Monday, 12 October 2015

MAHATHIR YANG LICIK!


Menjawab soalan wartawan berkait kritikannya kepada Najib. Mahathir menjawab ala ala Jokowi. Tiga ke lima patah perkataan sahaja.
"Dia kena letak jawatan."
"Jawatan PM dan Presiden parti lah".
"Malu negara media lapor Malaysia kurup (rasuah)".
"Saya dulu pun orang kata kurup.
"Tapi saya tak kurup."
Bahasa mudah untuk difahami. Ketika timbalannya Ghafar Baba dilihat setia, dia menukarkan dengan pendatang baru dalam politik BN iaitu Anwar Ibrahim. Ghafar dilihat tua dan tak berupaya menggantikannya walaupun sejak penubuhan UMNO Ghafar bersama. Awal daripada itu Mahathir pernah mengkritik PM pertama Tunku Abdul Rahman dalam buku The Malay Dilema. Beliau juga dikatakan berbaik dengan mahasiswa dan menyokong demonstrasi anti Tunku. Akhirnya dia dipecat pada tahun 1969. Di luar UMNO dia pernah naik ke pentas PAS di Klang mengkritik pemerintah.
Tetapi apabila Tun Razak menjadi PM, beliau diambil kembali masuk kerajaan pada tahun 1972. Di zaman Tun Husein Onn beliau dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1976 dan pada tahun 1981 menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO. Bayangkan sudah dipecat keahliannya, tetapi boleh masuk semula UMNO dan naik begitu cepat sehingga menjadi Perdana Menteri. Inilah kelicikan Tun Mahathir.
Berbalik kepada timbalannya bernama Anwar Ibrahim yang dilihat paling berpengaruh dan berkeupayaan berbanding timbalannya yang lain seperti Musa Hitam, Ghafar Baba dan Abdullah Badawi. Mahathir memberi kepercayaan kepada Anwar dalam masa yang singkat. Pengaruh lawannya KuLi berjaya dipatahkan pada tahun 1996 KuLi membubarkan Parti Melayu Semangat 46. Sebelumnya dalam perlawanan Mahathir vs KuLi 1987, bapa Anwar Dato' Ibrahim dilihat diantara pencatur yang membawa kemenangan Mahathir. Tidak pelik Mahathir menziarahi jenazah Al Marhum kerana mereka berkawan lama. Mahathir bercuti beberapa bulan pada tahun 1997. Anwar memangku.
Kesempatan itu digunakan Anwar untuk melakukan beberapa perubahan dan ramai 'orangnya' dibawa masuk ke tempat strategik dalam kerajaan dan UMNO. Pemilihan UMNO tahun tersebut, proksi Anwar memenangi Pergerakan Pemuda dan Wanita UMNO melalui Zahid Hamidi dan Dato Zaharah Sulaiman. Kempen menjatuhkan Mahathir mula digiatkan. 1998 melalui War Room mereka di Plaza Pekeliling, Zahid memulakan serangan kepada Mahathir dengan isu KKN (Kuropsi, Kronisme dan Nepotisme) yang melibatkan anak anak Mahathir secara terbuka dalam Perhimpunan Agung UMNO. Media media menyambut. Penyokong Mahathir membalas dengan mengedarkan buku '50 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM' yang dikarang oleh Khalid Jefri. Ia diedar ke perwakilan berupa cerita cerita berbentuk tuduhan rasuah, liwat dan lain-lain.
Berakhir dengan Anwar dipecat pada 2 September 1998 ketika negara hangat dengan Sukan Komenwel yang julung-julung kali diadakan di Malaysia. Media melaporkan pengakuan Anwar bahawa tiada pergeseran diantara dia dengan Mahathir dan beliau setia dengan Mahathir. Namun Mahathir bertindak cepat memecat dua Ketua Pengarang orang Anwar di Utusan dan Berita Harian. Salah seorangnya Dato Johan Jaafar. Selepas dipecat. 20 September 1998 di hari Queen Elizibeth merasmikan penutup Sukan Komenwel, Anwar di tahan ISA dan mendengkam dalam penjara selama 6 tahun.
Gelombang reformasi memburukkan nama Mahathir. Kali pertama dalam sejarah selepas merdeka, berlaku protes besar besaran di ibu negara. BN tewas di negeri Terengganu. Pakatan pembangkang memenangi banyak kerusi di seluruh negara. Mahathir digelar Mahafiraun dan Mahazalim. Adakah beliau tewas? Selepas namanya buruk selama 4 tahun pasca pemecatan Anwar. Mahathir mengumumkan secara mengejut melepaskan jawatan dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 22 Jun 2002. Ia mengejutkan pimpinan dan perwakilan. Segera dipujuk oleh timbalannya Pak Lah Badawi, Ketua Wanita Rafidah Aziz dan Ketua Pemuda Hishamudin Husin. Tengiang jeritan Rafidah, "Why! Why! Berakhir dengan Mahathir menerima pujukan dan menarik balik perletakan jawatan.
Namun selepas itu diumumkan plan peralihan kuasa beliau kepada Pak Lah Badawi setahun berikutnya. Lalu mulalah diceritakan kembali jasa besar Mahathir membangunkan Malaysia. Kemudian pada tahun yang sama Malaysia menjadi tuan rumah Persidangan OIC dan NAM. Mahathir menggunakan kesempatan itu menghentam Amerika dan Zionis. Masyhurlah nama Mahathir di dunia Islam dan negara membangun sebagai hero umat Islam dan negara tertindas. Namanya diabadikan oleh pak pak arab sebagai pemimpin berani sehingga ke hari ini. Walaupun arab arab ini tidak tahu hubungan dan kerjasama baiknya dengan Amerika. Kemudian beliau melepaskan jawatan dengan nama yang terjulang.
Apabila penggantinya Pak Lah membebaskan Anwar. Ia mendatangkan kemarahan. Ditambah dengan penguasaan Khairy dan Kamaludin Abdullah dalam pelbagai perniagaan dan percaturan politik dalaman UMNO. Mahathir bekerjasama dengan blogger pro pembangkang Raja Petra melalui Malaysia Today menjadi penganjur pentas Mahathir mengkritik Pak Lah di Kelab Century Paradise di Ampang. Pemula kritikan itu disambut dan dijaja hari hari. Berakhir dengan BN tewas terus pilihanraya 2008 dan Pak Lah berjaya dijatuhkan.
Naik Najib juga atas percaturan Mahathir. Kini dia memulakan kempen menjatuhkan Najib. Ramai seronok dengan serangan Mahathir ini. Ramai optimis Najib akan berundur. Tetapi adakah ianya kejatuhan BN kepada pembangkang atau menguatkan BN pasca Najib.
Sejarahnya begini.
1. Mahathir lawan Tunku Abdul Rahman. Tunku kalah.
2. Mahathir lawan Tengku Razaliegh. KuLi kalah.
3. Mahathir lawan Anwar. Anwar kalah.
4. Mahathir lawan Pak Lah. Pak Lah kalah.
5. Mahathir lawan Najib. Siapa yang kalah?
Pokoknya keempat perlawanan sebelumnya memberi beberapa keuntungan dan kerugian kepada pembangkang. Untuk bertukar kerajaan tidak pernah sekali berlaku. Lalu lihatlah pula permainan Mahathir kali ini dalam 'game' menjatuhkan Najib ini.

MELAYU DALAM DAP AKAN JADI PERDANA MENTERI?





Lim Kit Siang menjanjikan bahawa kononnya bangsa Melayu tidak perlu takut untuk memberikan undi kepada DAP pada PRU ke-14 nanti kerana pihaknya bersetuju untuk melantik Perdana Menteri dari bangsa Melayu?

