Haaaaa... ada jer isu nak pekena Tabung Haji kunuuuuuuuuunya kos perbelanjaan mengerjakan haji di Indonesia lebih murah berbanding di Malaysia.
Kununnya pemerintah Indonesia telah menurunkan kos haji sebanyak
US$502.00 (RM1,800.00) kepada US$2,717.00 (RM9,500.00) berbanding
US$3,219.00 (RM11,267.00) tahun lepas.
Bandingan di atas adalah US$1.00 bersamaan RM3.58. Sekarang ni US$1.00 dalam anggaran RM3.60 hingga RM3.66.
Menurut Presiden Indonesia; Joko Widodo penurunan kos ini disebabkan kajian semula kos biaya haji dan kos operasi.
Penambahbaikan itu terkandung dalam Peraturan Presiden Mengenai Pembiayaan Haji 2015 yang dikeluarkan semalam.
Penambahbaikan itu terkandung dalam Peraturan Presiden Mengenai Pembiayaan Haji 2015 yang dikeluarkan semalam.
Katanya lagi penurunan kos ini juga disebabkan oleh kejayaan
langkah-langkah penjimatan, keberkesanan pengangkutan udara dan darat
serta penempatan jemaah haji di Mekah.
Namun kos tersebut tidak termasuk kos manasik haji (kursus persiapan haji), kos-kos tambahan sepanjang berada di Tanah Suci. Kos untuk 15 hari saja di ulangi 15 hari saja. Yang lain...itu biaya sendiri.
Kuota haji bagi rakyat Indonesia adalah 168,800 orang tahun ini.
Sementara Menteri Agama Republik Indonesia, Lukman Hakim Saifuddin
berkata antara lain penambahbaikan perkhidmatan haji tahun ini adalah
peningkatan kemudahan termasuklah jemaah akan diberi makan sekali setiap hari bagi tempoh 15 hari, dapat mendarat terus di Madinah berbanding sebelumnya yang terpaksa naik bas dari Jeddah ke Madinah.
Dari segi positifnya baguslah semakin baik prosedur haji di Indonesia.
Kita kagum kerana mereka buat penambahbaikan hasil kerjasama dan tunjuk
ajar dari Tabung Haji Malaysia sendiri.
Tapi kepada pencacai di Malaya yang tak tahu hujung pangkal dan suka
cari kesalahan TH, berita ini akan digunakan untuk membantai TH...lebih
tepat lagi kerajaan UMNO.
Kunun pemerintah Indonesia prihatin banget pada rakyatnya ketimbang pemerintah Malaysia!
Kunun pemerintah Indonesia prihatin banget pada rakyatnya ketimbang pemerintah Malaysia!
Tapi meh kita tengok kos haji di Indonesia;
Kos berdasar jarak, pelayanan dan tempoh masa
Kalau di Indonesia kos kapal terbang ke sesuatu destinasi adalah mengikut jaraknya.
Kalau di Indonesia kos kapal terbang ke sesuatu destinasi adalah mengikut jaraknya.
Makin ke wilayah barat (Aceh) maka makin murah. makin jauh ke wilayah timur laut (Makassar) maka tambang makin mahal.
Macam kalau kita naik kapal terbang tambang murah kita terpesona dengan promosi bayar RM1.00 untuk ke semua destinasi.
Tetapi kita kena bayar kalau nak makan dalam kapal terbang, kena cukai lapangan terbang, cukai luggage dan duduk pun berebut tempat...
Tetapi kita kena bayar kalau nak makan dalam kapal terbang, kena cukai lapangan terbang, cukai luggage dan duduk pun berebut tempat...
Jadi janganlah mencanak nak kutuk sangat wahai pencacai. Hal-hal ibadah jangan buat main-main, niat mesti betul dan suci.
Lagi pun penurunan dalam bentuk US Dollar...kenapa gian sangat tu?
Lagi pun penurunan dalam bentuk US Dollar...kenapa gian sangat tu?
Cuba kita lihat perbandingan ini...
Kos Haji langsung bagi musim 1436H adalah berjumlah RM17,270 seorang (dulu RM16,155).
Bagi musim 1436H, Bayaran Haji bagi bakal haji (BH) yang menunaikan haji
buat pertama kali bagi dirinya dan pergi secara Muassasah adalah
sebanyak RM9,980 seorang, iaitu TH masih tanggung subsidi RM7,290
seorang untuk Haji secara muasasah selama 40 hari.
Malah TH masih terus menanggung kos haji tidak langsung bagi jemaah-jemaah Malaysia secara keseluruhannya seperti:
- Kos penerbitan buku dan risalah panduan haji,
- Kos berkaitan kursus haji,
- Kos petugas haji kebajikan dan perubatan,
- Kos operasi berkaitan haji di tanah air; dan
- Kos perkhidmatan tambah nilai yang disediakan untuk seluruh jemaah haji Malaysia.
- kos mengerjakan haji secara Muassasah bagi musim 1435H dulu adalah berjumlah RM16,155 seorang.
Manakala kos mengerjakan haji bagi
pihak swasta adalah lebih mahal, dan bergantung pada pihak yang
menawarkan perkhidmatan tersebut.
Pihak swasta mengambil kira tempoh penginapan sepanjang di sana, caj
Pakej Haji yang ditawarkan oleh TH Travel and Services Sdn Bhd untuk
tempoh 16 hari haji adalah RM149,990.00 seorang (3 orang sebilik) berbanding 45 hari iaitu RM34,990 seorang (3 orang sebilik).
Hotel pun dekat dengan pintu Kaabah, dapat makan pun sedap, dijaga lagi oleh pembimbing haji setiap 3 orang jemaah.
Layanannya Alhamdulillah dan Subhanallah...rezeki Allah bagi, peluang
Allah bagi syukur jangan banyak songeh hal-hal ibadat ni. Sapa yang dah
pergi haji secara pakej atau muasasah pasti kagum dengan pelayanan TH.
Tapi sapa-sapa nak kos lebih murah
dan tak percaya pada TH kununnya songlap duit rakyat beli aset 1MDB maka
bolehlah keluarkan duit itu semua sekarang.
Lepas tu jangan lupa daftar dengan Kementerian Agama di Indonesia guna saluran dan pakej haji di sana untuk ke Mekah.
Yang rasa kuota haji di Malaysia terlalu rendah (22,320 orang) kerana
yakin pada dakyah kununnya UMNO sengaja tak nak bagi orang pergi haji
maka boleh guna kuota Indonesia.
Jangan tunggu lama-lama keluarkan duit TH tu sekarang...puaskan hati
kalian dan salurkan kemarahan pada TH kerana beli tanah TRX.
Amacam mau?
No comments:
Post a Comment