Sunday 3 February 2013

POPULARITI ANWAR NAIK MERUDUM


Akhbar ini memang tepat bila menyiarkan berita tentang `bosnya' yang bertajuk `Kajian: Populariti Anwar Naik ..bersebab..

Akhbar ini mendakwa akhbar tempatan tidak akan menyiarkan gambar sebegini rupa..walhal Zakir Ali lupa bahawa bosnya sering muncul di dada akhbar-akhbar tempatan cumanya tidaklah memaparkan `lagak' sebegitu kerana akhbar berkenaan hanya melaporkan fakta dan kebenaran. Zakir Ali dilihat cuba menyogok pembaca agar `melihat' bosnya dengan imej baik, bersih dan sentiasa riang, sedangkan semua tahu Zakir sedaya upaya cuba `membaikpulihkan imej' bosnya yang terus malap, tengelam dan terbenam.
Pengunjung bertambah, populariti  naik mendadak! 
Langkah terdesak Zakir hanya mengundang bahana umpama `makan tuan' sendiri kerana masyarakat tidak mudah tertipu dan tetap tidak melupakan pelbagai imej buruk, kotor dan menjijikan bosnya. Adakah dengan `menutup tubuh' bosnya dengan pakaian blazer akan mengelapkan mata segala gejala buruk bosnya!

Zakir hanya mahu meyakinkan bahawa populariti bosnya bertambah sejak `adegan bosnya' terbongkar kerana ramai pengunjung hendak melihat dan memerhati `aksi' bosnya dalam Youtube...

No comments:

Post a Comment