Darurat di Tanah Melayu.Darurat
 Tanah Melayu yang berlaku pada tahun 1948 hingga 1960 adalah 
persengkatan antara Parti Komunis Malaya (PKM) dengan kerajaan British 
di Tanah Melayu. Darurat telah diisytiharkan pada 7-7-1948.
Sebab Darurat.Bolehlah
 dikatakan bahawa segalanya bermula selepas pendudukan Jepun 1942-1945. 
Nasionalisme penduduk Tanah Melayu yang telah dipengaruhi oleh Jepun 
semasa penjajahannya telah mendorong penduduk Tanah Melayu untuk 
bekerajaan sendiri.
Pembunuhan
 seramai tiga orang pengurus ladang berbahasa Inggeris di Sungai Siput, 
Perak pada tahun 1948, telah menyebabkan kerajaan mengisytiharkan 
darurat di seluruh Tanah Melayu. Sebulan selepas itu PKM diharamkan.
Dengan
 pengharaman PKM oleh kerajaan British kerana dianggap sebagai parti 
politik yang radikal ini telah menimbulkan ketidakpuasan hati oleh 
kebanyakan ahli dalam PKM kerana jasa mereka telah dilupakan oleh 
British semasa dalam penentangan Jepun.
Dengan
 itu, ketua PKM, telah mengubahkan dasarnya yang bersikap sederhana 
kepada bentuk yang agresif, iaitu dengan pembunuhan. PKM memulakan 
dengan mogok bersama dengan kesatuan sekerja, serta penubuhan Persatuan 
Buruh Baru (New Democratic Youth League).
Namun,
 pemogokan itu telah gagal dan undang-undang yang baru dibuat oleh 
British untuk melemahkan PKM, seterusnya PKM menggunakan serangan 
bersenjata untuk mendapatkan apa yang mereka rasa patut. Hubungan PKM 
dan British yang semakin keruh dan setelah Chin Peng dilantik sebagai 
ketua yang baru, gerakan bersenjata dibuat bermula dengan pembunuhan 3 
ketua Kuo Min Tang (KMT) dan 3 orang pengurus ladang getah berbangsa 
Eropah, termasuk seorang penolong, pada 12-6-1948 dan 15-
6-1948. Darurat diisytiharkan di Johor pada 19-6-1948.
Min Yuen
Pada
 masa darurat 1948, Min Yuen telah menyokong pemberontakan yang 
dilakukan oleh komunis. Min Yuen (ertinya "gerakan rakyat" dalam bahasa 
Cina) yang ditubuhkan oleh Parti Komunis Malaya dan sebahagian besarnya 
dianggotai oleh orang Cina.
Tujuan
 Min Yuen adalah untuk memberi maklumat dan membekalkan makanan serta 
ubat-ubatan kepada komunis. Pergerakan mereka berpusat di bandar-bandar,
 kampung-kampung dan kawaan berhampiran hutan. Bukan semua orang Cina 
menyertai Min Yuen secara rela hati. Ada yang terpaksa berbuat demikian kerana takut ancaman maut.
Sebenarnya
 kebanyakkan orang Cina berasa serba salah kerana kalau mereka menyokong
 kerajaan, mereka akan dibunuh oleh pengganas komunis dan tindakan akan 
diambil bukan sahaja terhadap mereka tetapi melibatkan keluaraga mereka.
 Kegiatan Min Yuen sukar dikesan kerana mereka menjalankan operasinya di
 sebelah malam.
Bagi
 melumpuhkan pergerakan Min Yuen, satu pelan tindakan yang dikenali 
sebagai Rancangan Briggs telah dijalankan bagi memindahkan penduduk Cina
 dipinggir-pinggir hutan ke kawasan penempatan baru yang dikawal. 
Rancangan ini bertujuan menjamin keselamatan penduduk Cina daripada 
diancam dan diperas-ugut oleh pengganas komunis.
Langkah mengatasi darurat
Undang-undang Darurat
Undang-undang Darurat telah diisytiharkan. Antaranya adalah termasuk:
1. Parti politik yang bersifat radikal diharamkan.
2. Sesiapa yang disyaki dengan kegiatan komunis akan ditangkap, serta dibuang negeri.
3. Hukuman bunuh dibuat untuk sesiapa yang dianggap bersuhabat dengan komunis.
Pada
 masa darurat kira-kira 40,000 tentera termasuk beberapa rejimen askar 
Melayu telah dikerah untuk menghapuskan anasir komunis. Mereka 
dilengkapkan dengan peralatan kelengkapan perang,seperti meriam, kapal 
terbang, dan kapal laut.
Ketenteraan
 British juga telah diperketatkan. Polis British dan mata-mata khas 
telah bertambah ke 70,000 orang. Home Guard diperkenalkan supaya lebih 
banyak orang yang mampu membanteras komunis, iaitu sebanyak 200,000 
orang. Bantuan tentera dari Komanwel (British, Australia, New Zealand, Gurkha dan Fiji), Polis Khas dan Perkhidmatan Negara telah dibuat.
Perintah Berkurung telah dibuat di kawasan yang mempunyai pengaruh komunis.
Kawasan
 Putih dan Hitam telah diperkenalkan supaya British boleh memudahkan 
proses mereka dalam membanteras komunis. Kawasan Putih adalah bermaksud 
kawasan tersebut telah bebas daripada anasir komunis, dan sebaliknya 
yang ada pada kawasan hitam. Antara semua negeri, Melaka adalah negeri 
yang pertama mendapat gelaran Kawasan Putih.
Sekatan
 jalan raya dan kawalan kampung telah dibuat oleh Home Guards di kawasan
 yang mungkin sebagai kawasan yang mempunyai pengaruh komunis, dengan 
itu, mereka boleh menyemak sesiapa sahaja dan juga berhak merampas 
barang yang mereka ada.
Kad
 Pengenalan diwajibkan supaya mereka boleh menangkap sesiapa sahaja yang
 tidak ada kad pengenalan. Kerajaan British telah mewajibkan semua 
penduduk Tanah Melayu mesti membuat kad pengenalan sebaik sahaja mereka 
berumur 12 tahun sahaja.
