Sunday, 7 June 2015

Kenapa Golongan Profesional Kalah Teruk Pada Pemilihan Kali Ini?

parasit

Kemenangan golongan ulama dalam pemilihan PAS kali ini seharusnya memberikan tamparan serta pengajaran yang besar kepada golongan profesional.  Kenapa mereka kalah teruk?

1. Terlalu gopoh. Sikap golongan profesional yang dilihat terlalu gopoh untuk menguasai PAS sehingga hilang pertimbangan dan adab-adab beroganisasi. Ada kepimpinan profesional ini yang hanya baru sehari dua masuk PAS tetapi melihatkan seolah-olah merekalah “champion” dalam politik.

2. Menghentam Presiden PAS secara terbuka dan kasar sehingga keluar daripada adab-adab organisasi dan Islam. Kononnya mereka lebih bijak dan pintar daripada ulama dan melekehkan golongan agamawan sedangkan mereka sendiri tidaklah sehebat mana pemikiran politiknya.

3. Samada mereka terima atau menafikan, umum melihat golongan profesional ini terlalu tunduk dengan DAP. Mereka ini dulu merupakan penentang DAP tetapi hari ini mereka menjadi tidak lebih sebagai `selipar dan macai DAP'. Mungkinkah kerana mereka dibayar gaji puluhan ribu ringgit dan diberi rasuah seperti Mat Sabun? Mereka gagal memahami dan gerakan licik DAP menyebabkan golongan mudah diperangkap. Umat Islam menolak DAP bukan kerana mereka Cina tetapi kerana matlamat dan asas perjuangan mereka yang membahayakan Islam dan bangsa Melayu. Walaupun mereka ini digelar profesional tetapi jelas mereka terlalu naïf dalam memahami DAP. Mereka jugalah yang menjadi gunting dalam lipatan dalam banyak hal melibatkan isu-isu Islam dan Melayu, sehingga sanggup `makan babi bersama pemimpin DAP daripada makan bersama PM Najib'. 

4. Sebahagian besar daripada profesional ini terlalu taksub dengan pemimpin PKR sehingga apa saja yang pemimpin ini buat mereka akan ikut. Kalau dulu dia masuk UMNO mereka ikut dan apabila pemimpin ini keluar UMNO mereka juga ikut. Jelas sekali mereka sendiri tidak ada arah tujuan melainkan hanya sekadar mengikut telunjuk pemimpin tersebut.

5. Mereka menukar pendekatan PAS daripada menegakkan Negara Islam kepada menegakkan Negara Berkebajikan. Pengaruh pemikiran liberal telah meresap dalam benak pemikiran mereka sehingga mereka menafikan perjuangan PAS yang sudah berusia puluhan tahun. Sehingga hari ini di kalangan ahli dan pimpinan PAS sendiri masih keliru maksud Negara Berkebajikan.

6. Kewujudan PASMA yang dipelopori oleh golongan ini bukan saja memecahkan PAS malah ia dilihat hanya sebagai kuda tunggangan DAP. Penubuhannya tidak jelas matlamat juga terlalu kabur. Umumnya ahli PAS menolak PASMA.

7. Sikap yang diambil oleh golongan profesional ini dalam isu-isu sensitif kepada umat Islam seperti isu hudud, isu Kalimah Allah, isu Bible, isu pegang anjing, isu Islam agama persekutuan, isu gereja, isu azan, isu pesta arak dan pelbagai lagi, menampakkan pemikiran songsang yang ada pada mereka dan ini telah mencalarkan imej PAS sebagai sebuah parti Islam.

8. Sikap menghentam sesama Islam demi kononnya mempertahankan orang bukan Islam dan menggelarkan umat Islam yang tidak sehaluan dengan mereka sebagai ekstremis dan sesat menyebabkan ramai umat Islam dan juga ahli-ahli PAS yang ikhlas telah mula mual. Mereka lupa diri bahawa kemenangan mereka adalah hasil titik peluh umat Islam yang mereka cemuh itu.

9. Kemewahan yang mereka kecapi telah mematikan fikiran dan jiwa perjuangan mereka sehingga mereka sanggup melakukan apa saja asalkan dapat memuaskan hati DAP sebagai sekutu mereka dalam PR. Sifat sombong dan lupa diri akhirnya memakan diri mereka sendiri.

10. Mereka lupa kepada kekuasaan Allah tetapi sebaliknya hanya bergantung kepada pemikiran sendiri. Kerakusan yang tinggi kepada kuasa dan jawatan menyebabkab mereka lupa akan nilai-nilai islam yang harus dipertahankan. Mereka yakin dengan kebijakan mereka akan mampu mencapai kemenangan sedangkan mereka lupa akan pemerhatian Allah.

No comments:

Post a Comment