Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sendiri mengakui wujud kelemahan yang ketara dalam sistem pemilihan Parti PKR hingga mencetuskan pelbagai insiden kekecohan termasuk melarikan peti undi, blackout, tanda dalam bilik hotel dan sebagainya.
Malah, Presiden PKR itu sedar sistem yang digunapakai bukanlah sistem yang sempurna sebagaimana yang diwar-warkan sebelum ini. Pengesahan itu dinyatakan dalam sidang media di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang. Pendirian Wan Azizah itu mengesahkan pertentangan dengan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), Datuk Johari Abdul yang dilihat cuba menyembunyi dan mempertahankan sistem pemilihan sedia ada dan menyifatkan ia merupakan proses yang terbaik pernah dilakukan parti itu. Yang pasti, PKR sudah pun memecat lima ahli dan menggantung 18 anggotanya atas pelbagai kesalahan, termasuk mensabotaj pimilihan parti hingga mencetuskan kekecohan di beberapa cabang di seluruh negara termasuk menggantung keahlian Badrul Hisham Shahrin atau `chegubard'. Tindakan ini jga dilihat cuba 'menutup mulut' ahlinya dengan menyekat kebebasan bersuara, yang terang-terang mahu membongkar ketirisan dan ketidaktelusan kalangan pemimpin PKR yang tamak kuasa. Tidak cukup dengan itu, PKR juga membatal dan menangguhkan proses pilihan melibatkan 35 cabangnya kerana gagal menguruskan pemilihan dengan baik.
No comments:
Post a Comment