Rancangan Briggs
Rancangan
 Briggs dilancarkan oleh Sir Henry Gurney di Persekutuan Tanah Melayu 
pada pertengahan tahun 1950. Pengarah operasi yang bertanggungjawab 
ialah Leftenan Sir Harold Rowdon Briggs. Rancangan Briggs merupakan 
tindakan oleh kerajaan jajahan British untuk menyekat bekalan makanan 
serta ubat-ubatan daripada Parti Komunis Malaya yang pada masa itu 
berniat menguasai Persekutuan.
Tindakan
 yang dijalankan ialah dengan memindahkan penduduk Cina dari 
kawasan-kawasan terpencil yang bertaburan dan menempatkan mereka di 
kawasan penempatan semula atau di Kampung Baru supaya mereka tidak 
diugut oleh Min Yuen untuk memberi maklumat dan bekalan makanan serta 
ubat-ubatan. Tujuannya semata-mata untuk melumpuhkan kegiatan Min Yuen.
Kampung-kampung
 baru ini dipagar dengan kawat berduri serta dikawal oleh pasukan 
keselamatan. Penduduk Kampung Baru diberi banyak kemudahan seperti 
pendidikan, perkhidmatan kesihatan, tempat tinggal serta bekalan 
elektrik dan air paip.
Jumlah
 penduduk yang terbabit dalam rancangan ini adalah seramai 470,509 orang
 yang ditempatkan di 440 buah kampung baru. Persatuan Cina Malaya (MCA) 
yang ditubuhkan pada tahun 1949 banyak membantu usaha kerajaan 
menempatkan semula orang Cina.
Meskipun
 pasukan keselamatan telah diperkuatkan, namun tindakan ketenteraan 
secara langsung untuk menghapuskan komunis kurang berjaya. Ini kerana 
kumpulan komunis tidak bertempur secara berdepan. Tetapi mereka 
menjalankan tindakan secara gerila.
Gerakan Kelaparan
Gerakan
 Kelaparan merupakan usaha susulan yang dilakukan oleh kerajaan jajahan 
British di dalam Rancangan Briggs. Gerakan ini dilakukan bagi 
melumpuhkan usaha Min Yuen daripada pihak Parti Komunis Malaya. 
Rancangan ini melibatkan penyelarasan dan kerjasama di antara 
pegawai-pegawai perkhidmatan awam, polis dan tentera. Oleh itu, satu 
Jawatankuasa Kerja pada peringkat kebangsaan, negeri dan daerah telah 
ditubuhkan. 
Di
 peringkat daerah, biasanya Pegawai Daerah yang menjadi pengerusi dan 
bertanggungjawab untuk menghapuskan ancaman komunis di kawasannya. Semua
 anggota di Kampung Baru yang terlibat dalam Rancangan Briggs perlu 
memastikan bahawa segala keperluan asas seperti bahan makanan, 
ubat-ubatan, pakaian serta senjata tidak diberikan kepada pihak komunis.
 Penduduk-penduduk hanya dibenarkan membeli makanan dalam jumlah yang 
ditetapkan sahaja.
Kad
 pengenalan juga dikeluarkan bagi mengawal pergerakan penduduk 
di Kampung Baru. Sekatan-sekatan jalan raya diadakan juga untuk 
menghalang pergerakan Min Yuen.
Perang Saraf
Rancangan
 Briggs telah meninggalkan kesan terhadap hubungan kerajaan dan rakyat 
ketika itu.Didapati ahli Parti Komunis Malaya adalah kaum Cina manakala 
orang Melayu ramai berkhidmat sebagai polis dan tentera. Pesuruhjaya 
Tinggi Tanah Melayu, Sir Henry Gurney telah mengadakan kempen ‘Bulan 
Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis’ yang melibatkan 500 000 
orang.Dalam kempen ini mereka
membawa sepanduk mengutuk keganasan komunis dan membakar patung-patung komunis serta mengadakan rapat umum.
Rundingan Baling 1955
Akibat
 kesukaran dan kekurangan sokongan dari masyarakat, pemimpin Parti 
Komunis Malaya, Chin Peng telah meminta perundingan diadakan. Rundingan 
Baling telah dibuat pada 28-29 Disember 1955, di Sekolah Rendah Baling, 
Baling , Kedah Darul Aman. Rundingan ini tidak membawa apa-apa keputusan
 drastik. Ini disebabkan kerajaan menawarkan pengampunan dengan syarat 
Parti Komunis Malaya dibubarkan, tetapi Chin Peng pula meminta Parti 
Komunis Malaya dibenarkan untuk bergerak sebagai sebuah parti politik. 
Pihak kerajaan yang telah pun mencapai kemajuan dalam membasmikan Parti 
Komunis Malaya, dan menimbangkan kekejaman Parti Komunis Malaya terhadap
 rakyat sebelumnya, menolak usul membenarkan Parti Komunis Malaya 
dibenarkan bergerak sebagai sebuah parti politik. Tunku kemudiannya 
menegaskan kepada rakyat bahawa Parti Komunis Malaya bertindak menentang
 kerajaan sah yang telah dipilih rakyat dan merdeka daripada penjajahan 
British.
Sebelum Perjanjian
Jun 1955, sepucuk surat dihantar oleh Parti Komunis Malaya dan ditandatangani oleh Ng Heng. Surat
 itu menyatakan tawaran rundingan kepada Ketua Menteri Persekutuan Tanah
 Melayu, Tunku Abdul Rahman. Ng Heng sebenarnya ialah nama samaran Chin 
Peng.
Tawaran
 Chin Peng tidak dihiraukan oleh kerajaan kerana PKM sudah lemah. 
Lagipun kerajaan dengan bantuan tentera negara-negara Komanwel hampir 
melumpuhkan pemberontakan bersenjata komunis. Rundingan dengan komunis 
yang mahu PKM diiktiraf sebagai sebuah parti bebas tentulah tidak wajar.
Julai 1955 
Kerajaan Perikatan berjaya dalam pilihan raya di Tanah Melayu.
September 1955 
Kerajaan menabur 40 juta surat
 tawaran pengampunan beramai-ramai ke dalam hutan melalui kapal terbang.
 Namun demikian Tunku telah menarik balik tawaran pengampunan pada bulan
Februari 1956.
