Selepas Teresa Kok membayangkan penghijrahan orang cina keluar dari
Malaysia di sebabkan layanan tidak adil kerajaan BN dan orang Melayu
terhadap mereka.
Kini tersebar pula dakwaan bahawa DAP akan membantu orang-orang cina
meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara barat yang lebih baik
dari Malaysia jika BN menang dalam Pilihanraya Umum ke-14 nanti.
Kenyataan itu di sebut melalui petikan dari majalah The Rocket yang di
ketahui adalah milik DAP dan di khususkan untuk ahli-ahli DAP sahaja. Sebelum ini Teresa Kok Ahli Parlimen Seputeh dalam kenyataannya
mendakwa Barisan Nasional serta Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun
Razak menjadi punca kesusahan masyarakat cina didalam negara ini. Beliau menyifatkan bahawa kerajaan BN dan Datuk Seri Najib sengaja
mengabaikan masyarakat cina di negara ini kerana segala dasar yang
dibuat oleh kerajaan adalah sama sekali tidak membantu masyarakat cina.
Beliau juga berkata kerajaan BN serta Datuk Seri Najib tidak berlaku
adil terhadap masyarakat cina dalam pentadbirannya. Kini perkara yang sama berlaku malah lebih hebat apabila melibatkan hebahan secara terang-terangan.
Chinese must MIGRATE ! Jika melihat kepada kenyataan di
dalam The Rocket ini jelas DAP bukan sahaja cuba menghasut kaum cina
tetapi sudah merangka perancangan untuk membawa serta menguruskan
perpindahan beramai-ramai kaum cina keluar daripada Malaysia sekiranya
Barisan Nasional menang dalam PRU ke-14 nanti. Dalam satu sudut DAP harus ingat bahawa ini merupakan satu cabaran yang
seharusnya di kotakan malah banyak pihak kini bakal menantikan apakah
yang akan di lakukan oleh DAP pada tiba masanya nanti. Apa benar kaum cina mahu keluar dari Malaysia ?
No comments:
Post a Comment