Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seharusnya berasa malu dan mengundur diri dalam dunia politik kerana kegagalannya membuktikan kewibawaan diri sebagai pemimpin sepanjang berlangsungnya pemilihan PKR. Sepanjang berlangsungnya pemilihan PKR, terlalu banyak kacau-bilau, kecelaruan dan perkara pelik yang berlaku seperti pengiraan undi dalam bilik hotel atas alasan berlakunya ‘blackout’, pergaduhan sesama ahli ditempat pengundian malah ada ahli parti yang namanya ada di dalam daftar pemilih dilarang untuk mengundi.
Banyak sangat ‘magik’ yang terjadi dalam proses pemilihan PKR. Anwar sepatutnya malu kerana dia gagal sebagai ketua pembangkang sedangkan sebelum ini dialah yang begitu lantang mengkritik kerajaan dan SPR.
Anwar menggunakan penyokongnya untuk mengadakan demonstrasi bagi meluahkan ketidakpuasan hati terhadap Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 yang kononnya tidak adil. Dia juga mendesak pemimpin negara meletak jawatan. Sikit-sikit desak letak jawatan tapi kini bila terkena batang hidung sendiri mengapa dia senyap seribu bahasa. Mengapa dia tidak meletak jawatan. Seharusnya sebagai seorang yang begitu lantang bersuara dan membantah, dia harus membuktikan setiap apa yang dicakapkannya. Apabila dia sendiri gagal maka letaklah jawatan. Anwar sehingga kini diam tidak memberi sebarang kenyataan terhadap kucar-kacir yang terjadi pada pemilihan PKR malahan ahli-ahli PKR juga turut diam tidak langsung mendesak Anwar meletak jawatan walaupun terang-terangan Anwar gagal sebagai pemimpin. Tapi ini bukanlah sesuatu yang menghairankan pengikut Anwar seakan menghidap sejenis penyakit kecelaruan iaitu mereka keliru dan celaru dalam mencari tapak untuk berdiri dalam arena politik. Sebab itu penyokong Anwar ramai orang muda kerana orang muda kerana golongan tersebut mudah dikeliru dan dipergunakan. Selepas ini Anwar perlu menilik diri di cermin. Jangan hanya pandai bercakap dan menyalahkan orang lain sedangkan diri sendiri lebih teruk lagi, tetapi bukanlah sesuatu yang menghairankan jika selepas ini Anwar akan terus menuding jari terhadap kegagalannya kerana Anwar bukan jenis yang tahu malu.
No comments:
Post a Comment