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 ketika darurat masih lagi berkuatkuasa.
Pada
 31 Julai 1960, Darurat ditamatkan setelah ancaman komunis semakin 
berkurangan danpengunduran mereka ke sempadan Tanah Melayu dan Thailand. Penempatan baru komunis disempadan telah membolehkan mereka mengumpul dan memulihkan kekuatannya.
Undang-undang
 darurat telah ditamatkan pada 31 Julai 1960. Dalam tempoh 12 tahun 
perintah darurat dilaksanakan, kira-kira 11000 nyawa terkorban, termasuk
 2500 orang awam.Bagi menangani ancaman komunis, secara ringkasnya, 
pihak British telah melaksanakan beberapa
dasar:-
1. Pembahagian daerah kepada kawasan putih dan kawasan hitam.
2.
 Memindahkan setinggan berhampiran hutan ke kawasan selamat terlindung 
daripada peras ugut pengganas dalam rancangan yang dikenali sebagai 
kampung baru.
3. Pengenalan sistem kad pengenalan bagai memudahkan seseorang itu dikenal pasti.
4.
 Menggunakan pengangkutan udara bagi membawa tentera bagi menggempur 
pengganas.Sekarang ini dikenali sebagai kumpulan tindak pantas. Setiap 
kali pengganas menyerang,mereka akan diburu habis-habisan bagi 
melemahkan semangat mereka bagi menyerang (discourage) .
5. Memperkenalkan ISA.
6. Memberi pengampunan bagi pengganas yang menyerah melalui risalah yang disebarkan melalui unit udara.
7. Memperkenalkan sukarelawan kampung / pengawal kampung yang bersenjata.
8. Mendirikan balai polis dikawasan yang terancam / kawasan hitam.
Bagaimanapun
 kesemua taktik ini tidak akan berjaya sekiranya ia tidak disokong oleh 
penduduk tempatan. Ini terbukti dalam perang Vietnam, di mana pihak Amerika cuba
 meniru taktik British di Malaysia tetapi masih kalah dengan teruknya. 
Dengan itu kesemua taktik ini hanya membantu, tetapi sokongan padu 
kesemua rakyat berbilang kaum masih diperlukan bagi menangani 
anasir-anasir musuh.
Langkah bukan bentuk ketenteraan
Langkah
 berbentuk sosial juga dibuat kerana hati rakyat Tanah Melayu perlu 
diambil juga. Antara yang paling popular adalah berbentuk:
1.
 Catuan makanan dibuat. Ini adalah kerana sebahagian daripada penduduk 
Tanah Melayu yang adalah ahli Min Yuen (Mereka bukan ahli tentera dalam 
PKM, tetapi sebagai pengintip)
Dengan
 makanan yang terhad, maka makanan dan belakan yang lain adalah terhad 
dan mereka tidak mampu untuk memberikan makanan mereka kepada ahli 
tentera PKM yang berada di dalam hutan.
2.
 Perang psikologi juga dibuat untuk mengumpan rakyat Tanah Melayu 
mendapatkan ganjaran untuk pemberitahuan sarang setiap ahli PKM dengan 
gangaran untuk ahli PKM yang menyerah diri. Dianggarkan bahawa ganjaran 
sebanyak $5,000 untuk setiap ahli PKM yang menyerah diri, serta $25,000 
untuk sesiapa yang mampu menangkap Chin Peng.
3.
 Pembentukan Malaysia. Merdeka yang diisytiharkan pada 31-8-1957 juga 
telah menghalang alasan untuk PKM membentuk negara komunis yang 
diidamkan. Ini telah membawa kepada mereka untuk membuat rundingan 
Baling dengan wakil UMNO.
4.
 Langkah untuk menyatupadukan kaum juga telah dibuat oleh UMNO, iaitu 
dengan gabungan MCA (Tan Cheng Lock), UMNO (Tunku Abdul Rahman), serta 
MIC (E.E.C. Tsuringam), tetapi langkah ini telah dibuktikan gagal kerana
 Peristiwa 13 Mei ataupun rusuhan kaum yang berlaku pada tahun 1963.
KEGANASAN KOMUNIS
Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, telah gagal untuk mendapatkan pengisytiharan kebenaran untuk masuk dan hidup di Malaysia, setelah Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya pada 30 April yang lalu. Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi yang berbeza daripada ramai rakyat Malaysia.
KEGANASAN KOMUNIS
Bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, telah gagal untuk mendapatkan pengisytiharan kebenaran untuk masuk dan hidup di Malaysia, setelah Mahkamah Persekutuan menolak permohonannya pada 30 April yang lalu. Keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut telah menimbulkan pelbagai reaksi yang berbeza daripada ramai rakyat Malaysia.
Rata-rata
 rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan kemakmuran, berpendapat 
bahawa keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut adalah tepat. 
Namun,
 pandangan dan seruan segelintir rakyat Malaysia yang buta sejarah, 
telah memperjuangkan permohonan Chin Peng dan telah membangkitkan api 
kemarahan ramai rakyat Malaysia yang patriotik. 
Terdapat
 golongan muda yang lahir semasa negara sedang menikmati kemajuan pesat 
serta aman damai dan tidak memahami jerih perih serta pengorbanan 
keringat, darah dan air mata, pemimpin, rakyat khasnya anggota pasukan 
keselamatan semasa memerangi pengganas komunis dahulu, terkeliru dengan 
seruan beberapa pemimpin politik yang kini memberi sokongan kepada Chin 
Peng. 
Bagi
 menegakkan agenda politik yang songsang, beberapa pemimpin politik cuba
 mendesak kerajaan untuk membenarkan Chin Peng kembali ke tanah air atas
 dasar peri kemanusiaan. 
Mereka menyatakan Chin Peng juga patut dimaafkan kerana kini telah tidak lagi menjadi ancaman kepada negara.
Ideologi komunis dikatakan adalah seperti sebiji benih yang tertanam dalam tanah gersang.
Walau
 kemarau seratus tahun, bila tiba musim hujan, benih tersebut akan 
tumbuh semula. Di bawah perjanjian damai antara kerajaan Malaysia, 
kerajaan Thailand dan PKM di Hatyai, Thailand pada 1 Disember 1989, PKM 
telah meletak senjata dan bersetuju kembali kepangkuan masyarakat. 
