Tuesday, 12 February 2013

SURAT TERBUKA UNTUK DATO NAJMI Hj AHMAD (BEKAS PENGARAH KAGAT)




Kiriman dari warga tentera yang diterima melalui email)

KHAS UNTUK DATO' NAJMI

Dari isi hati kami, warga tentera

Kami,  anggota tentera cukup mengenali Dato' semasa dalam perkhidmatan ATM. Dato dianggap seorang pejuang Islam yang menjadi ikon bagi seluruh anggota tentera yang sentiasa menampilkan seorang pemimpin yang telus, bertaqwa, bersih,  dan bertanggungjawab. Saya dan rakan dalam ATM amat  terkejut dan hairan seolah-olah tidak mempercayai  berita `penyertaan' Dato  dalam politik dan ada kalangan kami yang masih  terpingga-pingga bagaimana orang yang dahulunya diberi kepercayaan oleh warga tentera kerana sikap dan kepribadian kini mahu bersama dengan manusia yang bergelar `ANWAR'.

Adakah tindakan Dato ini wajar memandangkan Dato cukup masak dengan `politik Anwar' yang amat menjijikan dan penuh kekotoran. Malah sikap dan kepribadian Dato kalau dibandingkan dengan Anwar bagaikan  langit dan bumi, jauh dan tidak akan sebanding langsung. Kalau Dato yang sentiasa memperjuangkan Islam, pembangunan spritual, menyanggah arus budaya kufar, menyemai nilai-nilai murni, menajam cinta terhadap sunnah, tetapi Anwar disebaliknya pejuang kebebasan seks, menyokong Kalimah ALLAH untuk digunakan dalam Bible versi Melayu, sukakan demonstrasi, kawan rapat zionis dan pelbagai lagi yang sememangnya menyanggah budaya dan sunnah Nabi serta kesucian Islam!

Apakah Dato sudah melupai segala pesanan Dato kepada kami! Dato sentiasa memperingatkan kami agar  sentiasa  berada dilandasan yang benar mengikut ajaran Islam, tidak mendekati, dipengaruhi dengan ajaran dan amalan yang bercanggah dengan Islam, tidak mudah dinodai oleh gelombang ketaksuban kuasa dan kelonjak metarial kemewahan!  Tetapi kini Dato telah merapati malah  menyokong segala tindak tanduk Anwar yang semua tahu amat rapat dengan segala kemaksiatan yang sangat dibenci ALLAH. Rela bersekongkol dengan Menteri Pulau Pinang, dan Karpal Singh walaupun mereka berdua amat membencikan Islam dan umatnya. 

Dato'  

Kalau Dato benar-benar TELAH terpengaruh dengan dakyah Anwar, Dato' hanya pandai `bercakap dan memberi pesan semasa berkhidmat dahulu' sedangkan selepas berkhidmat segala ajaran dan pesanan sendiri ingkari.   Inikah `wajah' ulama yang digelar pengarah KAGAT suatu ketika dulu yang perlu diberi pengormatan dan pujiuan. Tidak keterlaluan kalau digambarkan seolah-olah tindakan Dato ini umpama seorang ulama mengislamkan seseorang bukan Islam akhirnya dia menjadi murtad! A'UZUBILLAH

Dato'

Apapun,  kami bukanlah  menyeru agar Dato menyertai mana-mana parti pun. Yang penting Dato seharusnya mengekalkan imej  ulama Dato yang bersih dan bencikan kepada kemaksiatan, kekufuran dan ketaksuban. Penyertaan Dato dalam PR hanya mengundang keburukan dan kebencian kami yang sebelum ini meletakkan kepercayaan yang tinggi terhadap peganggan dan dan keyakinan mengenai Islam. Jangan gadaikan nilai diri dan maruah dan kepribadian Dato hanya kerana terpedaya tipu helah Anwar. Risikonya amat merugikan semua.    

Akhirnya, kami mendoakan semuga ALLAH menunjukkan  `jalan yang benar' bukannya jalan yang salah lagi dimurkaiNya. Ingatlah kawan yang sebenar bukannya Anwar kerana Anwar  membuat umat Islam berpecah, bersengketa dan   bertelagah semasa sendiri demi politiknya yang kotor. berepeganglah kepada perjuangan  kesucian Islam bukannya parti yang mahu menghancurkan akidah Islam dan kesuciannya.

Terima kasih, kerana membaca. wassalammualaikum warahmatullah. 