Bagi menyokong hujahnya itu, dia menegaskan bahawa kononnya bangsa Melayu juga tidak akan tertindas kerana majoriti kakitangan awam dan anggota tentera di negara ini adalah berbangsa Melayu. Tapi dia tidak beritahu pula bahawa penjawat awam hanya golongan pelaksana dasar-dasar DAP nanti…

Tentu ada di kalangan orang Melayu yang terpengaruh dan percaya pada kata-kata Kit Siang itu. Jika tidak, masakan pula ada di kalangan bangsa kita yang sanggup menyertai dan ‘memperhambakan diri’ ada perjuangan serta perlembagaan parti itu, bukan?

Malah, ada segelintir anak muda yang kononnya berfikiran terbuka dan tiada jatidiri turut bersetuju dengan kata-kata Penasihat DAP itu. Ada yang berhujah kononnya pemimpin Melayu lebih teruk dari DAP dan lebih rela dipimpin oleh parti tersebut.

Nampak gayanya Kit Siang sedang memasuki fasa kedua, cuba menjejak langkah mentornya, mendiang Lee Kuan Yew. Mana mungkin kita lupa dengan Kuan Yew yang sanggup memakai songkok untuk ‘memujuk’ bangsa Melayu Singapura, bukan? Natijahnya, hanya Melayu Singapura saja yang tahu…

Mungkinkah DAP akan melantik Anwar? Atau itu hanya kata-kata manisnya sahaja? Kononnya DAP setuju memberi hak kuasa atas faktor demografi Malaysia? Percayakah kita pada kata ‘bayang-bayang’ Kuan Yew itu?

Cuba kita lihat di Pulau Pinang misalnya. DAP memiliki 19 Dun, PKR pula 10 Dun dan PAS pula hanya 1 Dun sahaja. Mungkin PAS tidak layak untuk dijadikan Ketua Menteri kerana mempunyai 1 kerusi Dun sahaja. Tapi kenapa tidak diberikan kerusi Ketua Menteri itu pada PKR?

Jika di Selangor pula, DAP mungkin mempunyai jumlah 15 kerusi Dun, sama seperti PAS. PKR pula mempunyai 13 Dun. Tapi mengapa melantik PKR untuk menjadi Menteri Besar? Kenapa DAP tidak berikan jawatan itu pada PAS?

Di Pulau Pinang, DAP berkuasa dan memegang kerusi Ketua Menteri dengan kelebihan 9 kerusi berbanding PKR. Di Selangor DAP juga berkuasa, tapi memberikan kerusi pada PKR walaupun PAS lebih banyak kerusi dari parti Anwar itu.

DAP sejak dari awal lagi tidak percaya pada PAS. Malah mereka memilih untuk melantik PKR menjadi Menteri Besar supaya senang mereka jadikan ‘boneka’ dan mencanang ke seluruh negara kononnya mereka tidak gila kuasa atau ‘memberi muka’ pada bangsa Melayu. Namun kita sedar taktik DAP itu.

Jelaslah di sini bahawa DAP sememangnya sangat mementingkan kuasa dan jawatan, sama ada secara langsung atau secara membonekakan seseorang.

Sekiranya dirujuk pada kerusi parlimen, DAP mempunyai 38 kerusi, PKR 30 kerusi dan PAS hanya 21 kerusi sahaja. Walaupun PKR dan PAS bertanding lebih banyak di kerusi Parlimen, mereka kalah teruk di tangan BN pada PRU ke-13 lalu.

Manakala DAP, walaupun bertanding di 51 kerusi parlimen sahaja, mereka berjaya membawa pulang 38 kerusi kepada parti mereka, terima kasih pada tok-tok lebai PAS yang siang malam berkempen untuk mereka pada ketika itu. Hasilnya DAP senyum, mereka juga yang ‘menangis’?

Dan kini Kit Siang mendakwa DAP sanggup lepaskan kerusi Perdana Menteri? Sama saja, sama ada pemimpin DAP menjadi Perdana Menteri atau tidak, DAP tetap ‘Perdana Menteri’ jika Pakatan ‘Haram-Haraman’ itu berjaya menewaskan BN.

Jika tidak menjadi Perdana Menteri, maka ‘boneka’ yang menjadi Perdana Menteri itu perlu mendengar perintah mereka?

Itulah yang tersirat di sebalik yang tersurat berkenaan kenyataan bapa Lim Guan Eng itu. Kit Siang mungkin tidak menyusun strategi ini untuk dirinya. Namun mungkin strategi itu dirancang untuk anaknya di Pulau Pinang.

Khabarnya di Pulau Pinang, bukan saja Melayu UMNO saja yang menyesal, malah Melayu PAS lebih menyesal dari Melayu UMNO. Negeri itu khabarnya sedang dalam proses ‘diSingapurakan’. Dan penulis percaya, jika Malaysia berjaya dijajah Pakatan ‘Haram-Haraman’ itu, kita sedang menempa malapetaka! Nau’zubillahi min zalik…

Wednesday, 7 October 2015

MANSUH IPP, MANSUH AP, MANSUH PERNIAGAAN MESIN SLOT... PATUTLAH BERIA-IA DESAK NAJIB LETAK JAWATAN!!!


 Malaysia Today melaporkan, Francis Yeoh memperolehi pendapatan berjumlah RM15 sehingga 29 bilion sepanjang 21 tahun menerusi syarikatnya YTL Power Generation Sdn. Bhd dan bakal memperolehi RM25 sehingga 30 bilion lagi sekiranya kerajaan bersetuju untuk menyambung Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) dengan Tenaga Nasional Bhd untuk selama 25 tahun lagi, sepertimana yang diminta oleh YTL.
Perdana Menteri Najib Abdul Razak, bagaimanapun, enggan melayan permintaan YTL untuk memanjangkan kontrak dan pada 1 Oktober 2015, YTL menyaksikan kilang duitnya telah 'ditarik balik'.

1MDB bukan sahaja membeli janakuasa IPP milik YTL tetapi juga pengeluar-pengeluar tenaga yang lain. Sekiranya mereka enggan menjual kepada 1MDB, pengeluar-pengeluar tenaga itu juga akan menerima nasib yang sama seperti YTL Power memandangkan kebanyakan PPA untuk IPP-IPP tersebut sudah hampir sampai ke tarikh luput.

Dilaporkan 1MDB telah membayar RM18 bilion untuk memperolehi baki IPP yang lain. Sekiranya IPP-IPP tersebut tidak diambilalih, kerajaan terpaksa membayar 10 atau 20 kali ganda nilai asal IPP tersebut kepada pengeluar-pengeluar tersebut untuk 25 tahun akan datang.

Malaysia Today turut mendedahkan bahawa 10% pendapatan YTL sahaja datangnya daripada IPP tersebut, manakala Ananda Krishnan, Genting dan Keluarga Diraja Negeri Sembilan turut memperolehi pendapatan berbilion-bilion ringgit daripada perniagaan IPP.

Jadi, tidak hairanlah mengapa kumpulan yang rapat dengan Tun Dr. Mahathir, yang menguasai kemewahan daripada penjualan tenaga IPP selama ini, secara tiba-tiba melihat dan memomok-momokkan 1MDB sebagai sebuah entiti berhantu sehinggakan kempen agar Najib diturunkan daripa jawatan Perdana Menteri, giat dijalankan.

PPA inilah juga yang menyebabkan Allahyarham Anie Arope meletakkan jawatan sebagai Pengerusi TNB kerana tidak bersetuju dengannya. Malah TNB dan Petronas juga, bukan suatu rahsia, juga tidak gembira dengan PPA yang menurut mereka terlalu banyak lompat dan tidak lebih daripad sekadar 'lesen mencetak duit' semata-mata.

Lebih 20 tahun kemudian, Najib berjaya mengakhiri kontroversi ini. Sekaligus mematikan 'angsa emas' kumpulan-kumpulan tertentu sehingga sakit hati tersebut memunculkan kempen menurunkan Najib daripada jawatan Perdana Menteri dan keburukan 1MDB kepada negara.