Namum
 seperti yang diakui sendiri oleh Chin Peng, bahawa mereka hanya 
menerima perlawaan kerajaan Malaysia untuk meletak senjata dan kembali 
kepada masyarakat tetapi tidak sekali-sekali memberi persetujuan untuk 
membubarkan PKM atau menggugurkan ideologi komunis mereka. 
  
Pemberontakan Bersenjata Parti Komunis Malaya (1948 - 1989)
Perang
 Dunia Kedua dan Pendudukan Jepun di Tanah Melayu mulai 8 Disember 1941 
telah memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya untuk memperkuatkan 
organisasinya. Parti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada 20 April 1930 
telah bekerjasama dengan pihak British untuk menentang Jepun melalui 
Malayan People Anti Japanese Army atau dalam bahasa Melayu Tentera 
Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA) berdasarkan perjanjian yang 
dibuat pada 8 Disember 1940. MPAJA PKM berjaya mempengaruhi British 
membebaskan semua tahanan politik yang berhaluan kiri.
Menerusi
 MPAJA, bantuan senjata, latihan, kewangan, bekalan lojistik dan 
perubatan telah diperolehi dari British. Dalam tempoh 3 tahun kekuatan 
tentera MPAJA dianggarkan sebanyak 7,000 anggota dan tidak hairanlah 
apabila darurat berlaku pihak British dan anggota pasukan keselamatan 
terpaksa berhadapan dengan kesukaran menghapuskan sekumpulan tentera 
yang telah dilatih untuk berperang. Kerjasama antara PKM dan British 
telah menghasilkan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura.
Latihan yang diberi di sekolah tersebut adalah dalam bentuk perang gerila.
Selepas
 Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya telah mengambil kesempatan 
untuk berkuasa menerusi gerila-gerila MPAJA. Beberapa siri keganasan dan
 rusuhan serta pergaduhan antara kaum telah berlaku di Tanah Melayu, 
terutamanya di bahagian selatan Tanah Melayu. 
Akibatnya,
 orang orang Melayu mulai bertindak-balas terhadap kekejaman anggota 
komunis Bintang Tiga, seperti pasukan yang diketuai oleh Panglima Salleh
 Selempang Merah. Kembalinya British dengan pentadbiran tenteranya (BMA)
 dalam tempoh yang singkat menyebabkan komunis Bintang Tiga tidak 
berjaya mengembangkan pengaruh mereka. 
Akibat
 kegagalan komunis Bintang Tiga merampas Tanah Melayu dengan gerakan 
bersenjata, telah membawa kepada persetujuan pembubaran tentera MPAJA 
dan perletakan senjata api disamping pembayaran saguhati kepada 
gerila-gerila terbabit.
Bagi
 meraih simpati, mengindoktrinasi fahaman komunis dan mendapatkan 
sokongan orang-orang Melayu, pihak Parti Komunis Malaya telah 
mengasaskan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang diasaskan oleh Ahmad Boestamam berfahaman kebangsaan dan Mokhtaruddin Lasso
 (MPAJA) berfahaman komunis pada 17 Oktober 1945. Parti Komunis Malaya 
telah menguasai PKMM melalui tokoh-tokoh jawatankuasanya yang terdiri 
daripada Mokhtaruddin Lasso (Presiden), Arshad Ashaari (bendahari), 
Rashid Maidin dan Abdullah C.D. PKMM lebih cenderung bagi Tanah Melayu 
menyertai Indonesia bagi mendapat kemerdekaan pada 1949.
Terbentuknya Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 merupakan kekalahan kepada
Parti
 Komunis Malaya kerana golongan ini telah diketepikan oleh British. 
Parti Komunis Malaya telah menukar strategi dan mula mencetuskan 
kegagasan melalui mogok dan rusuhan. Pihak British bertindak balas 
dengan mengharamkan pemimpin politik daripada mengetuai kesatuan 
pekerja, dengan itu melemahkan kedudukan komunis Bintang Tiga.
Pihak
 komunis Bintang Tiga kemudiannya mulai mengangkat senjata dan beberapa 
siri serangan dan serangan telah berlaku. Bagaimana pun, insiden pada 16
 Jun 1948 iaitu pembunuhan tiga orang pengurus estet berbangsa Eropah di
 Sungai Siput, Perak telah membawa kepada pengistiharan darurat oleh Sir
 Edward Gent. Apabila keadaan bertambah teruk, pada 12 Julai 1948, 
darurat diistiharkan ke seluruh negara. Parti Komunis Malaya telah 
diharamkan pada 23 Julai 1948. Seluruh angkatan bersenjata telah 
digerakkan termasuk *Senoi Praaq bagi menentang komunis.
Perjanjian Damai Hatyai 
Sebelum
 Perjanjian Damai Hatyai, kerajaan pernah memberi peluang kepada PKM 
untuk menyerah diri. Pertama kali semasa Rundingan Baling pada tahun 
1955 dan seterusnya sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun
 1957. 
Namun
 kedua-dua peluang telah ditolak oleh Chin Peng walaupun ramai anggota 
PKM yang lain telah menerima perlawaan tersebut, telah meletak senjata 
dan kembali kepada masyarakat ketika itu. 
Perjanjian
 Damai di Hatyai telah diadakan sebanyak tiga pusingan bermula pada Mac 
1989. Setelah tamat pusingan ketiga pada 1 Disember 1989, Chin Peng 
tetap tidak mahu membubarkan PKM, namun empat perkara pokok yang telah 
dipersetujui ialah: 
Pertama: Menamatkan aktiviti ketenteraan dengan serta-merta selepas menandatangani perjanjian. 
Kedua: PKM perlu membubarkan unit ketenteraan, memusnahkan senjata, peluru, bahan letupan dan jerangkap samar. 
Ketiga:
 Penempatan di Malaysia. Anggota PKM yang berasal dari Malaysia dan 
ingin tinggal di Malaysia dibenarkan. Anggota yang bukan berasal dari 
Malaysia tetapi memilih untuk tinggal di Malaysia juga dibenarkan. 
