Semalam, Pakatan Rakyat sudah keluarkan manifesto bagi menghadapi PRU13, sesuatu yang tidak langsung mengejutan sesiapa! Manifesto baru tetapi tidak akan membawa sebarang HARAPAN BARU kepada seluruh rakyat, tidak lebih sekadar tawaran-tawaran kosong bagi meraih sokongan dan keyakinan pengundi dalam PRU13.

Selepas 5 tahun memerintah di negeri-negeri yang ditawannya, pembangkang tidak langsung dapat membela kebajikan rakyat khususnya orang Melayu malah akidah umat Islam dipergadaikan sewenang-wenangnya. Bagi pembangkang, inilah masanya melacurkan apa sahaja bagi menuju Putrajaya! Oleh itu tektik yang paling mudah tawarkanlah apa
sahaja, beri bulan, bintang dan matahari. Yang pasti, rakyat tidak akan terpengaruh dengan janji-janji politik yang
ditaburkan oleh pemimpin-pemimpin Pakatan yang terkenal lunak dan bijak
mengabui mata dan minda rakyat. Apakah rakyat rela dipatuk `ULAR' ciptaan pembangkang bagi kali kedua di lubang yang sama!
No comments:
Post a Comment