Kata Malaysia Today lagi, bukan hanya IPP sahaja yang 'dibunuh' oleh Najib, tetapi ada lagi 'angsa emas' yang turut menerima nasib yang sama iaitu AP untuk kenderaan-kenderaan import dan golongan penyedut darah rakyat Malaysia selama lebih 30 tahun.

Terdapat dua jenis AP yang dikeluarkan oleh MITI. Salah satunya adalah AP francis yang diberikan kepada pemegang francis jenama-jenama kereta yang didaftarkan dengan MITI dan satu lagi adalah AP terbuka (untuk Bumiputera sahaja) bagi mengimport sebarang jenama kereta untuk dijual di pasaran Malaysia.
Jumlah keseluruhan AP yang dikeluarkan setiap tahun, sepatutnya hanya 10% daripada jumlah keseluruhan kereta yang dipasang di dalam kereta bagi tahun sebelumnya dan 60% AP telah diberikan kepada pemegang AP terbuka Bumiputera manakala 40% lagi diberikan kepada pemegang franchise.

Pada tahun 2005, kontroversi 'Raja AP' telah muncul apabila didedahkan, hanya beberapa orang individu sahaja yang memonopoli perniagaan AP. Dilaporkan, antara mereka yang menjadi Raja AP termasuklah Allahyarham Tan Sri SM Nasimuddin SM Amin, Tan Sri Syed Azman Syed Ibrahim dan Datuk Seri Mohd Haniff Abdul Aziz.

Mereka telah berjaya memperolehi 33,218 AP (lebih kurang 50.1% daripada jumlah keseluruhan 66,277) bagi tahun 2004 dan 28,283 AP (atau 41% daripada 68,330) untuk tahun 2005 sahaja, menurut senarai yang didedahkan oleh kerajaan. Berdasarkan kepada anggaran jualan kasar RM30,000 bagi setiap AP, perolehan daripada perniagaan ini adalah RM996 juta secara keuntungan bagi tahun 2004 dan RM848 juta bagi tahun 2005.

Jumlah keseluruhan perniagaan AP adalah lebih kurang RM2 bilion setahun atau lebih kurang RM65 sehingga 80 bilion semenjak kali pertama ia diperkenalkan kembali apabila Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri (dan apabila dia mengimplementasi sistem berkenaan). Menurut maklumat dari industri permotoran, AP telah menghasilkan kenaikan harga kereta sebanyak 20% berbanding harga sebenar memandangkan para pembeli kereta akan memberi subsidi kepada pemegang-pemegang AP secara tanpa sedar.

Perolehan berbilion ringgit dari perniagaan AP ini amat menjejaskan sekiranya Malaysia bersetuju menyertai TPPA yang dianjurkan oleh Amerika Syarikat. Berita tentang pengakhiran perundingan selama lima tahun antara Malaysia dengan Amerika Syarikat pada Isnin lepas, benar-benar mencemaskan golongan terbabit kerana mereka sedar, sebaik-baik sahaja Malaysia menyertai TPPA, mereka akan kehilangan hak AP, malahan AP sendiri sudah tidak wujud lagi.

Satu lagi mesin cetak duit yang amat menguntungkan dan bakal dihapuskan oleh Najib adalah mesin slot. Semenjak 1980-an, perniagaan ini telah menjana keuntungan dianggarkan lebih RM10 bilion setahun di mana 70% daripada perniagaan tersebut dikuasai oleh keluarga Vincent Tan.

Maka tidak hairanlah mengapa Robin Tan, saudara lelaki Vincent yang mengendalikan perniagaan tersebut, menjadi pengkritik keras Najib Abdul Razak dan pentadbirannya

Tuesday, 6 October 2015

PAKATAN BARU Akan Ditubuhkan Di Selangor Bagi Menyingkirkan DAP dan Menggulingkan Keluarga Anwar?





 

Monday, 5 October 2015

SIAPA EMPAT INDIVIDU SAMAN HJ HADI?

Rakyat sudah mula mempersoalkan siapa di sebalik empat individu dan profil mereka mempunyai hubung kait dengan beberapa parti politik? Empat individu yang dimaksudkan itu adalah Mansoor Saat, Azira Aziz, Hazwany Jamaluddin dan Hasbeemaputra Abu Bakar. Semuanya melayu tetapi jiwanya belum tentu?
Dua daripada mereka adalah peguam dari Majlis Peguam Malaysia, Mansoor Saat dan Azira Aziz, manakala dua lagi adalah aktivis masyarakat sivil. Namun keempat-empat mereka mempunyai persamaan iaitu menyokong BERSIH 4.0 dan hak asasi manusia.
Selain peguam, Mansoor Saat pernah menjawat jawatan Gabenor Daerah Kelab Antarabangsa Rotary Malaysia. Rotary adalah sebuah pertubuhan pimpinan profesional yang mendakwa mereka menyediakan perkhidmatan kemanusiaan untuk memperbaiki hubungan manusia, standard etika menggalakkan tinggi dalam semua kerjaya dan keamanan di dunia.
Kelab Retory Bangsar juga pernah menjemput Hannah Yeoh,  Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor sebagai tetamu kehormatnya.
Dalam masa sama, Hannah Yeoh, ADUN DAP Subang Jaya juga merupakan aktif dalam National Evangelical Christian Fellowship (NECF). Ini membuktikan Kelab Retory Malaysia ada hubung kaitnya dengan gerakan Kristian Malaysia.
Azira Aziz juga seorang peguam dari Majlis Peguam Malaysia. Selain peguam, Azira juga turut aktif dalam pergerakan BERSIH 2.0 dan 4.0. Gambar-gambar Konsert BERSIH 8T 2012 (sila klik di sini) menunjukkan lingkaran Azira berkait rapat antara Majlis Peguam, BERSIH, Mohamad Sabu dan DAP.
Azira dan Young Safura (DAP) mengaku hadir semasa majlis perasmian Parti Pekerja Malaysia @ Parti Amanah Negara pada 16 September. Mereka hadir atas tiket NGO ‘Demi Malaysia’. ‘Demi Malaysia’ adalah tagline yang selalu digunakan  Lim Kit Siang. Jika singkatan ‘Demi Malaysia’ dipanjangkan menjadi ‘Demi Rakyat Malaysia’ ia akan membawa persamaan konotasi dengan lagu rasmi DAP.
Azira juga aktif dalam  Loyarburok dalam UndiMsia. UndiMsia mempunyai rangkaian yang sama dengan SUARAM (Suara Rakyat Malaysia), REFSA (Pemikir DAP), KOMAS, Sinar Project, Amnesty International Malaysia iaitu rangkaian yang sama yang menggerakkan BERSIH. Dua lagi aktivis masyrakat sivil, Hazwany Jamaluddin dan Hasbeemaputra Abu Bakar juga datang dari kelompok ini.
Hasbeemaputra adalah bekas ahli jawatankuasa sekretariat SUARAM,  manakala Hazwany adalah pegawai program Sinar Projek. Sinar Project ditaja oleh Southeast Asia tech and Transparency Initiative. 

STRATEGI PAKATAN HARAPAN MENJELANG PRU 14.



Mampukah pembangkang menang pilihan raya akan datang dengan mudah...Chong Tiong DAP.

Ada berpendapat pembangkang hanya perlu bersabar sementara kerajaan sedia ada hancur sendiri. Tak perlu buat apa-apa buat masa sekarang, tunggu saja bertanding satu-lawan-satu pada pilihan raya kelak. Kemenangan pasti diperoleh dengan mudah.

Ada kenyataan menyebut: “Bukan Pembangkang yang menang pilihan raya tapi Kerajaan yang kalah.” Pendapat seperti ini mungkin ada betulnya tapi ia terlalu berserah.

Mengharapkan menang mudah boleh menyebabkan pengundi takut keputusan pilihan raya tidak memihak kepada majoriti dan kembali memilih Umno apabila keadaan mendesak.