Anggota PKM yang memilih untuk tidak kembali ke Malaysia, dibenarkan 
oleh kerajaan Thailand tinggal di beberapa perkampungan khas di Selatan 
Thailand. 
Keempat: Bantuan oleh kerajaan Malaysia. Selaras dengan Perkara Ketiga, 
kerajaan Malaysia akan membantu anggota PKM yang kembali ke pangkuan 
masyarakat untuk memulakan kehidupan baru dari segi perumahan, pekerjaan
 dan kewangan.
Setelah
 termeterai Perjanjian Damai Hatyai, dalam tempuh satu tahun yang 
diberikan, seramai 442 bekas ahli PKM telah memohon untuk kembali ke 
Malaysia dan seramai 406 daripada mereka telah menghadiri temu duga. 
Kesemuanya 338 bekas ahli PKM yang memenuhi syarat dan lulus temuduga 
telah diterima kembali untuk tinggal di Malaysia. Kesemua mereka telah 
menerima bantuan kerajaan untuk memulakan kehidupan baru di bumi 
Malaysia yang aman makmur.
Asal Usul Parti Komunis Malaya 
Komunisme
 yang dicetuskan oleh Karl Marx di Eropah pada pertengahan abad ke-19, 
merebak dengan pesat ke negara lain seperti Russia dan China sebelum 
tiba di Tanah Melayu pada tahun 1920-an. 
Ajen
 komunis yang begitu aktif berjaya menanamkan ideologi tersebut kepada 
rakyat Tanah Melayu khasnya kaum Cina dan PKM yang ketika itu adalah 
cabang Parti Komunis China, ditubuhkan pada tahun 1930 di Tanah Melayu. 
Pada
 tahun 1934 seramai hampir 10,000 kaum Cina di Tanah Melayu telah 
menyertai PKM. Chin Peng menyertai PKM pada tahun 1940 semasa baru saja 
berumur 18 tahun. 
Menjelang
 pendaratan tentera Jepun di Singapura, Tentera British yang menyedari 
PKM adalah anti-Jepun, telah mula melatih secara intensif seramai 165 
anggota sayap bersenjata PKM dalam ilmu perang gerila di 101 Special 
Training School, di Tanjong Balai dekat muara Sungai Jurung di Singapura
 pada tahun 1941. 
Di
 samping latihan perang gerila khasnya cara melancarkan serang hendap, 
anggota sayap bersenjata PKM juga dibekalkan dengan senjata, peluru, 
bahan letupan, peralatan radio, bahan makanan dan kewangan untuk bekalan
 selama tiga bulan. 
Pada 3 Januari 1942, tentera British juga telah menubuhkan satu lagi 
pusat latihan gerila untuk sayap bersenjata PKM di 102 Special Training 
School di Sekolah Cina Chunjin di Kuala Lumpur.
Semasa
 Tanah Melayu di bawah pemerintahan tentera Jepun, sayap bersenjata PKM 
yang menentang tentera Jepun dalam pasukan Malayan Peoples Anti- 
Japanese Army (MPAJA), terus dibekalkan oleh tentera British yang 
berpengkalan di Ceylon (kini Sri Lanka) dan India, dengan senjata, 
peluru, bahan letupan, peralatan perang, makanan, peralatan radio 
wireles dan kewangan. 
Semua
 bekalan dihantar oleh tentera British kepada gerila Komunis MPAJA 
melalui kapal selam dan pengguguran dengan payung terjun. 
Setelah
 tentera Jepun kalah perang, tentera British yang telah kembali ke Tanah
 Melayu, telah meminta anggota MPAJA untuk meletak senjata dan 
memulangkan semula semua senjata, peluru, bahan letupan dan peralatan 
radio wireless. 
Sayap
 bersenjata PKM enggan meletakkan senjata serta enggan memulangkan semua
 senjata, peluru, bahan letupan serta peralatan wireless radio dan 
bermulalah penentangan PKM terhadap tentera British di Tanah Melayu. 
PKM yang ketika itu dipimpin oleh Chin Peng sebagai Setiausaha Agung, 
memulakan penentangan bersenjata terhadap tentera British di Tanah 
Melayu pada tahun 1948 berakhir selepas Tanah Melayu mencapai 
kemerdekaan iaitu hingga tahun 1960. Konfrontasi tamat pada tahun 1966 
dan tentera British berundur dari Malysia pada tahun 1967. Selepas itu 
PKM yang merasakan ketiadaan tentera British akan melemahkan pasukan 
keselamatan negara, meneruskan penentangan bersenjata terhadap kerajaan 
Persekutuan Malaysia mulai tahun 1968 hingga tahun 1989.
'Bintang Tiga Berkuasa Selama 14 hari di Tanah Melayu
Peristiwa 14 Hari. Sebenarnya Bintang Tiga tidaklah berkuasa di seluruh 
Tanah Melayu selama 14 hari selepas tentera Jepun menyerah kalah pada 
tahun 1945.
Mereka
 hanya berkuasa selama itu di beberapa bandar dan pekan dalam daerah 
tertentu di mana pasukan Force 136 tidak beroperasi. Di beberapa bandar,
 pekan dan daerah lain seperti Muar dan Batu Pahat di Johor dan Daerah 
Parit di Perak, kuasa Bintang Tiga terhad kerana kebangkitan orang 
Melayu yang menentang mereka. 
Sejurus
 selepas tentera Jepun mengaku kalah, pengganas Bintang Tiga merayakan 
tamat perang dan kemenangan dalam perjuangan menentang tentera Jepun 
dengan mengadakan perbarisan kemenangan di beberapa bandar di Tanah 
Melayu. 
Mereka telah mengadakan perbarisan kemenangan di Johor Bahru, Johor dan Pekan Keruh (kini Pengkalan Hulu) di Hulu Perak. 
Rancangan Bintang Tiga untuk mengadakan perbarisan kemenangan di Alor 
Setar, Kedah digagalkan oleh kehadiran Pasukan Force 136 yang berjaya 
mengambilalih kuasa daripada tentera Jepun.
