAS terbahagi 
kepada dua golongan iaitu ulama dan profesional (Anwarinas).
Akibatnya, PAS terpaksa ‘mengorbankan’ Nasharuddin Mat Isa demi survival
 politik PAS dalam Pakatan Pembangkang. Kenyataan Nik Aziz benar-benar 
membuatkan Timbalan Presiden PAS sekarang Mat Sabu berasa hati. Mat Sabu
 benar-benar kecewa dengan kenyataan Nik Aziz itu dengan seolah-olah 
perjuangannya selama dalam PAS ini tidak dinilai dengan baik. Sebuah 
akhbar berbahasa Melayu pada Sabtu melaporkan bahawa sokongan Nik Aziz 
merupakan tambahan kepada pelapis kepada penyandang jawatan Presiden PAS
 iaitu Abdul Hadi Awang, yang juga merupakan seorang ulama, untuk 
mengekalkan jawatannya.
Walaupun perkara mengenai pelapis itu dilihat tidak begitu baik untuk 
Mat Sabu yang bukan seorang ulama, namun Mat Sabu mempertahankan bahawa 
tidak timbul isu ulama atau bukan ulama dalam parti. Lebih memburukkan 
keadaan apabila Mat Sabu mengatakan semua pemimpin dalam PAS (golongan 
profesional) adalah ulama.
Bezanya mereka mempunyai lebih banyak atau kurang pengetahuan dalam 
agama. Dengan nada tegas, tiada siapa boleh menghalangnya untuk 
mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PAS termasuklah Nasharuddin Mat
 Isa yang dilihat calon paling sesuai merampas jawatan itu daripada Mat 
Sabu.
No comments:
Post a Comment