Pesanan Kata-kata Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dalam bukunya "13 Mei, Sebelum dan Selepas"….untuk renungan Anak Bangsa…!!!!
13
May 1969 :“Kedudukan ini membuktikan apa yang telah saya ingatkan
kepada orang Melayu dalam masa berkempen bahawa orang Melayu sendirilah
yang boleh Menjahanamkan Kaumnya (1). Pakatan yang dibuat antara DAP + GERAKAN + PAS telah mendatangkan kemenangan kepada parti-parti Bukan Melayu dengan memperoleh Kekuatan Politik yang mereka belum pernah kecapi pada masa yang lepas.
Kekalahan
kerusi-kerusi UMNO di Perak dan Selangor tidak sekali-kali mendatangkan
keuntungan kepada orang Melayu dalam PAS. Mungkin mereka gembira dengan
kekalahan PERIKATAN di kawasan-kawasan tersebut, tetapi kejadian ini
terus berlaku, Apakah harapan kita untuk masa hadapan?”
9 July 2011 : Dan Aku Pewaris Wasiat Ulangi dan meng Sahih kan akan Kata-kata Tunku dan Sejarah Pahit pasti akan berulang lagi akibat gabungan DAP + PAS + PKR dan perbuatan Penjahanam Kaum Melayu (1)
Sejarah Peristiwa 13 May 1969
Diberitakan Orang Melayu dan Cina saling berbunuhan. Orang yg sedang menonton wayang dibakar hidup2, rumah-rumah dibakar, kereta yg lalu lalang ditahan dan diheret keluar org didalamnya dibunuh dan dibakar keretanya dan juga cerita Parang Terbang......wallahwaalam
13 May 1969
Pada
zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara
berbeza-beza. MasyarakatCina umpamanya telah dilayan dengan begitu
teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan
ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini
menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar
dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan
permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.
Dasar
penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan
satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang
antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum.
Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan
perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan
merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat
Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai
petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh
kasar kerajaan dan pekerja di ladang.
1)
Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah
bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi
masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan.
Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang
berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang .
Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di
negara ini menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat
baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa
mereka.
2) Suasana yang
tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai
kemerdekaan . Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu
semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap
pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi
dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan
kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 May 1969.
3)
Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang
berlaku antara kaum tidak seharusnya dibiarkan. Berikutan inilah
lahirnya Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971
sebagai usaha untuk memulihkan keadaan . Latar belakang pendidikan yang
berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada
meletusnya peristiwa 13 May. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan
yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran
mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris.
Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah
Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar
keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan
India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah
buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri
China dan India .
4) Keadaan ini
telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia
wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina
dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.
Dalam
pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura
telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan
antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan
menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun
apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai
sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa
beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan,
5)
PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya
dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan
kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf Bumiputera
orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa
tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah
dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP
telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai
oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga
telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian
Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera
dihapuskan .
6) Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali derngan kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya menerima persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat . Peringkat awal perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di belakang .
Ketidakseimbangan juga merupakan suatu jurang yang harus diperbetulkan demi sebuah keadilan. Bagaimanapun PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan .
7)
Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka
telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam
bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " ,
isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak
puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu .
Namun
hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah
terkebawah berbanding dengan kaum Cina . Pendeknya apa yang didakwa oleh
orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa
orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung
di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama
menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti
Cina dari Singapura ini , Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa
Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini
tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina
di Tanah Melayu.
9)
Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi
mengambilalih fungsi PAP sebelum ini . Parti baru itu diberi nama Parti
Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan
parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan
perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan
perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi
bertambah . Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik
ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana
mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan
itu.
Isu
Bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada
peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu
1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya
menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.
10)
Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang
kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk menggurkannya daripada
status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf
sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967
kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan
penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari
Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan
. Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail .
11)
Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran
1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka
merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan
Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan
perlaksanaannya .Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak
menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah
dirancangkan . Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh
termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir
Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh
UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul
Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan
kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 May 1970.
12)
Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi
yang kurang menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah
mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana
pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa
sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai
pengundi keturunan Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti.
Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi
kebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu
keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi bantuan kepada sebuah
institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan .
KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya
. Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur
demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.
Keputusaan
pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan kemerosotan pengaruh
Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini sebenarnya membuktikan apa
sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti pembangkang
khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah mereka
boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu
dan bukan Melayu.
Dalam
pilihan raya itu Perikatan telah terlepas Pulau Pinang ke tangan parti
Gerakan , sementara Kelantan pula tetap di tangan PAS . Bagaimanapun
bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan hampir-hampir
gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang sangat
sedikit.
13)
Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan lagi
suasana yang sedia tegang ketika itu. Orang-orang Cina merasakan yang
mereka sudah menang dan dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu
mereka berasa sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina
terhadap UMNO dan orang-orang Melayu amnya.
Peristiwa
ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan oleh DAP dan Gerakan .
Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkan melanggar
batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan ini
telah melalui Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami oleh
orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh
ribu penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan itu mereka
yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah
menghamburkan kata-kata kesat seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala
Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu
halau semua Melayu".
14)
Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu besar pada lori
sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala
Lumpur. Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah
menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar
ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas di
mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja
namun masih boleh membentuk kerajaan .
15) Menurut laporan
seorang pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari
Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina. Ada
sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada serangan itu telah
pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan
segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil
tindakan balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali
sebagai peristiwa 13 May 1969. Dalam pada itu ada juga sumber-sumber
sejarah yang mengatakan peristiwa sebenar berkaitan peristiwa 13 May ini
telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama sebelum itu.
16)
Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa simpati
golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap perjuangan komunis.
No comments:
Post a Comment