Sebelum
 itu gerila Bintang Tiga sempat menyerang Balai Polis Alor Janggus, 
sebuah pekan kecil enam batu dari Alor Setar, menahan beberapa anggota 
polis dan merampas beberapa senjata. Di Balai Polis Kuala Nerang, 
percubaan pengganas komunis Bintang Tiga untuk merampas senjata telah 
dipatahkan oleh Pasukan Force 136 yang diketuai oleh Leftenan Tengku 
Osman Jewa (anak watan pertama sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera ). 
Di
 Bandar Raub dan Kuala Lipis, Pahang, pengganas Bintang Tiga gagal 
berkuasa. Pasukan Force 136 dan Gerila Wataniah Pahang secara serentak 
memasuki kedua-dua bandar untuk mengambilalih kuasa daripada tentera 
Jepun pada 3 September 1945, sehari selepas Jeneral Douglas MacArthur 
menandatangani Perjanjian Jepun Menyerah Kalah dan tamat Perang Dunia 
Kedua di Timur Jauh pada 2 September 1945. 
Gerila
 Wataniah Pahang yang menyertai Force 136 Melayu, ketika itu di bawah 
Mejar Yeop Mahidin bin Mohd Sharif, yang hanya dikenali dengan gelaran 
Singa oleh tentera Jepun, bersama pegawai British, Lt Col Douglas 
Richardson yang dikenali dengan nama samaran Kiwi. 
Sementara itu di Bandar Ipoh, Kuala Kangsar dan Taiping, gerila Bintang 
Tiga tidak dapat berkuasa kerana Markas Force 136 Perak yang terletak di
 Istana Kuning Bukit Chandan telah menghantar anggota Force 136 untuk 
mengawal ketiga-tiga bandar daripada pengaruh pengganas komunis 
sementara menunggu kedatangan British Military Administration.
Pegawai Perhubungan Force 136 di Kuala Kangsar, Perak, ketika itu ialah 
Leftenan Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman (Rekrut No:25 yang 
menjadi anak Melayu pertama memakai pangkat Brigedier Jeneral ).
Di
 beberapa negeri, daerah dan bandar yang dikuasai oleh Bintang Tiga 
selama empat belas hari, ribuan rakyat khasnya orang Melayu telah 
menjadi mangsa keganasan dan kekejaman pengganas komunis. 
Tanpa
 bukti yang nyata serta memakai Law Of The Jungle hukuman rimba, 
pengganas komunis Bintang Tiga di bawah kuasa Chin Peng, telah menyeksa 
mangsa dengan kejam sebelum mereka dibunuh samada ditembak atau ditikam 
dengan pisau atau benet. 
Mayat mereka rata-rata dibuang dalam sungai atau ditinggalkan dalam 
hutan dimakan binatang buas dan ramai mangsa yang diculik tidak dijumpai
 hingga hari ini, tidak diketahui samada hidup atau mati.
Perebutan Bandar Lenggong
Pekan
 Lenggong, di Hulu Perak, mempunyai sejarah tersendiri selepas tentera 
Jepun menyerah kalah di Tanah Melayu. Sejurus selepas tentera Jepun 
meletak senjata, gerila Bintang Tiga (sayap bersenjata PKM) telah 
mengambil kuasa di Pekan Lenggong. 
Selang beberapa hari di bawah kuasa Bintang Tiga, gerila Bintang Satu ( 
Parti Kuamintang ) yang sangat aktif di Hulu Perak menentang tentera 
Jepun, telah merampas kuasa daripada gerila Bintang Tiga.
Selain
 memusuhi tentera Jepun, gerila Bintang Tiga dan Bintang Satu juga 
bermusuhan dan antara mereka sering berlaku pertempuran akibat berbezaan
 ideologi komunis yang bermula di negara China lagi. 
Pasukan
 gerila Melayu Force 136 yang ketika itu telah mengambil kuasa daripada 
tentera Jepun di Pekan Gerik, telah bergegas menuju Pekan Lenggong dan 
berjaya merampas Pekan Lenggong daripada gerila Bintang Satu. 
Kehadiran pasukan gerila Melayu Force 136 telah mengembalikan keamanan 
di Pekan Lenggong. Ramai penduduk Pekan Lenggong serta daripada 
kampung-kampung sekitar, telah keluar beramai-ramai mengalu-alukan 
ketibaan pasukan gerila Melayu Force 136. Semasa gerila Bintang Tiga 
berkuasa selama beberapa hari di Lenggong, ramai penduduk Melayu 
Lenggong telah dibunuh dengan kejam dan ramai lagi yang diseksa dengan 
teruk oleh gerila Bintang Tiga.
Gerila
 Bintang Tiga dikatakan ingin membalas dendam terhadap penduduk Melayu 
yang dikatakan telah bersubahat dengan tentera Jepun, walhal, ramai 
penduduk Pekan Lenggong telah menyertai atau menyokong pasukan gerila 
Melayu Force 136 menentang tentera Jepun di Hulu Perak dan ramai yang 
terkorban dan cedera. 
Malah beberapa penduduk Hulu Perak yang disyaki menyertai atau membantu 
pasukan Force 136 telah diseksa oleh tentera Jepun hingga mati dan 
beberapa kampung turut dibakar.
Darurat diisytiharkan di Tanah Melayu
Semasa pembentukan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948, pihak British telah mengenepikan PKM. 
Setelah
 usaha untuk menubuhkan sebuah kerajaan komunis menerusi pendekatan 
politik gagal, PKM merubah strategi kepada pendekatan keganasan. 
PKM mula melakukan keganasan terhadap rakyat yang tidak menyokong pergerakan mereka. 
Dalam
 pada itu PKM juga cuba mensabotaj ekonomi Tanah Melayu, memusnah ladang
 getah dengan menakik ribuan pokok getah, membakar rumah asap dan gudang
 getah serta menakut-nakutkan penoreh getah supaya tidak turun menoreh. 
Akibat pembunuhan tiga pengurus ladang getah berbangsa Inggeris di Perak
 oleh pengganas komunis, maka kerajaan Inggeris di Tanah Melayu telah 
mengharamkam PKM dan mengisytiharkan darurat pada tahun 1948 dan hanya 
tamat pada tahun 1960 selepas PKM berundur melintas sempadan mencari 
perlindungan di Selatan Thailand. Darurat di Tanah Melayu menyaksikan 
ribuan peristiwa keganasan dan kekejaman pengganas komunis yang dipimpin
 oleh Chin Peng.
