YANG TERSIRAT: SANG SAKA MALAYA, KAMI ORANG MALAYA KAMU ORANG SABAH SARAWAK |
PAK SAMAD & SINGAPURA
Secara
ringkasnya, Pak Samad lahir dari kebobrokan kehidupannya semasa kecil
remaja di Singapura. Ketika zaman Perang Dunia Kedua, Pak Samad membesar
dengan wajah-wajah kehidupan manusia di depannya yang penuh kerosakan
dan kejelekan.
Di
hadapan matanya, Pak Samad menyaksikan kemiskinan yang melampau,
kegiatan pelacuran, hikpokrasi, kejahatan penjajah, ketidakadilan
pemerintah penjajah sehingga hidup Pak Samad kecelaruan.
Semua itu digambarkan dalam novel hebatnya "Salina" dan "Hujan Pagi".
PAK SAMAD & MOGOK SENI
Pada
tahun 1980an, Pak Samad melancarkan mogok seni. Ketika itu saya masih
bersekolah tetapi sudah membaca beberapa karya besar sasterawan negara
seperti SN Abdullah Hussain (Terjebak), SN Dr. Anwar Ridhwan (Hari-Hari
Terakhir Seorang Tua Di Kaki Gunung), dan juga Novel hebat dari
Indonesia (Keluarga Gerilya) karya Pramodya Ananta Toer.
Pak
Samad khabarnya ketika itu melancarkan mogok seni kerana karya-karyanya
yang tidak mendapat perhatian dari DBP, kemudian kelewatan dibayar
honorarium novelnya juga oleh DBP dan ketidakpedulian DBP dalam beberapa
isu mengenai dirinya.
Lama kemudian, saya sendiri mendapati
Pak Samad hanya berdiam diri apabila diberi gelaran "Sasterawan Negara"
dengan segala macam kemudahan dari kerajaan. Kemudahan hospital,
penerbangan, penerbitan, hadiah wang tunai dan sebagainya layak
diberikan sesiapa yang bergelar Sasterawan Negara.
Kemudian, saya dapati sendiri,
apabila Pak Samad tidak lagi dipanggil mendeklamasi puisi-puisinya oleh
agensi kerajaan dan swasta, Pak Samad kembali menimbulkan keributan.
Anda harus faham, kebiasaannya pendeklamasi sajak dalam majlis-majlis
besar bukan mendeklamasi dengan air liur sahaja. Pengalaman saya ialah,
ada di antara mereka diberi bayaran sejumlah RM2,000, RM5,000 dan
RM7,000 mengikut kepada taraf kesasteraan dan nama mereka.
Saya juga mendapati,
Pak Samad melibatkan dirinya dalam politik tanah air,
mensasterapolitikkan sastera negara, mempolitiksasterakan institusi
Sasterawan Negara dan terkini menyinggung rakyat Malaysia dalam isu
bendera Sang Saka Malaya. Semuanya itu berlaku apabila Pak Samad tiada
siapa ambil peduli lagi.
Soalan saya, selama ini di manakah Pak Samad mengundi? Apakah Pak Samad mengundi pada PRU 1955 hingga PRU 2013?
Bagi saya secara peribadi, Pak Samad sebenarnya mengidap penyakit sastera. Sasterawan Sakit.
Jika
Sasterawan Sihat, seseorang SN boleh membezakan di antara bendera Jalur
Gemilang dengan bendera Sang Saka Malaya! Apakah orang Cina dan orang
India serta bumiputera Sabah Sarawak gembira dengan acara
"menunjuk-nunjuk" bendera Sang Saka Malaya.
Apakah maksud Pak Samad negara Malaysia ini mesti ditukar kepada Malaya, guna semula bendera Sang Saka Malaya!
Kalau
begitu orang-orang di Sabah dan di Sarawak sudah pasti tersinggung dan
sakit hati. Oh rupanya perjuangan mereka hendak meMalayakan Sabah dan
Sarawak. Oh rupanya Sabah dan Sarawak tidak penting dalam Malaysia sebab
itu mereka menghidupkan organ-organ Malaya. Bukankah Malaya itu
maksudnya tanpa Sabah dan Sarawak!
Apakah
perbuatan Pak Samad yang lupa diri itu bermaksud rakyat Sabah dan
Sarawak boleh belah...boleh merdeka...boleh keluar dari Malaysia!
Saya
yakin rakyat di Sabah dan Sarawak tidak gembira dengan nama Malaya atau
bendera Malaya, malah akan menambah kebencian kepada orang Semenanjung
bilamana mereka memainkan isu Sang Saka Malaya dan nama-nama Malaya!
Kata rakan saya di Kota Kinabalu, "kamu
lihat orang Malaya, mereka mahu monopoli negara ini, mereka mahu
mengubah negara ini menjadi negara Malaya, sebab itu mereka perjuangkan
Sang Saka Malaya...bukannya bendera Malaysia Jalur Gemilang".
Apa
jawab kamu orang "Malaya"? (dituju kepada Hishamudin Rais dan Pak
Samad). Kamu mahu negeri Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia kah?
Kerana ego dan sombong kamu mengungkit-ungkit nama
Malaya...Malaya...Malaya...Orang Malaya Orang Semenanjung..Orang
Semenanjung Orang Malaya...bukannya Malaysia lagi!
No comments:
Post a Comment