Sunday, 4 May 2014

PKR Pilih Samseng Hancurkan Parti Sendiri


Kata Dulang Paku Serpih , Mengata Orang Dia Yang Lebih ! Rasanya peribahasa itu amat sesuai sekali dengan parti PKR yang kini sedang bergelut dengan proses pemilihan partinya.Kebanyakkan proses pemilihan yang di jalankan di peringkat cabang parti tersebut jelas mengundang pergaduhan ala-ala samseng memandangkan berlakunya ketiadakadilan mahupun cubaan untuk menipu undi.
Entah di mana silapnya , parti PKR yang bukan sehari dua di tubuhkan ini bukan sahaja mendapat malu besar tetapi turut menjatuhkan air muka pemimpin tertinggi PKR sendiri apabila satu persatu kepincangan timbul menjadi tatapan rakyat seluruh Malaysia.

Menjadi cerita lucu apabila parti yang mengaku adil ini tidak menunjukkan ciri-ciri keadilan seperti mana yang di laung-laungkan oleh pimpinannya sebelum ini.Anwar Ibrahim selaku ketua umum parti seharusnya mengaku bahawa PKR bukanlah sehebat mana malah sejak beberapa tahun sebelum ini proses pemilihan dalam PKR tidak pernah sunyi daripada adegan penuh aksi ala-ala Jackie Chan. Di mana kredibiliti dan integriti yang sering di laung-laungkan oleh para pemimpin dan penyokong PKR selama ini ? Tindakan menyalahkan pihak kerajaan dan UMNO selama ini akhirnya memakan diri sendiri. Malahan penyokong PKR seharusnya mengaku bahawa parti yang mereka sokong itu bukanlah seperti mana yang di war-warkan. Jika sebelum ini PKR menjadi peneraju kepada tuduhan liar kononnya proses pengundian yang di jalankan oleh SPR sewaktu PRU13 yang lalu sebagai tidak telus dan penuh dengan penipuan kini segala tuduhan tersebut tertuding kepada diri sendiri. Di mana pemimpin PKR tatkala aksi ala samseng penyokong sendiri ini mengambil tempat di setiap mesyuarat yang di jalankan ?

Memetik laporan daripada utusan online , Proses pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di seluruh negara kecoh dengan beberapa cabang diisytiharkan sebagai tidak sah dan perlu diadakan pengundian semula.
Di Pulau Pinang, pemilihan di Cabang Nibong Tebal diisytiharkan tidak sah dan batal selepas timbul dakwaan wujud pengundi hantu dalam perlumbaan tiga penjuru untuk merebut jawatan Pengerusi negeri.
Walaupun bilangan pengundi berdaftar untuk mengundi hari ini adalah 672, Jawatankuasa Pemilihan terkejut apabila mendapati sejumlah 838 kertas undi dikumpul pada akhir proses pengundian yang berlangsung di Dewan JKKK Simpang Tiga tersebut. Dalam pada itu, proses pengun­dian di Balik Pulau yang pada awalnya kelihatan tenang bertukar panas apabila perbuatan kempen dan 'mencuri pengundi' di bilik mengundi telah menimbulkan rasa tidak puas hati para penyokong. “Tindakan seorang calon memasuki kawasan pengundian menyebabkan berlaku satu pertengkaran yang hampir menjadi insiden tumbuk-menumbuk.

Rakyat perlu berhati-hati kerana PKR bukan sahaja gagal mendidik ahlinya tetapi turut menjadi parti tangkap muat tanpa melakukan sebarang kaji selidik tentang keahliannya.Seperti semua sedia maklum PKR di anggotai oleh mereka yang kebanyakkannya kecewa dalam UMNO kerana kepentingan diri dan sebahagiannya pula adalah samseng-samseng politik ! Dalam masa yang sama apakah kerana kepentingan politik PKR langsung tidak menitik beratkan soal keahliannya dengan memilih samseng sebagai ahli ?
Insiden-insiden yang berlaku itu menjadi bukti betapa PKR bukanlah parti yang mampu menjadi pembela untuk rakyat. Jika sesama sendiri pun mereka boleh menipu bayangkan apa yang mampu di lakukan oleh mereka sekiranya memerintah negara ?. Dipetik dari UtaraNews.com

No comments:

Post a Comment