Sunday, 11 May 2014

ANWAR LARI KE LUAR NEGARA!!!!!! PILHANRAYA PKR MACAM HANTU MELOLONG BERANTAKAN

  
Di Sepang - Enam peti undi di pusat pemilihan PKR Cabang Sepang terpaksa dibawa ke PKR pusat untuk kiraan semula. Perkara itu berlaku disebabkan terdapat bantahan daripada calon bertanding berhubung pengiraan yang dilaksanakan di Dewan Orang Ramai Bukit Changgang. Hanya 946 pengundi daripada 5,851 ahli PKR cabang Sepang keluar mengundi bagi memilih pemimpin di kawasan tersebut.

Di Gombak - Ada orang bagaikan hantu nak menendang. Tindakan calon Ahli Jawatankuasa Cabang Gombak dan beberapa petugas membantu ahli memangkah undi dalam pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menimbulkan kekecohan sehingga berlaku pergaduhan dan perang mulut di pusat mengundi.

Rentetan kejadian itu menyebabkan seorang ahli naik berang dan cuba menendang peti undi bagi membolehkan pembatalan dibuat dan pemilihan dijalankan semula.

Keadaan itu mencetuskan suasana tegang antara penyokong-penyokong calon dan petugas lain yang mempertikai ketelusan perjalanan proses membuang undi yang dijalankan di Kompleks Muhibbah, Gombak di sini hari ini.


Di Kota  Raja - Malaysakini melaporkan  Antara yang terlibat adalah cabang Kota Raja susulan kejadian melibatkan satu peti undi yang didakwa “dipecahkan” yang menyebabkan satu pergelutan berlaku.

Penyandang ketua cabang tersebut Dr Xavier Jayakumar mendakwa seorang lelaki cuba merampas peti undi tersebut dan menghempaskannya ke lantai menyebabkan kertas undi bertaburan. "Satu pergelutan berlaku tetapi tiada kecederaan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, kejadian tersebut belaku pada kira-kira jam 4 petang selepas lebih 1,000 anggota cabang tersebut menunaikan tanggungjawab mereka di sebuah pusat komuniti di Klang. Proses pengundian yang sepatutnya berakhir pada jam 5 petang digantung selepas kejadian itu.

"Sangat sedih sekali kerana perkara ini berlaku... Kami akan membuat laporan pada jawatankuasa pemilihan,” katanya. Xavier yang bertanding untuk mempertahankan jawatannya menegaskan, individu didakwa menghempaskan peti undi tersebut bukan seorang penyokongnya.

Ini merupakan kejadian kedua yang berlaku dalam cabang PKPR Kota Raja semasa pemilihan kali ini. Anggota cabang tersebut didakwa membaling kerusi ke arah satu sama lain semasa parti itu mula memperkenalkan sistem pemilihan baru pada tahun 2010.

MASA UNTUK SPR PULA KETAWAKAN  ANWAR
Di Kuala Selangor - Dibatalkan kerana Penipuan

Di Sabak Bernam - Dibatalkan kerana tidak telus dan penipuan

Di Hulu Langat - Dibatalkan Tipu Menipu

Di Klang - Dibatalkan Tidak telus dan  menipu

Di Subang - Dibatalkan kerana Menipu

Di Sungai Besar - Dibatalkan Tipu Menipu


Di Sarawak dan di negeri-negeri lain aktiviti tipu-menipu, bayar-membayar undi, sogok-menyogok, aktiviti baling peti undi, aktiviti tendang-menendang jadi bahan ketawa DAP dan rakyat.

Dan paling hebat dalam sejarah Undi Dikira Dalam Bilik Hotel !

No comments:

Post a Comment