Betul ke hutang negara semakin menimbun dan negara nak bankrap?
Apa benar akibat hutang negara yang meningkat kepada RM529.9 bilion ini
maka setiap orang dari 28 juta penduduk di Malaysia terpaksa menanggung
hutang kerajaan secara nisbah dan puratanya RM18,000 seorang?
Lojikkah kita membuat andaian dangkal tersebut?
Lojikkah juga andaikan pembangkang dapat memerintah Malaysia dan Anwar
menjadi Perdana Menterinya atau Presiden Republik Pakatan Rakyat
Malaysia merangkap Menteri Kewangan maka segala hutang negara boleh
diatasi?
Semua dapat pendidikan dapat percuma, barang keperluan murah, tol tiada,
minyak murah, semua dapat rumah, kereta jadi murah hatta MH370 yang
hilang boleh dicari sesaat saja?
Hakikatnya semua itu adalah auta seorang tukang mimpi dan pengkhayal tersohor!
Bayangkan pula jika semua rizab negara habis, di mana kerajaan ketika
itu mahu mencari wang? Mau pinjam duit dan berhutang dengan IMF kah atau
Bank Dunia kah?
Mari kita kaji carta-carta berikut…
Lihat pula kedudukan semasa rizab dan aset Bank Negara Malaysia (BNM)
ini. Adakah kita akan bankrap kerana tak dapat bayar hutang? Berapa
ramai yang telah menjadi peminta sedekah dan merempat di jalanan?
Rizab dan Aset Bank Negara sehingga 22 Mei 2014
Bil
|
Rizab dan Aset
Bank Negara
|
Jumlah Aset dalam
US$ Dollar
|
1
|
Rizab Wang Asing
|
118.5 bilion
|
2
|
Rizab
dalam IMF
|
1 bilion
|
3
|
Hak Pengeluaran Khas (SDR)
|
2 bilion
|
4
|
Rizab
Emas
|
1.5
bilion
|
5
|
Aset Rizab
|
8.1 bilion
|
|
Jumlah Rizab Antarabangsa
|
131.1
bilion
|
|
Rizab antarabangsa ini bersamaan RM427.6 bilion. Paras rizab ini mampu
membiayai 9.2 bulan import tertangguh
dan 1.3 kali hutang luar negeri jangka
pendek
|
|
|
Rizab dan Aset
Bank Negara
|
Jumlah Aset dalam
RM
|
7
|
Emas dan Pertukaran Asing serta Rizab-rizab Lain termasuk SDR
|
427,568,808,213
|
8
|
Kertas Kerajaan Malaysia
|
1,852,271,927
|
9
|
Deposit dengan Institusi Kewangan
|
11,252,243,249
|
10
|
Pinjaman dan Pendahuluan
|
6,463,518,643
|
11
|
Aset-aset Lain
|
7,455,017,785
|
|
Jumlah
|
454,591,859,817
|
|
|
Modal dan Liabiliti
|
Jumlah Aset dalam
RM
|
12
|
Modal Berbayar
|
100,000,000
|
13
|
Rizab
|
59,167,293,149
|
14
|
Mata Wang dalam Edaran
|
73,879,297,112
|
15
|
Deposit Institusi Kewangan
|
175,107,831,230
|
16
|
Deposit Kerajaan Persekutuan
|
9,983,267,080
|
17
|
Deposit
Lain-lain
|
2,636,507,280
|
18
|
Kertas Bank Negara
|
98,311,404,342
|
19
|
Peruntukan Hak Pengeluaran Khas (SDR)
|
6,783,406,670
|
20
|
Liabiliti-liabiliti Lain
|
28,622,852,954
|
|
Jumlah
|
454,591,859,817
|
Rajah di atas jelas menunjukkan kita masih lagi mempunyai rezab dan aset
negara yang kukuh. Inilah bukti kejayaan kerajaan selama hampir 57
tahun memerintah. Ditegaskan hutang luar negara adalah masih rendah
iaitu RM16.9 bilion sejajar dasar kerajaan mengutamakan pinjaman dalam
negeri yang mempunyai kecairan tinggi, kos pinjaman lebih rendah dan
mampu meminimumkan risiko pertukaran mata wang asing.
Sedangkan hutang dalam negeri yang banyak (RM512.3 bilion) itu meliputi
hutang-hutang awam Kerajaan Negeri pada Kerajaan Persekutuan, hutang
Kerajaan Pusat dan Negeri pada bank-bank tempatan dan juga hutang-hutang
perniagaan GLC pada bank-bank dalam negara.
Ertinya hutang tersebut hanya berlegar dalam negara. Kita tidak
tertakluk dan bergantung pada negara asing atau hutang antarabangsa sama
sekali. Rakyat Malaysia pun tidak pernah dipaksa membayar hutang itu
untuk kerajaan!
Jadi apa perlu kita risau jika hutang dalam negara boleh diuruskan
dengan baik dan dibayar secara ansuran atau berperingkat-peringkat
setiap bulan kepada pihak pemberi pinjaman?
