Wednesday 9 September 2015

AMANAH Bakal Warisi Perjuangan Komunisme ?



Amanah yang mengambil alih Parti Pekerja-pekerja Malaysia bakal mewarisi roh perjuangan asal pengasas parti itu mendiang Ganga Nayar? Mendiang Ganga Nayar memulakan karier politiknya dengan menyertai Parti Buruh pada 1958.  Parti Buruh dicatatkan oleh Allahyarham Tunku Abdul Rahman di dalam bukunya bertajuk “Sebelum dan Selepas 13 Mei”, (Utusan Melayu Sdn. Bhd. Kuala Lumpur, 1969) telah diresapi elemen komunis yang menuntut satu perarakan mayat pemuda Cina yang mati terbunuh. Perarakan mayat pemuda Cina, ahli Parti Buruh itu yang disimbolkan sebagai ‘pahlawan merah’ diadakan pada 9 Mei 1969 (sehari sebelum mengundi) dianggap perhimpunan terbesar komunis hasil desakan parti Buruh Kepong, Kuala Lumpur.



Ekoran perarakan itu pada 10 Mei 1969, dua parti pembangkang yang berasaskan kaum Cina iaitu Parti Gerakan Rakyat Malaysia dan Parti Tindakan Rakyat (DAP) mencapai kemenangan besar dalam Pilihanraya tersebut. Mendiang Ganga Nayar ketika itu menang atas tiket Parti Gerakan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Serendah, Selangor. Walaupun beliau (Ganga Nayar) adalah Pengerusi Gerakan cabang Sentul, beliau diletakkan bertanding di Serendah selepas berlaku perundingan di antara Gerakan dan DAP.
Tunku Abdul Rahma mencatatkan dalam bukunya kemenangan kedua-dua parti pembangkang itu (Gerakan dan DAP) mencetuskan perasaan sombong dan angkuh lalu kedua-dua parti itu mengadakan perarakan di Kuala Lumpur sehingga mencetusnya peritiwa berdarah 13 Mei 1969.



Pada tahun 1974, Mendiang Ganga Nayar keluar daripada Parti Gerakan untuk menyertai DAP.
Lim Kit Siang ketika itu merupakan Setiausaha Agung DAP telah melantik Ganga nayar sebagai Naib Pengerusi dalam Jawatankuasa Kecil Negeri yang dibentuk DAP. Ganga Nayar bertanding atas tiket DAP di Parlimen Sentul pada PRU 1974, namun beliau tewas. Pada tahun berikutnya, sebagai pengerusi cawangan DAP Damansara, beliau telah meletakkan jawatan dalam DAP. Pada bulan Januari 1978, beliau menjadi presiden pertama Parti Pekerja (digelar Parti Wanita) yang beliau tubuhkan. Parti itu mempunyai calon tunggal untuk pilihan raya umum 1978 di kawasan Parlimen Sungai Besi dan kawasan Dewan Undangan Negeri Sungei Way. Beliau hilang wang pertaruhan dalam kedua-dua pertandingan tersebut.



Malaysian Insider  melaporkan Amanah telah berjaya mengambil alih sepenuhnya Parti Pekerja-pekerja Malaysia apabila parti itu mengadakan mesyuarat semalam meluluskan pertukaran nama, logo dan bendera. Setiausaha Agung Amanah, Anuar Tahir berkata logo dan bendera baharu parti itu akan dilancarkan sepenuhnya pada satu perhimpunan yang bakal diadakan 16 September ini. EGM semalam adalah yang kedua diadakan parti itu selepas yang pertama pada bulan lalu.

Pada EGM Ogos, mereka mencapai kata sepakat menukar kepimpinan parti itu kepada kepimpinan baru iaitu yang dibarisi pemimpin Gerakan Harapan Baru (GHB), bagi membolehkan mereka mengambil alih parti itu daripada kepimpinan lamanya. Anuar yang sebelum ini terlibat membentuk Parti Keadilan Nasional (PKN), menceritakan bagaimana pihaknya boleh mengambil alih parti itu. “Apabila kami berusaha mencari satu wadah baharu untuk bergerak, kami temui nama parti pekerja ini yang ditubuhkan sejak 1978 dan pernah bertanding di Sungai Besi dalam pilihan raya umum selepas itu. “Kami jumpa setiausaha agungnya, Gopalan K Papachan. Beliau seorang yang sangat dinamik. “Apabila mendengar hasrat kami itu, beliau sendiri sedia serahkannya kerana percaya kami akan meneruskan perjuangan untuk memberikan hak kepada rakyat dengan sewajarnya,” kata Anuar.

Selepas beberapa siri perbincangan, Gopalan menyatakan persetujuan rakan-rakannya yang lain dan beliau sendiri akan turut serta dalam parti ini bagi meneruskan kesinambungannya, kata Anuar. Sebelum ini, beliau berpengalaman menguruskan pembentukan PKN yang ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat atau PKR sekarang, daripada parti asalnya iaitu Parti Ikatan Masyarakat Muslim Malaysia pimpinan Abdul Wahad Yunos. Parti Pekerja, kata Anuar diambil alih tanpa sebarang syarat daripada pemilik asalnya serta tanpa sebarang bayaran satu sen pun.

No comments:

Post a Comment