Sunday 7 June 2015

Komplot Buddha, Zionis dalam penghapusan etnik Rohingya

burma

Perdana Menteri Israel, David Ben-Gurion diiringi bekas Ketua Hakim Burma, U Thein Mg, melawat negara itu pada 10 Disember 1961. – Gambar AP

Kekejaman Buddha Myanmar terhadap minoriti etnik Muslim Rohingya sememangnya satu perancangan jahat yang didalangi Zionis Israel. Tidak syak lagi bahawa Buddha di Myanmar dan Zionis Israel mempunyai hubungan rapat dan berkongsi matlamat sama untuk menghapuskan umat Islam di dunia ini. Kevin Barrett dalam artikelnya bertajuk Bulldozing Islam: Israelis and Saudis target holy sites, while Burma’s Buddhists annihilate Muslim towns. yang menegaskan bahawa pihak Zionis menjadikan dua tumpuan besar pembunuhan umat Islam adalah di Palestin dan Myanmar.

Hubungan erat Burma-Israel ini mula terbina apabila Perdana Menteri Israel, David Ben-Gurion melawat negara itu pada tahun 1961. Hubungan itu berterusan sehingga hari ini yang menyaksikan pemerintahan junta melaksanakan ‘penghapusan etnik’ iaitu sebahagian daripada plan dan agenda Zionis terhadap umat Islam.
Kashef Ahmed pula mendedahkan komplot Buddha-Zionis melalui tulisannya bertajuk Saffron Terror: Israel’s monks target Rohingya Muslims to Destabilize China. Melalui artikel yang disiarkan dalam  web Deliberation, Kahef mendakwa satu pelan strategik kedua-dua puak itu dibentuk yang disebut sebagi ‘String of Pearls’, bertujuan menyekat kuasa China.

Bagaimanapun, bagi mencapai matlamat tersebut, Zionis dan Buddha menjadikan umat Islam etnik Rohingya sebagai mangsa bagi mewujudkan kekacauan di negara itu sekali gus merencatkan penguasaan China.
Umum mengetahui China mempunyai kepentingan ekonomi di perairan Myanmar dan mahu membina pelabuhan dan pangkalan operasi di negara ini. 

Israel pula merancang menguasai laluan laut di Teluk Benggala sehingga Laut Arab bagi menyekat kemaraan China. Puluhan tahun masyarakat Islam etnik Rohingya didiskriminasi oleh kumpulan majoriti Buddha di negara itu. Ribuan daripada mereka kini cuba untuk melarikan diri bagi mendapatkan bantuan dari negara-negara Asia lain, termasuk Malaysia, Thailand dan Indonesia. Menurut laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), dalam tiga bulan pertama tahun ini sahaja sekitar 25,000 etnik Rohingya telah meninggalkan negara itu dengan menaiki kapal.

No comments:

Post a Comment