12 comments:

  1. wahai penulis...

    adakah kamu salah seorang daripada empat orang yang melihat aksi luar tabii anwar ibrahim bersama shaiful bukhari?
    adakah kamu salah seorang daripada empat orang yang melihat aksi luar tabii anwar ibrahim bersama cina dodol?

    jika ya, aku percaya kata-kata mu di atas ini.
    jika tidak, jumpa di akhirat.

    assalamualaikum wbt.

    ReplyDelete
  2. http://www.youtube.com/watch?v=Jb4DWyHvTMU&list=UUiqdR78bc6Tu7jRpZH7xB5A

    please do more research and read not just utusan or listen to tv3..

    ReplyDelete
  3. kenapa kes dera budak video tu boleh jadi bukti perbuatan tsb, tapi kes anuuuar x bleh.. Dato' pikiaq logik la sikit.. nak ikut pr pun..

    ReplyDelete
  4. Kasihan penulis terpengaruh...walau dinasihat jgn terpengaruh. Menghukum org berzina walau tak lihat... Ikut logik habih la. La..ni hempa tunggu jumpa diakhirat la...

    ReplyDelete
  5. My research to pro anwar..Should constitutional evidence such as DNA and thumbprints be rejected? Baca kisah Nabi Yusof apabila Zulaikha mengodanya..bagaimana nabi Yusof membuktikan baginda tidak bersalah...ALLAH bagi akal untuk berfikir jangan benakkan hati anda....apalagi nak bukti, DNA dah ada, gambar video dah ada....saranan saya anda sume tontonle CSI

    ReplyDelete
  6. Ye le. Sama macam kisah nabi yusof. Baginda dah buktikan tak bersalah tapi kena juga penjara. Ye la... sama kan?

    ReplyDelete
  7. Baca betul2. Nabi Yusof yg minta dipenjarakan, bukan mcm aljuburi yg takut dipenjara lari kedutaan turki..Ni dah terang lagi bersuluh Aljuburi meliwat DNA ada, video colour ada...apa mau lagi..benak betul penyokong aljuburi ni...Melayu sama melayu bergaduh bangsa lain yg untung... dah tau Anuwar tu x betul buat apa dok sokong...sokong la kepada Pemimpin Melayu sediaada yg terbukti byk membantu rakyat bukan mcm aljuburi habis sume anak muda diliwati...

    ReplyDelete
  8. Betul3. Baginda minta dipenjara tp sebelum tu dia membuktikan tidak bersalah. Atas kezaliman pemerintah juga yang baginda kena penjara. Assalamualaikum. Al-Furqan :63

    ReplyDelete
  9. Susah juga klu isu mintak dipenjara ke tak pun jd isu.. Sbb byk tokoh Islam kena penjara.. Klu Nabi Yusuf minta, bagaimana pula dgn Imam Hanafi.. Ibn Taimiyyah pn kna penjara.. Even Morsi pun kena penjara.. Dipenjara kerana politik mmg lumrah dan sesiapa yg menyokong perkara begini bukankah sifat fasiq.. Jika ingin berkata ttg video dan ianya kaler, bkn ke Kamal Hassan pernah bawa 10 watak dalam cerita Dasavathaaram?? Teknologi make up dah lama advance, cuma Msia agak ketinggalan.. SBb itu Islam adalah syumul, menolak saksi bukan manusia utk hukuman hudud.. Dan camne pula anda2 semua boleh jadi hakim dgn hanya satu bukti video?????? Sedangkan di mahkamah, pelbagai bukti diperlukan utk pembuktian kesalahan.. So, adalah lebih buruk perangai org yg suka menyebar2 dan bermain2 keaiban org seperti Anwar. Spatutnya anda yg patut bertaubat!! "Maka celakalah bagi pengumpat, pengeji (Surah Humazah ayat 1)

    ReplyDelete
  10. Sabda nabi yg brmaksud: aku tinggalkan kpd kamu dua perkara, kamu takkan sesat selamanya2, iaitu quran dan sunnah'. Adakah BN amal @ buat apa yg disebut nabi diatas selama 56thn memerintah. Fikirlah sendiri nak sesat @ nak selamat.

    ReplyDelete
  11. sudahlah sampai bila nak habis bergaduh. benar tetap benar kalau salah tetap salah. manusia bukan sempurna . dosa tetap ada. pohon maaf dan bertaubat kepada Allah jalan terbaik untuk dapat redhonya

    ReplyDelete
  12. ye betul tu...

    ReplyDelete