Ribuan anggota pasukan keselamatan dan orang awam terbunuh dan ramai 
lagi yang cedera dan teraniaya. Ramai pemimpin dan pegawai tinggi 
kerajaan turut terbunuh, antara mereka ialah Pesuruhjaya Tinggi British 
Sir Henry Gurney dibunuh komunis pada 1951, Ketua Polis Negara 
Allahyarham Tan Sri Rahman Hashim dibunuh ajen komunis di Jalan Tun 
Perak, Kuala Lumpur, pada 7 Jun 1974 dan pada 13 November 1975 pula, 
Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong. Keganasan dan Kekejaman PKM
Di
 sepanjang Era Darurat 1948 hingga 1960 dan Era Kebangkitan Kedua PKM 
1968 hingga 1989, pengganas komunis melakukan keganasan dan kekejaman 
dari utara hingga ke selatan Semananjung Tanah Melayu serta di Sarawak. 
Seramai
 2,083 anggota pasukan keselamatan terkorban dan seramai 3,541 lagi 
cedera termasuk cedera kekal seperti putus kaki dan tangan di tembak 
atau terkena jerangkap samar. 
Sementara
 itu seramai 2,588 orang awam turut terkorban dan seramai 1,490 lagi 
cedera oleh angkara pengganas komunis. Bagi menunjukkan kebangkitan 
semula PKM, pengganas komunis telah menyerang hendap sebuah konvoi 
pasukan keselamatan di jalan Kroh-Betong pada 17 Jun 1968. 
Seramai
 17 anggota pasukan keselamatan telah terbunuh. Untuk mengabuli mata 
pasukan keselamatan dengan memberi gambaran bahawa PKM hanya aktif di 
kawasan sempadan, pengganas komunis telah melakukan serang hendap di 
Sintok, Kedah, memasang jerangkap samar di jalan Changlun-Sadao serta 
meletupkan jalan kereta api dekat Padang Besar. 
Bagaimanapun, pertempuran di Hutan Sinpan Bukit Kinta di Perak telah membuktikan bahawa PKM sudah jauh melintas sempadan. 
Antara
 keganasan terawal yang dilakukan oleh pengganas komunis terhadap 
penduduk kampung berlaku di Kampung Layang-Layang Kiri, Parit, Perak 
pada tahun 1946 ketika PKM mula mencari rekrut baru di kalangan penduduk
 Melayu. 
Oleh
 sebab orang Melayu tidak mahu menerima propaganda PKM yang cuba 
menegakkan pergerakan mereka sebagai memperjuangkan kemerdekaan daripada
 penjajahan British, tambahan pula fahaman komunis yang anti Islam, 
pengganas komunis telah membunuh seramai 14 penduduk Kampung 
Layang-Layang Kiri serta menculik seramai 11 lagi anggota keluarga 
Kamaluddin Noh. 
Mayat mereka yang dibunuh dijumpai dalam Sungai Perak dekat Kampung 
Layang-Layang Kiri sementara mereka yang diculik hingga kini tidak 
diketahui samaada hidup atau mati.
Dalam satu lagi keganasan pengganas komunis ketika Peristiwa 14 Hari 
berlaku di Kampung Perigi Jernih pada September 1945. Seorang penduduk 
kampung, Abdul Karim Bidin diseret daripada rumahnya pada jam 4 pagi, 
dibawa ke jalan kereta api dekat kampung dan kemudiannya ditembak serta 
ditikam sampai mati. Ramai lagi penduduk Kampung Perigi Jernih turut 
menjadi mangsa keganasan gerila Bintang Tiga ketika itu.
Dalam
 tahun 1945,ketika pengganas komunis berpengkalan dekat Klian Intan 
dekat Kroh, Hulu Perak, gerila Bintang Tiga telah membakar banyak rumah 
penduduk kampung yang enggan menyokong pergerakan mereka. 
Rumah
 di kampungkampung seperti Bukit Buluh, Malau, Kubang, Kuala Kenering, 
Sungai Terap, Kampung Chua dan Kampung Beko telah dibakar hangus. 
Di
 Kampung Chepor dan Bukit Sapi, Lenggong, beberapa penduduk kampung yang
 enggan bekerjasama dengan komunis, telah diikat pada tiang seri dan 
dibakar bersama rumah mereka. 
Satu
 lagi peristiwa keganasan pengganas PKM berlaku kepada orang kampung 
dekat Junjung, Kulim, Kedah di mana seorang penduduk telah dibakar 
hidup-hidup dengan tangannya terikat pada stering lorinya. 
Di Batu Pahat, pengganas komunis telah membunuh dan menyeksa ramai 
penduduk Melayu kerana membalas dendam. Mereka menuduh penduduk Melayu 
bersubahat dengan tentera Jepun hingga ramai penduduk kaum Cina dibunuh 
oleh tentera Jepun.
Pengganas Bintang Tiga yang berpengkalan di hutan dekat Bukit Pasir 
telah bertindak kejam dengan membunuh Pegawai Daerah Batu Pahat, Ismail 
bin Dato Abdullah. Akibat tindakan pengganas komunis penduduk Melayu 
Batu Pahat telah bangkit menentang pengganas komunis serta penyokong 
mereka iaitu kaum Cina.
Pemimpin
 penduduk Melayu ketika itu ialah Kiai Salleh yang pernah menjadi 
Penghulu Mukim Simpang Kiri, Batu Pahat. Dalam satu peristiwa keganasan 
pengganas komunis dilakukan oleh pengganas komunis yang dipimpin oleh 
orang Melayu bernama Khidzir, terhadap penduduk Kampung Kenaboi, Jelebu,
 Negeri Sembilan, pada 5 Januari 1950. Khidzir bersama 15 pengganas 
komunis yang lengkap bersenjata, yang kebanyakannya adalah pengganas 
bangsa Cina, telah datang ke Kampung Chenah (Kenaboi) untuk menangkap 
seorang penduduk bernama Bahadun. 
