Monday, 12 October 2015

MELAYU DALAM DAP AKAN JADI PERDANA MENTERI?





Lim Kit Siang menjanjikan bahawa kononnya bangsa Melayu tidak perlu takut untuk memberikan undi kepada DAP pada PRU ke-14 nanti kerana pihaknya bersetuju untuk melantik Perdana Menteri dari bangsa Melayu?

Bagi menyokong hujahnya itu, dia menegaskan bahawa kononnya bangsa Melayu juga tidak akan tertindas kerana majoriti kakitangan awam dan anggota tentera di negara ini adalah berbangsa Melayu. Tapi dia tidak beritahu pula bahawa penjawat awam hanya golongan pelaksana dasar-dasar DAP nanti…

Tentu ada di kalangan orang Melayu yang terpengaruh dan percaya pada kata-kata Kit Siang itu. Jika tidak, masakan pula ada di kalangan bangsa kita yang sanggup menyertai dan ‘memperhambakan diri’ ada perjuangan serta perlembagaan parti itu, bukan?

Malah, ada segelintir anak muda yang kononnya berfikiran terbuka dan tiada jatidiri turut bersetuju dengan kata-kata Penasihat DAP itu. Ada yang berhujah kononnya pemimpin Melayu lebih teruk dari DAP dan lebih rela dipimpin oleh parti tersebut.

Nampak gayanya Kit Siang sedang memasuki fasa kedua, cuba menjejak langkah mentornya, mendiang Lee Kuan Yew. Mana mungkin kita lupa dengan Kuan Yew yang sanggup memakai songkok untuk ‘memujuk’ bangsa Melayu Singapura, bukan? Natijahnya, hanya Melayu Singapura saja yang tahu…

Mungkinkah DAP akan melantik Anwar? Atau itu hanya kata-kata manisnya sahaja? Kononnya DAP setuju memberi hak kuasa atas faktor demografi Malaysia? Percayakah kita pada kata ‘bayang-bayang’ Kuan Yew itu?

Cuba kita lihat di Pulau Pinang misalnya. DAP memiliki 19 Dun, PKR pula 10 Dun dan PAS pula hanya 1 Dun sahaja. Mungkin PAS tidak layak untuk dijadikan Ketua Menteri kerana mempunyai 1 kerusi Dun sahaja. Tapi kenapa tidak diberikan kerusi Ketua Menteri itu pada PKR?

Jika di Selangor pula, DAP mungkin mempunyai jumlah 15 kerusi Dun, sama seperti PAS. PKR pula mempunyai 13 Dun. Tapi mengapa melantik PKR untuk menjadi Menteri Besar? Kenapa DAP tidak berikan jawatan itu pada PAS?

Di Pulau Pinang, DAP berkuasa dan memegang kerusi Ketua Menteri dengan kelebihan 9 kerusi berbanding PKR. Di Selangor DAP juga berkuasa, tapi memberikan kerusi pada PKR walaupun PAS lebih banyak kerusi dari parti Anwar itu.

DAP sejak dari awal lagi tidak percaya pada PAS. Malah mereka memilih untuk melantik PKR menjadi Menteri Besar supaya senang mereka jadikan ‘boneka’ dan mencanang ke seluruh negara kononnya mereka tidak gila kuasa atau ‘memberi muka’ pada bangsa Melayu. Namun kita sedar taktik DAP itu.

Jelaslah di sini bahawa DAP sememangnya sangat mementingkan kuasa dan jawatan, sama ada secara langsung atau secara membonekakan seseorang.

Sekiranya dirujuk pada kerusi parlimen, DAP mempunyai 38 kerusi, PKR 30 kerusi dan PAS hanya 21 kerusi sahaja. Walaupun PKR dan PAS bertanding lebih banyak di kerusi Parlimen, mereka kalah teruk di tangan BN pada PRU ke-13 lalu.

Manakala DAP, walaupun bertanding di 51 kerusi parlimen sahaja, mereka berjaya membawa pulang 38 kerusi kepada parti mereka, terima kasih pada tok-tok lebai PAS yang siang malam berkempen untuk mereka pada ketika itu. Hasilnya DAP senyum, mereka juga yang ‘menangis’?

Dan kini Kit Siang mendakwa DAP sanggup lepaskan kerusi Perdana Menteri? Sama saja, sama ada pemimpin DAP menjadi Perdana Menteri atau tidak, DAP tetap ‘Perdana Menteri’ jika Pakatan ‘Haram-Haraman’ itu berjaya menewaskan BN.

Jika tidak menjadi Perdana Menteri, maka ‘boneka’ yang menjadi Perdana Menteri itu perlu mendengar perintah mereka?

Itulah yang tersirat di sebalik yang tersurat berkenaan kenyataan bapa Lim Guan Eng itu. Kit Siang mungkin tidak menyusun strategi ini untuk dirinya. Namun mungkin strategi itu dirancang untuk anaknya di Pulau Pinang.

Khabarnya di Pulau Pinang, bukan saja Melayu UMNO saja yang menyesal, malah Melayu PAS lebih menyesal dari Melayu UMNO. Negeri itu khabarnya sedang dalam proses ‘diSingapurakan’. Dan penulis percaya, jika Malaysia berjaya dijajah Pakatan ‘Haram-Haraman’ itu, kita sedang menempa malapetaka! Nau’zubillahi min zalik…

No comments:

Post a Comment