Jadi, pembangkang harus memupuk sokongan rakyat dan memperoleh kepercayaan mereka untuk menggantikan kerajaan.

Bagaimana menang tanpa PAS?

Ada juga suara klise betapa PAS memiliki pengaruh terbesar dalam kalangan pengundi Melayu terutama masyarakat luar bandar. Maka tidak ada gunanya pakatan baru tanpa penyertaan PAS. Tapi, kita mesti ingat, tanpa sayap progresif mereka, PAS tidak mampu meraih sokongan pengundi Melayu bandar, apatah lagi pengundi bukan Melayu.

Kalau kita anggapkan saja “angin” politik memihak kepada pembangkang, keputusan pilihan raya akan datang bergantung sama ada pembangkang mampu mengalahkan Umno di 35-40 kerusi marjinal di Semenanjung.

Sekarang, Umno memegang 73 kerusi . Jika mereka hilang 40 kerusi marjinal, ia menjadi titik penamat Umno sebagai kerajaan. Kerusi marjinal kebanyakannya kerusi separa-bandar di pantai barat Semenanjung dan terdiri daripada komposisi etnik bercampur.

Kerusi-kerusi itulah yang sukar dikuasai PAS yang diterajui Datuk Seri Abdul Hadi Awang tanpa sayap progresif.

Sudah pasti Umno akan cuba mengulangi taktik yang diguna pakai pada pilihan raya 2013 dengan cuba menakut-nakutkan pengundi Melayu separa-bandar di kawasan kerusi marjinal terhadap orang Cina.

Walaupun taktik itu menjadi pada 2013, tak semestinya ia menjadi sekali lagi pada pilihan raya akan datang.

Lebih penting lagi, pakatan pembangkang yang baru mesti menyakinkan pengundi Melayu di kawasan separa-bandar betapa kerajaan baru lebih baik berbanding kerajaan Umno. Dan, untuk menjadi lebih baik, perkauman tidak harus dijadikan isu.

Sebaliknya, kepercayaan dan kesepaduan antara etnik dalam kalangan rakyat Malaysia perlu dibina demi masa depan yang baru.

Jika pakatan baru pembangkang dapat membina kepercayaan dan kesepaduan rakyat terutama dalam kalangan orang muda Melayu di kawasan separa-bandar, akan ada gelombang atau tsunami yang akan menyingkirkan Umno buat selama-lamanya.

Gelombang itu secara dasarnya berkenaan ekonomi. Kita boleh lihat sendiri bagaimana gerakan ‘Baju Merah’ cuba memainkan isu ketidakseimbangan ekonomi antara orang Melayu dan Cina. Suara mereka mungkin kedengaran bersifat perkauman tapi nada mereka jelas berkaitan ekonomi.

Pakatan baru pembangkang mesti menyakinkan rakyat Malaysia bahawa amalan kronisme. Umnolah yang menyebabkan masalah tiada pekerjaan dan pendapatan yang mencukupi dalam kalangan orang muda Melayu.

Ia bukan disebabkan oleh orang Cina atau DAP, atau mana-mana hantu momok lain.

Contohnya, dengan kedatangan 1.5 juta pekerja Bangladesh yang dibawa masuk ke Malaysia oleh Zahid Hamidi dalam tempoh tiga tahun sejak 2016, akan wujud persaingan yang mengakibatkan pengurangan pendapatan pekerja Melayu.

Kroni Umno untung tapi orang muda Melayu terseksa.

Lebih-lebih lagi, semua itu tiada kaitan dengan PAS. Ada banyak kerja yang menunggu tapi melalui kepimpinan sekarang yang konservatif, PAS dijangka tidak berminat untuk turut sama.

Bolehkah PKR berperanan seperti Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) pada 1990?

Ada pendapat salah dalam kalangan teman seperjuangan dan penyokong pembangkang bahawa PKR boleh memainkan peranan seperti Ku Li dengan menerajui dua pakatan berbeza pada satu masa.

Pada 1990, Semangat 46 yang dipimpin Ku Li bekerjasama dengan PAS melalui Angkatan Perpaduan Ummah dan dengan DAP dalam Gagasan Rakyat. Ketika itu, DAP dan PAS lebih tertumpu pada kawasan masing-masing dan tidak ada perebutan tuntutan kerusi pilihan raya.

Namun, kali ini berbeza sama sekali. PAS dan Amanah akan bertembung dan berebut kerusi pilihan raya. Secara dasarnya, PAS sedar dengan kenyataan betapa Parti Amanah Negara (Amanah) berkembang pesat dan cuba menyingkirkan pengaruh PAS?.

PAS tentu tidak akan membenarkannya. Begitu juga Amanah. Kedua-dua parti itu tidak akan membenarkan PKR untuk menyediakan ruang untuk parti yang satu lagi.

Jelaslah, Malaysia memerlukan pakatan pembangkang yang mampu mengisi lompong kepimpinan, seterusnya membentuk masa depan dengan polisi yang rasional dan memimpin negara atas nama kesepaduan, bukannya perpecahan.

Sudah tiba masanya untuk bersikap jelas. Sudah tiba masa untuk bergerak ke depan dan membentuk masa depan yang baru untuk Malaysia.

Sunday, 4 October 2015

Tun Dedahkan....


Warkah Buat Tun Mahathir: Benarkah Vincent Tan Derma RM 400 juta Kepada DAP?
Assalamualaikum Tun Mahathir,

1. Saya menulis dengan rasa berat hati setelah membaca tulisan Tun bertajuk “Akaun Peribadi” yang antara lain mempersoalkan kewujudan akaun peribadi Perdana Menteri Mohd Najib Tun Razak untuk dana politik dan pilihan raya.
2. Apabila Mohd Najib mengambil alih pentadbiran, semua orang tahu bahawa beliau mengambil alih ketika parti sangat lemah manakala kekuatan musuh bertambah berpuluh kali ganda berbanding 2008 dan juga 1999. Pembangkang ketika itu mempunyai kerajaan negeri Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan.
3. Selepas Tun Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan pelan peralihan kuasa pada Julai 2008, Mohd Najib sedar bebanan besar menanti dirinya. 5 negeri milik pakatan rakyat, 3 daripadanya merupakan negeri kaya dan punya kerusi Parlimen yang besar. Langkah permulaan Mohd Najib ialah membantu pembentukan kerajaan BN di Perak.
4. Mohd Najib dan Tun Mahathir sendiri sedar pilihan raya 2013 bukan lagi perang antara “David versus Goliath”. Sebaliknya ia merupakan “ibu segala peperangan” dalam konteks pilihan raya Malaysia. Mohd Najib tidak lagi boleh bergantung kepada sumbangan dana politik kroni-kroni perniagaan yang bersifat telunjuk lurus kelingking berkait. Ini semua Tun tahu dan faham.
5. Justeru saya kini tertanya-tanya Tun menulis untuk apa? Mahu menjatuhkan Mohd Najib dan UMNO, membersihkan parti dan kerajaan atau kerana dendam tertentu? Saya percaya ramai juga tertanya-tanya soalan ini.
3. Tun sendiri menulis, “Di waktu saya letak jawatan sebagai Presiden UMNO, saya telah arah wang tunai dalam bank dan saham-saham serta surat milik hartanah diserah kepada Dato Abdullah Badawi. Pegawai yang menyerah ialah Nor Mohamad Yacob dan Noordin Bachik. Jumlah wang tunai yang diserah melebihi 200 juta Ringgit. Jumlah nilai saham dan hartanah melebihi 1.2 billion Ringgit.”
4. Pada 1998 ketika mahu menjatuhkan Pak Lah, Tun juga menulis telah menyerahkan sebanyak RM 1.4 bilion dalam bentuk tunai, aset dan saham yang dibawah “jagaan” Tun semasa menjadi Presiden UMNO melalui seorang pegawai dan seorang Menteri.
5. Kenapa semua ini tidak dimasukkan ke dalam akaun UMNO? Kenapa akaun “trustee”? Tun sendiri tahu jawapan dan masalahnya. Tun beranggapan hanya Tun seorang sahaja amanah, orang lain penipu walau hakikatnya pada zaman Tunlah harta UMNO berpuluh bilion lesap begitu sahaja.
6. Saya kecewa Tun sanggup menyerang Mohd Najib yang berbelanja berhabis-habisan untuk kemenangan Barisan Nasional tetapi memejamkan mata tindakan kroni-kroni Tun menyumbang kepada parti lawan dalam pilihan raya 2013.
7. Tun siasat atau beritahu kita, betul atau tidak Tan Sri Vincent Tan, ahli perniagaan kesayangan Tun yang menganjurkan parti hari jadi Tun ala James Bond baru-baru ini, telah menyumbang hampir RM 400 juta kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya 2013? Vincent Tan, orang yang mendapat pelbagai kemudahan dan keistimewaan semasa pentadbiran Barisan Nasional di bawah Tun, dikatakan menyumbang hampir RM 1 bilion kepada parti musuh sejak 2008.
8. Tun juga tentu tahu berapa ratus juta YTL, Syed Mokhtar dan beberapa tokoh perniagaan lain menyumbang kepada dana politik Pakatan Rakyat dalam satu pilihan raya yang paling sengit dalam sejarah negara.
9. Malangnya, Tun memilih menyerang Mohd Najib yang membantu Tun menang dalam pemilihan UMNO 1987 dan yang berusaha mempertahankan Barisan Nasional dan UMNO, parti yang Tun perkudakan selama lebih 22 tahun.
10. Tun sedikit pun tidak menghargai usaha Mohd Najib mempertahankan pentadbiran negara ini sungguhpun ia secara langsung menyelamatkan legasi Tun dan Perdana Menteri-Perdana menteri sebelum ini.
11. Apa yang Tun lakukan sejak beberapa bulan ini sungguh menyedihkan. Tun bukan sahaja tidak lagi dapat berkelakuan sebagai negarawan, malah tidak lagi boleh menjadi seorang sahabat pun. Jauh lebih menyayatkan hati, Tun tidak lagi boleh menjadi ahli parti yang baik seperti mana Tun minta kami semua buat ketika Tun Perdana Menteri.
12. Masa untuk muhasabah diri.
Insan kerdil di ceruk kampung,

