Hari ini kecoh di perkatakan tentang kejatuhan nilai Ringgit Malaysia
berbanding Dollar Amerika di pasaran dunia. Mengikut hasil pemeriksaan
penulis, nilai semasa Ringgit di niagakan pada RM 3.70 untuk USD $ 1 dan
di sini ramai yang menzahirkan kebimbangan terhadap penyusutan nilai
Ringgit berkenaan.

Penyusutan ini sebenarnya berlaku apabila
nilai harga semasa Ringgit di niagakan tanpa ada tambatan khusus seperti
di lakukan semasa zaman kepimpinan pemerintahan Tun Dr Mahathir Mohamed
sewaktu Ringgit di serang oleh penyangak matawang antarabangsa suatu
ketika dahulu. Banyak faktor yang harus di berikan perhatian antaranya
nilai lemah pasaran dunia kini yang di dorong oleh faktor kerendahan
harga minyak semasa.

Bukan
hanya Malaysia yang mengalami penurunan nilai Ringgit di pasaran
semasa. Malah hampir seluruh dunia mengalami masalah yang sama. Jika ada
yang masih tidak faham, kedudukan nilai kewangan sesebuah negara di
ukur melalui Dollar Amerika dimana penarafan di ukur melalui kekuatan
Dollar itu sendiri dan hampir semua transaksi berlandaskan Dollar di
pasaran dunia. Bukan hanya Malaysia sahaja yang "berkiblatkan" nilai
Dollar melalui pasaran, malah hampir seluruh dunia mengguna pakai nilai
wang berkenaan dalam urusan perniagaan di pasaran antarabangsa.

Jadi
pandangan penulis, tiada apa yang perlu di bimbangkan tentang
penyusutan nilai Ringgit Malaysia kini kerana menerusi beberapa analisis
dari penulis, ianya hanya bersifat sementara dan tidak mengganggu
kelancaran perkembangan ekonomi Malaysia secara amnya. Apa yang perlu di
beri perhatian kini ialah bagaimana kita mahu mempertingkatkan ekonomi
sendiri samada melaui perniagaan sendiri mahupun cara kita berkhidmat di
setiap pekerjaan yang kita ceburi.
No comments:
Post a Comment