Bahadun
 adalah menantu kepada Ketua Kampung Chenah, Abdul Aziz bin Dato 
Abdullah, yang juga Penolong Penghulu Mukim Kenaboi. Ketika menghalang 
pengganas komunis daripada menangkap Bahadun, berlaku bergaduhan dan 
Ketua Kampung Abdul Aziz sempat menendang dada Khidzir yang cuba 
menggunakan pistol. 
Oleh
 kerana pengganas komunis terlalu ramai, akhirnya Ketua Kampung Abdul 
Aziz bersama Bahadun dan seorang lagi penduduk yang turut melawan, telah
 dapat ditangkap. 
Mereka bertiga telah diseret ke jambatan masuk ke Kampung Chenah dan diikat dekat kepala jambatan.
Badan
 mereka bertiga telah dikelarkelar oleh pengganas komunis dan dicurah 
dengan air garam. Setelah puas diseksa dengan kejam, pengganas komunis 
telah menembak mereka bertiga hingga mati. 
Sebenarnya terlalu banyak kejadian keganasan dan kekejaman yang 
dilakukan oleh pengganas komunis terhadap penduduk awam untuk 
diceritakan.
Mungkin seratus buah buku tidak cukup untuk menceritakan segalanya. 
Terlalu ramai yang menjadi mangsa keganasan dan kekejaman gerila PKM di bumi Malaysia yang hingga kini masih menderita.
Isteri,
 anak dan saudara mereka yang terkorban oleh keganasan dan kekejaman 
komunis hingga kini masih merasai kehilangan orang tersayang. 
Penutup 
Seluruh
 rakyat Malaysia perlu memahami bahawa walaupun komunis telah dikalahkan
 dari sudut ketenteraan di Malaysia, PKM tidak dibubarkan. 
Ideologi
 komunisme masih hidup di kembali kepada masyarakat dan kini ideologi 
tersebut sudah nampak seperti disemarakkan semula. Kita perlu sedar 
perkembangan yang tidak sihat ini dan semua golongan rakyat Malaysia 
mesti sentiasa berwaspada dan bertindak dengan waras. 
Masih
 terdapat usaha oleh pihak tertentu untuk mempengaruhi dan meracuni 
pemikiran rakyat seluruh dunia dan negara kita tidak terkecuali, 
terutama golongan intelektual dan khasnya generasi muda terhadap dakyah 
komunisme. Terdapat bekas anggota PKM yang mewujudkan blog yang 
mengagungkan perjuangan PKM di Tanah Melayu. 
Bekas
 anggota PKM yang memperkenalkan diri sebagai Mat Amin, 60 tahun, 
mendakwa pernah menjadi anggota Rejimen Ke-10 PKM selama 20 tahun. Mat 
Amin mewujudkan blog kerana merasakan media arus perdana menyisihkan 
perjuangan PKM. 
Ramai
 golongan muda yang tidak pernah merasai pahit maung kehidupan semasa 
era darurat dan tidak peka dengan sentimen rakyat yang cintakan 
kedamaian, keamanan serta berjiwa patriotik, dengan mudah mempercayai 
persepsi yang dibentangkan oleh Mat Amin. 
Rakyat
 Malaysia perlu memainkan peranan dalam menjaga keselamatan negara 
dengan turut memantau perkembangan dalam medium internet seperti portal,
 blog, laman bual serta media lain, supaya dapat mematahkan percubaan 
ajen dan penyokong komunis menimbulkan salah faham di kalangan golongan 
belia agar tidak tersesat jalan. 
Kita
 tidak mahu mereka sampai memuja fahaman komunisme kerana dibiarkan 
terpengaruh dengan blog yang tidak bertanggungjawab. Kita tidak mahu 
sebarang percubaan fahaman komunisme bertapak kembali di bumi Malaysia 
yang aman makmur. Jangan dibiarkan fahaman yang bertentangan dengan 
ajaran Islam itu meresap ke dalam pemikiran masyarakat kita. 
Pengganas
 komunis telah mensabotaj pembangunan negara dengan memusnahkan 
jentera-jentera Jabatan Kerja Raya yang sedang membina Lebuh Raya Timur 
Barat di utara negeri Perak pada 23 Mei 1974. 
Kita jangan lupa bahawa PKM bukan sahaja menggugat keselamatan negara 
dengan membunuh dan mencederakan ramai orang awam dan anggota pasukan 
keselamatan dalam usaha mereka untuk menubuhkan sebuah negara komunis di
 Tanah Melayu, mereka juga cuba memusnahkan segala kemajuan yang sedang 
diusahakan oleh kerajaan untuk rakyat.
Pengganas
 komunis juga telah meletupkan landasan kereta api, menyerang kereta api
 yang lalu, dalam beberapa kejadian di Negeri Sembilan, Perak, Pahang 
dan Kedah. Semasa darurat, semua laluan kereta api di Pantai Barat dan 
Timur di Tanah Melayu,dikawal oleh pasukan keselamatan yang mengiringi 
semua perjalanan kereta api dengan menaiki Armoured Wickham Trolley yang
 kalis peluru. 
Dengan
 kehadiran anggota pasukan keselamatan dalam Armoured Wickham Trolley 
telah mengurangkan ancaman serang hendap pengganas komunis terhadap 
kereta api dan rakyat dapat bergerak dengan bebas.
Semua rakyat negara ini mesti mengiktiraf peranan semua anggota pasukan 
keselamatan yang sejak dahulu lagi rela berkorban darah, keringat dan 
air mata demi menentukan negara Malaysia kekal aman, damai dan 
sejahtera.
Keluarga
 pasukan keselamatan yang terkorban ketika era Darurat hingga kini masih
 terasa kehilangan ayah, abang dan saudara mara yang tercinta. Hutang darah yang tertumpah di bumi Malaysia angkara kekejaman dan keganasan gerila komunis masih belum terbayar.
Ramai mereka yang cedera masih trauma dengan kehilangan anggota mereka. Malah
 terdapat seorang pegawai yang terputus kaki semasa operasi menentang 
pengganas komunis akibat terpijak jerangkap samar, kini masih berkhidmat
 dalam Tentera Darat. Hormati dan kenanglah pengorbanan, jasa dan 
khidmat bakti mereka untuk negara Malaysia tercinta.



No comments:
Post a Comment