Tuesday, 29 September 2015

10 Bukti DAP Anti Islam




Tindakan DAP negeri Pahang yang bercadang untuk menyaman Jabatan Agama Islam Pahang dan khatib khutbah hari raya Aidiladha hanya kerana isi kandung ucapan yang menggesa umat Islam supaya bersatu padu dan jangan berpecah belah memang sudah keterlaluan dan melampaui batasan kesabaran umat Islam. Lebih-lebih lagi apabila kenyataan itu datangnya dari seorang Islam yang cukup taksub dengan ideologi DAP menyesatkan. Lihat gambar bagaimana susunan kedudukan dua orang Islam yang diapit oleh puak-puak parti yang cukup rasis terhadap umat dan agama Islam.

Khatib menyelar sikap orang Islam yang berpecah belah sehingga sanggup bersama dengan parti DAP yang anti Islam. Mengapa perlu DAP melenting? Adakah parti roket itu merasa pedasnya?

1: Isu DAP vs Islam bukan sesuatu yang baru, sejak dahulu lagi DAP sudah bertelagah dengan sesiapa jua yang cuba memperjuangkan Islam. Jika mahu melihat yang popular dan terkini, lihatlah apa terjadi pada hubungan parti Islam PAS dengan DAP. Selepas PAS ditendang keluar, DAP semakin naik tocang.
Jika disenaraikan, memang banyak buktinya, yang pertama, dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

2: prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.
Jelaslah tindakan biadap DAP ini seperti cuba memusuhi umat Islam. Apa pula yang akan dimusuhi DAP selepas menyaman ucapan khutbah hari raya Aidiladha ini? Adakah umat Islam Malaysia mahu parti roket DAP persoalkan setiap teks ucapan khutbah termasuk khutbah jumaat? Di mana maruah kita?
Sampai tahap mana umat Islam Malaysia mahu membiarkan DAP terus masuk campur? Belum memerintah sudah begini, jangan sampai nanti isi ucapan khutbah juga ditulis oleh DAP, pasti janggal melihat khatib mimbar menyokong segala bentuk kebebasan termasuk LGBT.

1 juta Bukan Melayu diberikan kerakyatan tanpa diproses?


Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu

Bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir menyarankan agar diadakan Suruhanjaya Khas RCI mengkaji 1 juta kerakyataan yang diberikan kepada Bukan Melayu sebagai pra-Kemerdekaan oleh Ketua Menteri Tanah Melayu Tunku Abdul Rahman Putra ialah bukti bahawa orang Melayu ‘murah hati’ bersedia untuk berkongsi tanahair mereka dengan mereka yang dianggap ‘orang asing’ dan ‘tidak berkerakyatan’ (Stateless Persons).

Hakikatnya, Bukan Melayu seperti orang Cina dan India adalah immigran ekonomi apabila keperluan mendapatkan buruh dan tenaga-kerja bagi lombong lombong bijih timah, ladang ladang getah dan projek pembikinan infrastruktur seperti jalan jalan raya, jambatan dan landasan keretapi giat diusahakan oleh British demi menyokong aktiviti ekonomi dan perdagangan mereka di Tanah Melayu bermula suku terakhir abad ke 19. Revolusi perindustrian di Britain juga meningkatkan permintaan bahan bahan mentah seperti bijih timah dan getah dan secara automatiknya merancakkan proses migrasi buruh.

Kelomok kelompok masyarakat Bukan Melayu mula ujud dan sistem sokongan juga mula bercambah. Ujudnya sistem sekolah vernakular adalah untuk memberikan masyarakat immigran ini sistem pelajaran yang hampir sama dengan negara asal mereka.

Demonstrasi menentang Malayan Union

Selepas Peperangan Dunia Kedua tamat, Whitehall mengistiharkan Tanah Melayu sebagai Malayan Union dan Parlimen British di Westminister Palace meluluskanya. Kuasa kuasa DYMM Raja Raja Melayu disingkirkan sama sekali. Ini mengakibat orang orang Melayu secara menyeluruh tidak puas hati dan mula membantah. Bantahan bantahan ini dibuat oleh pelbagai pihak, biasanya melalui NGO NGO Melayu yang ditubuhkan dan sediada dan makin rancak.

NGO-NGO Melayu ini disatukan dan digabungkan. Pada 11 Mei 1946 dalam Kongress Melayu Kedua yang dianjurkan di Istana Besar, Johor Bahru dan perkenan DYMM Sultan Johor, Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah lahir. UMNO sebagai organisasi yang berjaya mengbungkan suara orang Melayu secara menyeluruh mula mendesak DYMM Raja Raja Melayu untuk menolak Malayan Union.

Perundingan antara Raja Raja Melayu, wakil UMNO dan Pesuruhjaya British di King's House 20 Nov 1946

Perundingan antara Raja Raja Melayu, wakil UMNO dan Pesuruhjaya British di King’s House 20 Nov 1946

Maka berlaku siri perundingan antara pihak British dengan DYMM Raja Raja Melayu dan UMNO bermula April 1946, dimana konsep, struktur dan jurisduksi Malayan Union ditolak dan tidak diterima sama sekali. Maka Malayan Union dibubarkan. Pada persidangan 27 Julai 1946, Raja Raja Melayu dan UMNO menolak apa apa keputusan mengenai bentuk Tanah Melayu diputuskan oleh Whitehall dan Wesminster Palace. Perundingan dengan British ini diteruskan sehingga dirangka dan persetujuan baru dimeterai.
Walaubagaimanapun draf perjanjian baru ini ditolak oleh golongan radikal Melayu. Mereka bergabung dengan kumpulan berhaluan kiri dan Parti Kominis Malaya dan menubuhkan PUTERA-AMCJA untuk menentang UMNO dan mengemukan draf Perlembagaan Rakyat 1947. Namun British telah menolak cadangan ini.

