Datuk Seri Anwar Ibrahim seolah-olah ditempelak oleh orang kuatnya
sendiri apabila menuduh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terlibat dalam
penipuan daftar pemilih pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
Ketika Anwar membuat tuduhan terhadap SPR itu, Badrul Hisham Shaharin
atau lebih dikenali Chegu Bard pula sebaliknya menuduh Ketua Umum Parti
Keadilan Rakyat (PKR) itu adalah perancang penipuan pada pemilihan parti
itu 31 Oktober 2010.
Dalam rakaman video yang tersebar menerusi YouTube itu, Chegu Bard yang
juga calon PKR bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh,
Pulau Pinang mendakwa, Anwar adalah sebagai seorang penipu.
"Isu pemilihan kena tipu teruk... lepas tu nak gula-gulakan I... dia
nak gula-gulakan I isu pemilihan, penipuan la, apa semua baru-baru ini
oleh Anwar,'' katanya dalam rakaman berdurasi 43 saat dengan tajuk
"Chegu Bard Kantoikan Anwar" itu.
Chegu Bard yang bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda PKR pada
pemilihan itu turut mendakwa Anwar cuba menyogok beliau dengan wang
ringgit dan jawatan bagi menutup rahsia tersebut.
"Dia datang nak offer I gaji... nak lantik I jadi Timbalan Setiausaha
Agung apa semua...I'm very sorry, I'm very sorry... this is not about
jawatan... but i hope its about the truth.. dan you bercakap soal
demokrasi,'' tegas Chegu Bard dalam rakaman tersebut.
Baru-baru ini Anwar mempertahankan Chegu Bard untuk bertanding di kerusi
DUN Sungai Acheh tersebut menyebabkan Pas yang pada awalnya
mempertaruhkan Mohd. Yusni Mat Piah di kerusi sama, terpaksa menarik
diri. Bagaimanapun tindakan pucuk pimpinan Pas yang menyerahkan kerusi
tersebut untuk ditandingi oleh PKR menimbulkan rasa tidak puas hati
dalam kalangan akar umbi dan jentera Pas di kawasan berkenaan.
No comments:
Post a Comment