Akhbar Milik MCA Promosi DAP: Masih Relevankah MCA di Dalam BN?
Untuk Renungan............
 Kata orang, jika kita tidak belajar dari kesilapan maka kita akan 
dihukum mengulangi kesilapan yang sama berkali-kali.  Jika kesilapan 
pertama menjadikan rumah kita retak, kesilapan seterusnya pasti akan 
membuatkan rumah kita runtuh.   Jika rumah kita retak kerana kontraktor 
tidak punya kredibiliti, apakah kita akan menyuruh kontraktor yang sama 
juga memperbaiki keretakan itu?
  
 Kata orang bijaksana pula, 
perkara pertama perlu ada pada mereka yang ingin menceburi politik ialah
 ‘kematangan’ dan perkara utama yang tidak harus ada pada seorang ahli 
politik ialah sifat ‘naif’.  Sedar atau tidak, sifat naïf pemimpin yang 
tidak menyedari keadaan sebenar di peringkat rakyat serta cenderung 
menaruh kepercayaan kepada pihak yang licik, merupakan bibit-bibit awal 
yang membawa kepada terjadinya 13 Mei 1969. 
  
 Kata orang 
berpengalaman, dalam menangani kelicikan musuh dalam selimut, kita tidak
 seharusnya mengambil sikap ‘apologetik’.  Dalam konteks politik Barisan
 Nasional, musuh dalam selimut itu, tidak lain tidak bukan ialah MCA.  
Ini terbukti pada PRU-13 yang lalu apabila 97% orang-orang Cina menolak 
BN.  
  
 Kita dapat melihat sendiri bagaimana sepanjang penggal 
lalu, MCA tidak begitu berminat untuk menambah ahli tetapi menumpukan 
sepenuh tenaga untuk mempopularkan Perdana Menteri, iaitu taktik yang 
pasti akan memakan diri apabila dilakukan keterlaluan.  Tidak mustahil 
taktik ini sebenarnya adalah satu bentuk sabotaj yang licik sekali. 
  
 MCA semestinya menyangka bahawa orang-orang Cina pasti berjaya menawan 
Malaysia untuk kesekian kalinya dalam PRU-13 dengan membiarkan Pakatan 
Rakyat menang di mana DAP mendahului jumlah kerusi.  Namun, dengan kuasa
 Allah SWT, perancangan mereka tidak berjaya dan mereka terpaksa terus 
bersama BN walaupun sebahagian besar dari mereka telah mengundi DAP pada
 PRU lalu dan kemungkinan besarnya pada PRU akan datang juga. 
  
 Lalu, kepada BN, MCA mengaku bersalah, meminta maaf dan bersedia 
memikul tanggungjawab dengan menolak sebarang jawatan kabinet. 
  
 Namun, di masa yang sama, MCA meneruskan agenda Ketuanan Cina mereka 
melalui akhbar milik mereka iaitu The Star.  Lenguh sudah tangan-tangan 
blogger mendedahkan kelicikan MCA sebagai amaran kepada kepimpinan BN, 
namun sehingga kini BN masih mengambil sikap menutup mata terhadap 
permainan MCA melalui The Star.  Tiada amaran, tiada kenyataan tegas 
dari kepimpinan BN dan jauh sekali tindakan terhadap kebiadapan MCA.   
  
 Dan hari ini, The Star mempromosi DAP lagi melalui laporan Mid Autumn 
Festival yang memaparkan gambar peniaga dengan maskot DAP.   Seperti 
biasa juga pemimpin BN melihatnya sebagai satu perkara kecil.    
  
 The Star membawa suara DAP bukan lagi satu rahsia, dan semua orang tahu
 mengenainya.  Selain akhbar, MCA juga mengeluarkan produk pro-DAP 
melalui Universiti miliknya iaitu UTAR dan Kolej TAR.    
  
 
Jelas bahawa MCA dan DAP mempunyai hala tuju yang sama tetapi berjuang 
melalui platform yang berlainan bagi memastikan penguasaan yang lebih 
meluas dan bermakna iaitu dengan menguasai kedua-dua belah pihak.  
Sedangkan, UMNO hanya melihat kemenangan dari segi undi terhadap BN,  
bukan penguasaan yang sebenar. 
  
 Mungkin kerana itu, UMNO 
berpura-pura tidak merasa tikaman MCA di belakang.  UMNO juga pura-pura 
tidak mendengar gelak tawa MCA terhadap kenaifan atau mungkin juga 
‘ketamakan’ atau ‘kebebalan’ mereka. 
  
 Hakikat bahawa MCA tidak
 lagi membawa aspirasi BN atau semangat setiakawan yang termeterai 
melalui kontrak sosial, langsung tidak menggusarkan BN.  
  
 
Sedangkan, dalam keadaan yang begitu rapuh, BN tidak boleh memilih untuk
 berdiri atas kekuatan musuh.  Apatah lagi kini apabila telah terbukti 
bahawa UMNO boleh berdiri sendiri atas sokongan padu orang-orang Melayu 
jika kena strateginya.  Dan strategi menyimpan musuh dalam selimut 
bukanlah strategi yang tepat. 
  
 Sudah sampai masanya UMNO 
mendesak MCA meletakkan garis yang jelas dalam perjuangan mereka.  Paksa
 MCA menyatakan di pihak manakah mereka berada.   Jika BN boleh memaksa 
para blogger menyatakan sokongan dengan tidak mengkritik BN, maka 
kenapakah MCA tidak boleh diberi layanan yang sama?  Apa ada pada MCA 
sehingga menyebabkan mereka boleh berbuat sesuka hati mempermainkan UMNO
 dan BN di dalam akhbar milik mereka?   
  
 Atau soalan yang lebih tepat ialah, berbaloikah segala pengorbanan memperbodohkan diri kepada MCA ini?. dari Fadhil Noor;
 
 
 
          
      
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment