Tindakan DAP negeri Pahang yang bercadang untuk menyaman Jabatan Agama Islam Pahang dan khatib khutbah hari raya Aidiladha hanya kerana isi kandung ucapan yang menggesa umat Islam supaya bersatu padu dan jangan berpecah belah memang sudah keterlaluan dan melampaui batasan kesabaran umat Islam. Lebih-lebih lagi apabila kenyataan itu datangnya dari seorang Islam yang cukup taksub dengan ideologi DAP menyesatkan. Lihat gambar bagaimana susunan kedudukan dua orang Islam yang diapit oleh puak-puak parti yang cukup rasis terhadap umat dan agama Islam.
Khatib menyelar sikap orang Islam yang berpecah belah sehingga sanggup bersama dengan parti DAP yang anti Islam. Mengapa perlu DAP melenting? Adakah parti roket itu merasa pedasnya?
1: Isu DAP vs Islam bukan sesuatu yang baru, sejak dahulu lagi DAP sudah bertelagah dengan sesiapa jua yang cuba memperjuangkan Islam. Jika mahu melihat yang popular dan terkini, lihatlah apa terjadi pada hubungan parti Islam PAS dengan DAP. Selepas PAS ditendang keluar, DAP semakin naik tocang.
Jika disenaraikan, memang banyak buktinya, yang pertama, dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.
2: prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.
3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.
4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.
5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.
6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.
7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.
8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.
9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.
10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.
Jelaslah tindakan biadap DAP ini seperti cuba memusuhi umat Islam. Apa pula yang akan dimusuhi DAP selepas menyaman ucapan khutbah hari raya Aidiladha ini? Adakah umat Islam Malaysia mahu parti roket DAP persoalkan setiap teks ucapan khutbah termasuk khutbah jumaat? Di mana maruah kita?
Sampai tahap mana umat Islam Malaysia mahu membiarkan DAP terus masuk campur? Belum memerintah sudah begini, jangan sampai nanti isi ucapan khutbah juga ditulis oleh DAP, pasti janggal melihat khatib mimbar menyokong segala bentuk kebebasan termasuk LGBT.
No comments:
Post a Comment