Thursday, 4 June 2015

Nothing2Hide : Keadaan Keselamatan Cukup Merbahaya.


Polis menghentikan Tun Dr Mahathir Mohamad daripada bercakap di forum tentang syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang sepatutnya dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pagi ini.

Polis naik ke atas pentas apabila bekas perdana menteri itu mula bercakap selama 5 minit dan menggesanya untuk berhenti.

Polis kemudiannya mematikan mikrofon dan membawa Dr Mahathir meninggalkan Dewan Tun Hussein Onn di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.


Keadaan mula tegang di Dewan Tun Hussein Onn di PWTC pagi ini apabila hadirin berang dan mendesak Najib hadir di majlis itu.

Penganjur Dialog PM Bersama NGO, Suka Guam terlebih dulu mengumumkan program hari ini akan diteruskan walaupun tanpa kehadiran Najib.

Katanya, Najib tidak hadir selepas polis menasihatinya atas faktor keselamatan.

Penganjur juga mengumumkan terdapat satu pergaduhan berlaku di luar dewan dan polis memaklumkan kepada mereka kekecohan akan berlaku dalam program hari ini.

Sebelum itu, SukaGuam memaklumkan pihaknya masih berunding dengan polis untuk membenarkan Najib menghadiri forum berkenaan.

Dr Mahathir tiba di PWTC seawal jam 8.50 pagi tadi untuk menghadiri dialog itu.


Sementara itu Malaysiakini melaporkan..

Polis telah mengarahkan dialog Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dengan NGO di PWTC hari ini dibatalkan atas alasan keselamatan.

"Dialog 1MDB bersama NGO2. Demi ketenteraman awam dan keharmonian masy PDRM mengarahkan Dialog diatas di PWTC, KL pagi ini dibatalkan," tulis Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam twitter.

Catatat Twitter IGP itu muncul pada sekitar jam 8.55 pagi - kira-kira lima minit sebelum program itu djadualkan bermula.


Di PWTC, tidak ada tanda-tanda majlis itu dibatalkan dan kira-kira 1,500 orang sudah memenuhi dewan.

Pada masa laporan ini ditulis, Najib masih belum tiba, tetapi beberapa VIP hadir, termasuk Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan, bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa.

Tetapi yang paling penting ialah bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah tiba.

Pada sekitar jam 10.20 pagi, pengacara majlis memberitahu hadirin bahawa pihak urusetia ingin meneruskan majlis itu tapi IGP batalkan.

Bagaimanapun beliau berkata pihaknya masih berunding dengan IGP dan meminta hadirin supaya bersabar.

No comments:

Post a Comment