 DYMM Raja Raja Melayu, wakil wakil UMNO, Menteri Menteri Besar dan wakil wakil British semasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dimeterai 21Jan 1948
DYMM Raja Raja Melayu, wakil wakil UMNO, Menteri Menteri Besar dan wakil wakil British semasa Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dimeterai di King’s House pada  21Jan 1948

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ditanda tangani pada 21 Januari 1948 antara British dan Raja Raja Melayu dan UMNO dan Menteri Menteri Besar ialah saksi perjanjian ini mewakili rakyat. Ianya mula berkuat kuasa pada 1 Februari 1948.

Maka Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948 hasil dari Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ini. Ianya memberi takrifan persekutuan, Pesuruhjaya Tinggi British, kuasa kuasa memerintah, Majlis Mesyuarat Undangan, penggubalan undang undang, Majlis Raja Raja Negeri Melayu, Mahkamah, Negeri Negeri Melayu, Negeri Negeri Selat, kewangan dan paling penting, Kerakyatan Persekutuan.
Dalam Artikel 12 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu ini jelas mengariskan bahawa rakyat Persekutuan Tanah Melayu merupakan rakyat Raja Raja Melayu dan orang Melayu. Ianya juga menggariskan hak Bukan Melayu untuk memohon sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu.

Artikel 12 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1 Feb 1948
Artikel 12 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1 Feb 1948
Sambungan Artkel 12
Sambungan Artkel 12

Majoriti Bukan Melayu yang berada di Persekutuan Tanah Melayu pada awal 1950an tidak diterima sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu dan mereka juga bukan warga rakyat yang diiktiraf oleh Britain. Pada masa itu, India telah merdeka dari Britain sebagai negara sistem demokrasi dan negara Cina telah menjadi Republik Rakyat Cina, iaitu sebuah negara kominis. Taraf mereka ialah golongan yang tidak berkerakyatan (Stateless Persons).

Pilihanraya Mesyuarat Perundangan pada 1955 menyaksikan Parti Perikatan, kerjasama yang berjaya dijana antara UMNO mewakili orang Melayu, MCA mewakili orang Cina dan MIC mewakili orang India bertanding disemua 52 kerusi yang dipertandingkan. Pengagihan kerusi ialah UMNO 35, MCA 15 dan MIC 2. Ini memperlihatkan kesediaan orang Melayu ‘mengala’ dan berkongsi kuasa kerana hak politik hampir berada mutlak ditangan orang Melayu apabila 84% dari 1.6 juta pengundi berdaftar dan layak mengundi ialah orang Melayu.
Kerjasama ini adalah bukti orang Melayu tidak tamak dan membolot sepenuhnya kuasa tetapi bersedia ‘berkongsi’ dengan Bukan Melayu.
84% dari pengundi berdaftar semasa Pilihanraya Majlis Perudangan Persekutuan 1955 ialah orang Melayu
84% dari pengundi berdaftar dan layak mengundi semasa Pilihanraya Majlis Perudangan Persekutuan 1955 ialah orang Melayu

Selepas pilihanraya pertama bagi memilih wakil wakil ke Majlis Mesyuarat Perundangan pada 1955, Parti Perikatan yang memennangi 51 dari 52 kerusi dipertandingkan diundang menubuhkan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dan Presiden UMNO dilantik sebagai Ketua Menteri. Dalam perundingan dengan Britain bagi mendapatkan kemerdekaan sepenuhnya sebagai negara berdaulat, isu  kerakyatan mereka yang ‘tidak berkerakayatan’ (Stateless Persons) ini timbul.

Tunku Abdul Rahman telah bersetuju untuk menerima terus 980,00 Bukan Melayu yang diiktiraf sebagai `tidak berkerakyataan' sebagai warganegara dan diberi taraf hak sebagai rakyat. Persekutuan Tanah Melayu. Tiada proses untuk mengkaji permohonan setiap mereka ini dan saringan dibuat menurut undang undang yang berkuat kuasa ketika itu iaitu sebagaimana dalam Artikel 12 Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
Ini bermakna samada mereka memenuhi syarat sebagai layak untuk memohon dan ditimbangkan untuk menjadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu itu tidak berlaku.

Golongan ‘Tidak berkerakayatan’ (Stateless Persons) ini bukan sahaja mendapat kerakyatan, mereka juga secara automatiknya mendapat kuasa memerintah melalui sistem demokrasi Raja Berperlembagaan. Sebelum datang penjajah, tanahair ini diperintah oleh Raja Raja Melayu. Secara tidak langsung, hak kerakyatan memberikan gologan Bukan Melayu kuasa yang dahulunya hak mutlak Raja Raja Melayu.

Komponen Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu; Raja Melayu, UMNO dan Pesuruhjaya British
Komponen Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu; Raja Melayu, UMNO (mewakili rakyat baginda Tuanku) dan Pesuruhjaya British

Desakan Presiden UMNO V itu ada meritnya kerana warga Malaysia hari ini, terutama dikalangan Bukan Melayu yang lewat ini membangkitkan begitu banyak isu isu sensitif mengenai orang Melayu walaupun diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia, perlu sedar asal usul mereka sebenar ada yang tidak layak diterima sebagai rakyat Persekutuan Tanah Melayu semasa Kemerdekaan dicapai.
Walaupun kerakyatan yang diberikan secara enbloc itu tidak praktikal untuk ditarik semula, setidak tidaknya anak cucu mereka yang menikmati kehidupan dalam keadaan aman, makmur, sejahtera dan dibukan pintu peluang sepanjang hampir enam puluh tahun ini dengan hak sepenuhnya sebagai warganegara sedar semua ini datang kerana ehsan Raja Raja dan orang Melayu.

Golongan Bukan Melayu yang mejadi rakyat Persekutuan Tanah Melayu bukan sahaja ada hak penuh, mereka bebas mengekalkan identiti, budaya, bahasa dan adat resam mereka, disamping bebas untuk melakukan apa apa aktiviti ekonomi termasuk berniaga dan mengumpulkan harta. Ada antara pula mereka mendapat kemudahan memohon tanah dari kerajaan dan mendapat pengecualian cukai tertentu apabila menjalankan perniagaan.

Adalah amat tidak sopan untuk mereka yang suatu masa dahulu menumpang sebagai immigran ekonomi, kini berusaha sistematik dalam pelabagai cara dan keadaan untuk melakukan provokasi, menghina, menyakitkan perasaan, dan menyingkirkan ‘tuan rumah’ yang telah pun menunjukan murah hari, toleransi dan kesediaan berkongsi tanahair mereka tanpa sebarang pra-syarat, apatah lagi meminta apa apa.
Sejarah telah membuktikan sikap kompromi dan toleransi orang Melayu merupakan asas terpenting negara ini lahir ditanahair nusantara ini.

Monday, 28 September 2015

SEJARAH AKAN BERULANG... 13 MAY 1969?


Pesanan Kata-kata Almarhum  Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj dalam  bukunya "13 Mei, Sebelum dan Selepas"….untuk renungan Anak Bangsa…!!!!
13 May 1969 :“Kedudukan ini membuktikan apa yang telah saya ingatkan kepada orang Melayu dalam masa berkempen bahawa orang Melayu sendirilah yang boleh Menjahanamkan Kaumnya (1). Pakatan yang dibuat antara DAP + GERAKAN + PAS telah mendatangkan kemenangan kepada parti-parti  Bukan Melayu dengan memperoleh Kekuatan Politik yang mereka belum pernah kecapi pada masa yang lepas.
Kekalahan kerusi-kerusi UMNO di Perak dan Selangor tidak sekali-kali mendatangkan keuntungan kepada orang Melayu dalam PAS. Mungkin mereka gembira dengan kekalahan PERIKATAN di kawasan-kawasan tersebut, tetapi kejadian ini terus berlaku, Apakah harapan kita untuk masa hadapan?”

