Wednesday, 20 February 2013

KERABAT - KALAH SORAK KALAH SEMUANYA


Dengarnya KERABAT di bawah pimpinan Mohd Nazari Mokhtar (Bekas tentera Lt Kol) mahu buat himpunan kebangkitan tentera!  Himpunan yang dikatakan akan disertai oleh Hj Hadi Awang, Mat Sabun dan ramai lagi `pejuang' Kalimah ALLAH kepada bukan Islam.

Teringat lagi, himpunan sama telah diadakan di Serdang Okt 2011. Melihat persiapannya bagaikan nak rak, ribuan dibelanjakan tapi yang hadir sekadar 100-150 orang, stadium lengang, begitu pun Anwar mengetahui, tidak mahu dimalukan, diperangkap kerana sambutan yang sangat dingin. Hadirin dijanjikan pelbagai habuan namun setelah hampir setahun, janji tetap janji hampeh, penipu at a highest degree! Apapun, Nazari tidak pernah sedar bahawa kalangan majoriti bekas tentera telah muak, meloya dengan tindak tanduknya. Nazari sedaya upaya meracuni pemikiran dan  menipu bekas tentera dan keluarga bagi mencapai impian diri dalam politik iaitu `kerusi pencalonan' dalam PRU 13.



No comments:

Post a Comment