Terdesak untuk mendapat sokongan warga tentera, PAS dan PKR terpaksa menjerat Jeneral-Jeneral berbangsa Melayu yang digelar `figura-figura hebat' bermasalah untuk menyertai parti mereka. Yang jelas ada kolobrasi antara kedua-dua parti ini membahagikan personaliti bagi mengelak persaingan sesama sendiri. PAS dan PKR berhajat mahu menjadikan mereka `hulu kapak' mempengaruhi sokongan warga dan bekas tentera sekaligus menebas kerajaan memerintah. Mereka diberi jawatan hebat seperti Panglima Jihad, Penasihat Keselamatan dan berbagai lagi jawatan yang tidak pernah didengar sebelum ini. Paling menyedihkan, mereka `bertukar kulit' agar dilihat berimej bersih, alim dan terhormat dan paling lucu, figura-figura ini akan mengalunkan perkataan yang cukup sinomim dengan partinya seperti rasuah, penyelewengan seakan-akan telah menjiwai hati naluri pemimpin mereka sepenuhnya.
Pada usia muda, kudrat dan tenaga dihabiskan bersama Angkatan Tentera Malaysia berikar memperjuangkan dan menegakkan kesucian agama, kesejahteraan bangsa dan kedaulatan negara, tetapi kini bertukar sekelip mata menjadi penentang kepada warga dan bekas tentera serta kerajaan ketika usia di hujung senja. Figura-figura dipimpin ke hulu ke hilir oleh `Tok Guru dan Mentornya' dalam ceramah-ceramah menghentam ATM' sedangkan tindakan ini hanya memaparkan dan mengesahkan kelemahan dan kegagalan mereka ketika mereka mempunyai kuasa. Mereka menyalahkan ATM semata-mata mahu mengalih isu dan mengelapkan mata masyarakat sedangkan dialah puncanya segala-galanya. Mereka sekadar memanaskan kerusi dan sebenar-sebenar penghianat kepada warga dan bekas tentera. Bila diberi pangkat dan jawatan, mereka mengkhianati tanggungjawab, membelakangi kepentingan warga tentera, pentingkan diri dan bongkak.
Figura-figura ini tidak pernah belajar dari sejarah, mereka tidak menyedari bahawa kudrat mereka hanya laku sebelum pilihanraya sahaja, selepas pilihanraya mereka akan kembali berkeliaran meminta-meminta dan menjadi sampah sarap yang tidak dipedulikan lagi.
Jeneral Tua dah nyanyuk, baik lupakanlah Anu War untuk gunakan diorang tu.
ReplyDelete