9 July 2011 : Dan Aku Pewaris Wasiat Ulangi dan meng Sahih kan akan Kata-kata Tunku dan Sejarah Pahit pasti akan berulang lagi akibat gabungan DAP + PAS + PKR dan perbuatan  Penjahanam Kaum Melayu (1)


Sejarah Peristiwa 13 May 1969

Diberitakan Orang Melayu dan Cina saling berbunuhan. Orang yg sedang menonton wayang dibakar hidup2, rumah-rumah dibakar, kereta yg lalu lalang ditahan dan diheret keluar org didalamnya dibunuh dan dibakar keretanya dan juga cerita Parang Terbang......wallahwaalam

13 May 1969
Pada zaman pendudukan Jepun, masyarakat Tanah Melayu telah dilayan secara berbeza-beza. MasyarakatCina umpamanya telah dilayan dengan begitu teruk oleh tentera Jepun berbanding dengan orang-orang Melayu. Keadaan ini berikutan Jepun yang pernah berperang dengan China sebelum ini menyebabkan perasaan saling mendendami antara satu sama lain masih segar dalam ingatan. Layanan berat sebelah ini telah menyemai perasaan permusuhan antara orang-orang Melayu dan Cina.
Dasar penjajah Inggeris yang mengamalkan konsep pecah dan perintah merupakan satu tindakan yang berkesan dan telah menjadi punca wujudnya jurang antara kaum sama ada dari sudut ekonomi dan juga polarisasi kaum. Umpamanya orang-orang Cina tinggal di bandar-bandar menjalankan perniagaan dan juga di kawasan-kawasan lombong sebagai pelombong dan merekalah sebenarnya memiliki aset yang tinggi dalam ekonomi masyarakat Malaysia. Sementara orang-orang Melayu tinggal di luar bandar sebagai petani atau nelayan kecil. Kaum India kebanyakannya pula sebagai buruh kasar kerajaan dan pekerja di ladang.
1) Pada hakikatnya kegiatan ekonomi orang-orang Melayu dan India adalah bercorak sara diri . Keadaaan ini menyebabkan kedudukan ekonomi masyarakat bumiputera khususnya Melayu menjadi lemah dan ketinggalan. Corak penglibatan ekonomi antara kaum dalam kegiatan ekonomi yang berbeza telah menjadikan kedudukan sosio-ekonomi mereka tidak seimbang . Suasana yang seperti ini menyebabkan hubungan masyarakat antara kaum di negara ini menjadi terbatas. Di sisi penjajah keadaan seumpama ini amat baik baginya untuk mengukuhkan kedudukannya serta mengekalkan kuasa mereka.

2) Suasana yang tidak seimbang ini telah berlanjutan sekalipun negara telah mencapai kemerdekaan . Bahkan suasana sosio-ekonomi yang tidak seimbang itu semakin melebar akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap pertumbuhan ekonomi tanpa menghiraukan ketidakseimbangan sosio-ekonomi dalam masyarakat Malaysia. Perkembangan rumit yang melibatkan kelas dan kaum ini akhirnya telah membawa kepada meletusnya peristiwa 13 May 1969.
3) Kerajaan yang sedar akan keresahan dan perasaan tidak puas hati yang berlaku antara kaum tidak seharusnya dibiarkan. Berikutan inilah lahirnya Dasar Ekonomi Baru(DEB) yang dilancarkan pada tahun 1971 sebagai usaha untuk memulihkan keadaan . Latar belakang pendidikan yang berbeza juga telah dikaitkan sebagai punca yang membawa kepada meletusnya peristiwa 13 May. Hal ini berlaku apabila sistem pendidikan yang wujud di Tanah Melyu sebelum merdeka terbahagi kepada empat aliran mengikut kaum iaitu sekolah Melayu, Cina, India dan Inggeris. Kempat-empat aliran ini mempunyai kurikulum yang tersendiri. Sekolah Melayu menekankan kemahiran menulis, membaca dan mengira sekadar keperluan peringkat rendah sahaja. Manakala kurikulum sekolah Cina dan India pula masing-masing berkiblatkan negeri asal mereka, malah buku-buku teks dan guru-guru yang mengajar juga telah dibawa dari Negeri China dan India .

4) Keadaan ini telah mengukuhkan lagi keadaan keperibadian etnik yang telah sedia wujud. Sekolah Inggeris pula hanya dapat dinikmati oleh orang-orang Cina dan India yang tinggal di bandar-bandar sahaja.
Dalam pilihan raya 1964 Parti Tindakan Rakyat (Petir) atau PAP Singapura telah turut serta dalam pilihan raya . Walaupun sudah ada persetujuan antara Tunku dan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin PAP yang tidak akan menyertai pilihan raya itu tidak akan menyertai pilihan raya itu .Namun apabila pilihan raya itu berlangsung PAP telah meletak calonnya seramai sembilan orang . Bagaimanapun setelah Tunku membuat perisytiharan bahawa beliau tetap mengekalkan keanggotaan MCA dalam perikatan,
5) PAP yang gagal untuk menyertai Perikatan telah menukar corak kempennya dengan menyerang UMNO dan orang-orang Melayu . Mereka mula membangkitkan kedudukan istimewa orang Melayu, soal bahasa, malahan taraf Bumiputera orang-orang Melayu turut dipersoalkan tanpa menghiraukan rasa tersinggung orang-orang Melayu. Sedangkan segala-galanya telah dipersetujuinya sebelum ini . Setelah gagal dalam pilihan raya, PAP telah menubuhkan Konvensyen Perpadauan Malaysia (KPM) dengan disertai oleh Parti Progresif Rakyat dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak. KPM juga telah menyebarkan cogan kata "Malaysia hak orang Malaysia " (Malaysian Malaysia) dengan tujuan supaya hak istimewa orang Melayu atau bumiputera dihapuskan .

6) Perlu ditegaskan di sini bahawa tuntutan KPM itu adalah bercanggah sama sekali derngan kandungan perlembagaan Malaysia yang memberikan hak istimewa kepada orang Melayu dan bumiputera lain yang telah dipersetujui oleh PAP sewaktu menyertai Malaysia pada 16 Sept. 1963. Perikatan sememangnya menerima persamaan hak tetapi perkara ini perlu di selesai secara berperingkat . Peringkat awal perlu dilaksanakan langkah-langkah untuk memulihkan kedudukan ekonomi orang Melayu dan bumiputera lain yang telah jauh tertinggal di belakang .