Hakikatnya, setiap pendapatan negara yang kebanyakannya dikutip dari
hasil percukaian akan digunakan untuk tiga tujuan utama berikut:
- · Perbelanjaan Mengurus
- · Pembayaran Hutang
- · Simpanan/Rezab
Sebenarnya defisit perbelanjaan negara adalah perkara biasa dalam
ekonomi sesebuah negara di dunia. Mengikut teori ekonomi defisit hanya
boleh diatasi jika semua subsidi dihapuskan. Namun sebagai sebuah
kerajaan yang bertanggungjawab, perkara ini tidak akan berlaku kerana
sifat keprihatinan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang sentiasa menjaga
dan mendahulukan kesejahteraan rakyat.
Subsidi telah dimansuhkan secara
berperingkat-peringkat bagi memberi ruang kepada rakyat meningkat
pendapatan mereka. Malah wang dari penjimatan subsidi tersebut
disalurkan kembali kepada rakyat secara bersasar seperti bantuan BR1M,
biasiswa, pembinaan infrastruktur pendidikan, kesihatan, perumahan
rakyat PR1MA dan sebagainya.
Inilah kebijaksanaan kerajaan BN menguruskan kewangan negara. Tak perlu
kita menuduh, memfitnah dan memaki hamun pihak lain yang bertungkus
lumus membangunkan negara jika kita sendiri tidak tahu mentadbir dan
menguruskan ekonomi negara ini.
Kenapa kita perlu mempertikai kemampuan kerajaan menguruskan hutang
negara? Sebagai contoh, pada tahun 2011 Malaysia telah terbukti berjaya
menguruskan pembayaran hutang syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Felda
kepada Asian Development Bank (ADB) dan Bank Dunia sejak 1965-2002
berjumlah US$3,931 juta - sesuatu yang di luar jangkaan pihak
pembangkang yang sering mempertikaikan kemampuan negara membayar
hutang.
Ini adalah sebahagian dari contoh kecil yang menunjukkan kemampuan
negara mengendalikan hutangnya. Mana-mana kerajaan di dunia terpaksa
berhutang demi pembangunan dan kesenangan rakyatnya. Cuma yang
membezakan ialah Malaysia berjaya menguruskan hutang negara dengan
cemerlang kerana kebijaksaan para pemimpinnya menguruskan kewangan.
Syukur kita kepada Allah kerana kepimpinan negara berjaya mewujudkan
banyak peluang pekerjaan. 47 buah GLC kini bergerak aktif dalam Bursa
Saham Malaysia dengan dapat menjana kewangan serta pembangunan negara.
Semua ini merupakan sebahagian ikthiar kita mengelak negara dari bankrap
akibat hutang!
Apa bezanya dengan pembangkang?
Punaisihat Mr Mansuh banyak berjanji akan guna segala rezab untuk
mempercumakan segala-galanya. Kesannya rezab akan menyusut dalam masa
beberapa bulan saja dan mendedahkan negara kepada risiko bankrap,
penyeludupan berleluasa, kehadiran lebih ramai pendatang haram untuk
bersama-sama merebut nikmat percuma negara kita.
Bila ini terjadi bebanan kerja pihak penguatkuasa akan bertambah
sedangkan mereka juga berjanji akan mengurangkan bilangan kakitangan
awam termasuklah polis. Adakah pihak pembangkang masih belum cukup inzal
berfantasi kononnya tugas itu boleh dilaksanakan dengan cemerlang
seperti seorang Robocorp atau Superman, Batman dan pelbagai lagi hero khayalan?
Adakah kita mahu mengikut desakan seorang dua tuan punahsihat ekonomi
yang bertenggek cari makan dalam pakatan pembangkang untuk menasihatkan
kita berkaitan pengurusan ekonomi negara?
Belajar dari contoh pengurusan FELDA
Contoh paling baik ialah apa akan jadi jika kerajaan dan Felda tunduk
pada desakan pembangkang yang ingin menghalang penyenaraian saham Felda
Global Venture (FGV) dulu. Sudah pasti Felda kini akan berada ditakuk
lama memanjang tanam sawit saja. Namun dihari penyenaraiannya, FGV
berjaya mengumpulkan tunai RM10.45 bilion. Keuntungan tersebut turut
dinikmat warga Felda.
Namun kerana kebijaksanaan Felda, GLC ini berjaya ke tahap global hingga
mampu membuka banyak syarikat, hotel dan lain-lain perkhidmatan di
luar negara termasuk bekerjasama dengan UAE membuka hypermarket LULU
tahun hadapan.
Hakikatnya, Malaysia ramai pakar dalam dan luar negara yang lebih
kredible dan berdedikasi memberi nasihat bahkan ternyata Perdana Menteri
kita sendiri juga seorang graduan ekonomi.
Mana-mana kerajaan di dunia pun akan bayar hutang luar negaranya secara
beransur-ansur agar tidak mengganggu keseluruhan sistem kewangan negara
mereka. Macam kita juga, jika ada duit banyak sekalipun adakah kita akan
langsai semua hutang sekaligus tanpa memikirkan bahagian untuk simpanan
luar jangka?