Ketidakseimbangan juga merupakan suatu jurang yang harus diperbetulkan demi sebuah keadilan. Bagaimanapun PAP telah secara lantang menyuarakan rasa tidak puashati terhadap apa yang disebut sebagai hak istimewa orang Melayu dalam perlembagaan .
7) Mereka mendakwa hak kaum-kaum lain telah diketepikan kononnya mereka telah tersisih daripada keadilan . Oleh sebab itu menurut Jomo dalam bukunya "Pembangunan Ekonomi dan Kelas Sosial di Semenanjung Malaysia " , isu sebenar yang mencetuskan peristiwa 13 Mei adalah perasaan tidak puas hati terhadap hak istimewa orang Melayu .
Namun hakikat sebenarnya kedudukan taraf ekonomi orang Melayu adalah terkebawah berbanding dengan kaum Cina . Pendeknya apa yang didakwa oleh orang-orang Cina yang mereka terjejas oleh peruntukan hak istimewa orang Melayu ini adalah sebagai alat semata-mata umtuk mereka berlindung di sebaliknya bagi menarik perhatian dan sokongan ramai terutama menjelang pilihan raya 1964. Menyedari akan bahayanya pengaruh majoroti Cina dari Singapura ini , Tunku telah mengambil keputusan untuk memaksa Singapura keluar dari Malaysia pada 9 Ogos 1965 . Namun keadaan ini tidak mematahkan semangat PAP untuk cuba membela nasib orang-orang Cina di Tanah Melayu.
9) Berikutan itu sebuah parti baru telah ditubuhkan di Malaysia bagi mengambilalih fungsi PAP sebelum ini . Parti baru itu diberi nama Parti Tindakan Demokratik (DAP). Menjelangnya pilihanraya 1969 parti DAP dan parti -parti pembangkang lain telah memainkan isu-isu sensitif dan perkauman termasuk membangkitkan soal-soal ketidakadilan menyebabkan perasaan tidak puas hati dan kegelisahan di kalangan rakyat menjadi bertambah . Sebenarnya apa yang cuba dilakukan oleh parti-parti politik ini bertujuan untuk mendapatkan kemenangan dalam pilihanraya, di mana mereka tidak mempedulikan sentimen antara kaum yang boleh membahayakan itu.
Isu Bahasa juga tidak kurang pentingnya dalam menyumbangkan faktor kepada peristiwa 13 Mei . Berikutan perisytiharan kemerdekaan Tanah Melayu 1957, sebuah perlembagaan Persekutuan telah dibentuk yang antara lainnya menyatakan dengan jelas tentang kedudukan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris adalah sebagai bahasa rasmi negara.
10) Selepas sepuluh tahun merdeka kerajaan akan mengkaji semula tentang kedudukan bahasa Inggeris dengan tujuan untuk menggurkannya daripada status bahasa rasmi dan hanya bahasa Melayu sahaja yang diiktiraf sebagai bahasa rasmi. Untuk mencapai tujuan itu, pada 31 Ogos 1967 kerajaan telah mengadakan pelbagai kegiatan bagi tujuan memperluaskan penggunaan bahasa Melayu . Antara kempen yang dijalankan ialah Hari Bahasa Kebangsaan , Minggu bahasa Kebangsaan dan Bulan Bahasa Kebangsaan . Pelaksanaan penggunaan Bahasa Kebangsaan telah dipelopori oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dengan dipimpim oleh Syed Nasir bin Ismail .

11) Dasar Pelajaran Kebangsaan yang dirasmikan sebagai Ordinan Pelajaran 1957 telah dikecam oleh pelbagai pihak bukan Melayu . Ini kerana mereka merasakan langkah itu terlalu mengutamakan bahasa Melayu, namun Kesatuan Guru-Guru Melayu Semenanjung (KPGMS) pula tidak berpuas hati dengan perlaksanaannya .Mereka berasa kecewa dengan sikap kerajaan yang tidak menubuhkan sekolah menengah dan universiti yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pada awal 1958 sebagaimana yang telah dirancangkan . Bagaimanapun berkat perjuangan beberapa orang tokoh termasuk Tuan Syed Nasir bin Ismail, sebagai pengerusi dan Dr. Mahathir Mohamad sebagai naib pengerusi, termasuk juga antaranya dua orang tokoh UMNO ketika itu iaitu Tun Razak bin Hussain, Dato` Dr.Ismail bin Abdul Rahman, akhirnya gagasan Universiti Kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar telah mendapat sokongan UMNO dan kerajaan perikatan dan ianya berjaya ditubuhkan pada 18 May 1970.
12) Berikutan penubuhan Universiti Kebangsaan ini telah mendapat reaksi yang kurang menyenangkan daripada kaum Cina, apabila mereka juga telah mengemukakan permohonan untuk menubuhkan Universiti Merdeka. Oleh kerana pilihan raya 1969 sudah hampir maka pihak MCA telah mendakwa bahawa sekiranya mereka tidak menyokong projek Universiti Merdeka maka ramai pengundi keturunan Cina akan menolak mereka dalam pilihan raya nanti. Untuk itu kerajaan telah menyelesaikan tuntutan itu secara memberi kebenaran kepada MCA menubuhkan Kolej Tunku Abdul Rahman (KTAR). Suatu keganjilan di sini apabila kerajaan telah memberi bantuan kepada sebuah institusi pendidikan yang bercanggah dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan . KTAR sebenarnya menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantarnya . Namun itulah hakikatnya kerajaan sedapat mungkin cuba bertolak ansur demi menjaga keharmonian masyarakat Malaysia yang berbilang bangsa.
Keputusaan pilihanraya pada 10 Mei 1969 telah menunjukkkan kemerosotan pengaruh Perikatan di kalangan rakyat. Hakikat ini sebenarnya membuktikan apa sahaja kelemahan yang cuba ditonjolkan oleh parti-parti pembangkang khususnya DAP telah mendapat sambutan dari kalangan rakyat malah mereka boleh dikatakan berjaya dalam meniupkan sentimen perkauman antara Melayu dan bukan Melayu.
Dalam pilihan raya itu Perikatan telah terlepas Pulau Pinang ke tangan parti Gerakan , sementara Kelantan pula tetap di tangan PAS . Bagaimanapun bagi negeri-negeri seperti Selangor dan Perak, Perikatan hampir-hampir gagal untuk menubuhkan kerajaan kerana kelebihan majoritinya yang sangat sedikit.
13) Berikutan sedikit kejayaan di pihak DAP itu telah menggawatkan lagi suasana yang sedia tegang ketika itu. Orang-orang Cina merasakan yang mereka sudah menang dan dapat menewaskan orang-orang Melayu lantaran itu mereka berasa sangat angkuh lalu mengeluarkan kata-kata yang menghina terhadap UMNO dan orang-orang Melayu amnya.
Peristiwa ini berlaku sewaktu satu perarakan kemenangan oleh DAP dan Gerakan . Mereka telah melalui jalan-jalan yang tidak dibenarkan bahkan melanggar batasan waktu yang telah dibenarkan oleh pihak polis. Perarakan ini telah melalui Kampung Bharu iaitu kampung terbesar yang didiami oleh orang-orang Melayu di Kuala Lumpur di mana terdapat lebih tiga puluh ribu penduduk Melayu tinggal di situ. Sewaktu melalui kawasan itu mereka yang terdiri daripada gabungan ahli-ahli DAP dan Gerakan telah menghamburkan kata-kata kesat seperti "Melayu sudah jatuh", "Kuala Lumpur sekarang Cina punya," "Ini negeri bukan Melayu punya, kita mahu halau semua Melayu".
14) Orang-orang Cina juga dikatakan telah mengikat penyapu besar pada lori sebagai simbol untuk menyapu orang-orang Melayu keluar dari Kuala Lumpur. Berikutan itu pada petang 13 Mei 1969, UMNO Selangor telah menyeru ahli-ahlinya supaya datang dan berkumpul di rumah Menteri Besar ketika itu iaitu Dato` Harun Idris untuk mengadakan perarakan balas di mana mereka sebenar bukannya kalah tetapi sekadar kurang majoriti sahaja namun masih boleh membentuk kerajaan .

15) Menurut laporan seorang pegawai polis, pada petang itu sekumpulan orang Melayu dari Gombak yang lalu mengikut Setapak telah diserang oleh orang Cina. Ada sebahagian daripada mereka yang terlepas daripada serangan itu telah pergi ke rumah Menteri Besar dan menyampaikan berita itu lalu dengan segera orang-orang Melayu yang sedang berkumpul di situ telah mengambil tindakan balas, maka bermulalah pergaduhan antara kaum yang dikenali sebagai peristiwa 13 May 1969. Dalam pada itu ada juga sumber-sumber sejarah yang mengatakan peristiwa sebenar berkaitan peristiwa 13 May ini telahpun bermula di Pulau Pinang tidak lama sebelum itu.
16) Peristiwa ini dikaitkan dengan suatu tindak balas yang berupa simpati golongan pemuda-pemuda pelampau Cina terhadap perjuangan komunis.